Ads

Tidak Mahu Islam Pada Nama, Ibu Hormati Jalan Hidup Yang Dipilih Anaknya

Tidak Mahu Islam Pada Nama
Tidak Mahu Islam Pada Nama

Kalau boleh, tidak mahu Islam pada nama sahaja dan mahu jadi muslim yang baik itulah pegangan pemuda mualaf selepas memeluk Islam sejak 11 tahun lalu.

Tidak Mahu Islam Pada Nama

Tidak Mahu Islam Pada Nama, Ibu Hormati Jalan Hidup Yang Dipilih Anaknya

Hubungan dengan keluarga cukup baik, Julian@Mohammad Aiman Iskandar Ennus, 31, dari Kampung Sungai Merab di sini mengakui bersyukur kerana ahli keluarganya terutama ibu, Anastassia Tanak, 76, amat menghormati jalan hidup yang dipilihnya.

Biarpun berlainan agama, kasih sayang Julian terhadap keluarganya tidak pernah berubah, malah hubungan mereka semakin erat sejak dia memeluk Islam pada 17 Julai 2015.

Bagi Julian, seperti anak lain, dia tetap pulang menziarahi ibu bapanya, Anastassia dan Ennus Agum, 77, yang kini menetap di Kampung Tegilung di Kuala Penyu, Sabah.

 Ibu Hormati Jalan Hidup Yang Dipilih Anaknya

Tidak Mahu Islam Pada Nama, Ibu Hormati Jalan Hidup Yang Dipilih Anaknya

Menceritakan kisah penghijrahannya, Julian yang bekerja sebagai jururawat pergigian berkata, dia memeluk Islam ketika masih belajar di Tingkatan Enam dekat sebuah sekolah berasrama penuh.

Ads

Ditakdirkan, dia menerima hidayah ketika 10 malam terakhir dalam Ramadan dan keinginan itu datang dengan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa walaupun pernah didatangi mimpi yang seakan mengajak dan menjentik hatinya untuk berhijrah.

“Dulu, saya selalu kejut rakan dan junior bangun untuk menunaikan solat Subuh. Tapi pada suatu hari, datang keinginan kuat untuk memeluk Islam hingga mengucap dua kali syahadah selepas Subuh.

“Ustaz dan rakan antara orang terawal yang tahu waktu itu. Mereka pun terkejut tapi saya buat (mengucap dua kalimah syahadah) dengan kerelaan sendiri,” katanya.

Bercerita lanjut, Julian berkata, pada mulanya dia memilih untuk mendiamkan diri mengenai penghijrahannya, namun beberapa hari kemudian mengambil keputusan untuk berterus terang dengan ibunya.

Ads

“Ketika itu, saya beritahu ada perkara penting mahu dikongsikan, namun sebelum sempat saya menjelaskan perkara sebenar, emak terlebih dahulu memberitahu dia sudah tahu, cuma mahu mendengarnya daripada mulut saya sendiri.

“Alhamdulillah, emak dapat menerima keputusan itu, namun dia berpesan supaya jangan hanya Islam pada nama dan membuktikan diri sebagai seorang Muslim yang baik,” katanya.

Julian berkata, ibunya turut berpesan supaya dia meninggalkan tabiat minum arak kerana mengetahui ini antara kegemarannya suatu ketika dahulu, selain mengingatkannya bahawa kasih seorang ibu tidak pernah berubah.

Ads

“Emak mengingatkan bahawa saya tetap anaknya sampai bila-bila. Pesanan emak itulah yang menjadi pegangan saya hingga hari ini dan syukur, saya sudah meninggalkan tabiat minum arak sejak berhijrah selain tidak lagi panas baran serta gemar melawan seperti dulu,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Mahu Jadi Muslim Yang Baik

Tidak Mahu Islam Pada Nama, Ibu Hormati Jalan Hidup Yang Dipilih Anaknya

Menurut Julian, perkara yang paling menyentuh hatinya adalah apabila ibunya sering mengingatkannya untuk menunaikan kewajipan sebagai Muslim terutama berkaitan solat.

Katanya, pada awal penghijrahannya, ibunya akan mengejutkannya untuk bangun menunaikan solat, terutama ketika waktu Subuh setiap kali dia pulang ke rumah.

“Daripada situ saya nampak emak benar-benar mahu saya menjadi Muslim yang baik. Hubungan kami juga menjadi semakin rapat selepas saya memeluk Islam.

“Setiap kali musim perayaan terutama Hari Natal, saya tetap pulang ke kampung untuk berkumpul bersama keluarga walaupun tidak meraikannya.

“Jadi, saya tidak nampak sebarang masalah walaupun saya dan emak kini berlainan agama. Lagipun, tiga lagi adik-beradik saya juga sudah memeluk Islam.
“Itulah yang saya cuba kongsikan menerusi media sosial baru-baru ini iaitu perbezaan agama tidak memutuskan ikatan serta kasih sayang antara ibu dan anak,” katanya.
“Saya mendoakan ibu semoga menerima hidayah satu hari nanti. Tapi saya tak pernah memaksa (ibu) cuma bersyukur sangat andai doa saya itu termakbul,” katanya.
Katanya, Islam banyak mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik dan mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas berhijrah.
Bagaimanapun, Julian mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam amalannya dan dia akan terus berusaha untuk istiqamah melaksanakan kewajipan sebagai Muslim selain berazam menjadi insan yang lebih baik.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

zahnita

Zahnita Akui Lepaskan Hak Penjagaan Anak Demi Masa Depan, Kini Sudah...

Pengorbanan terbesar seorang ibu. Zahnita Wilson mengakui serahkan hak penjagaan empat anak kepada bekas suami demi masa depan mereka. Dirinya turut mengesahkan kini sudah bertunang.