Ads

Tragedi Mandi Pantai, Tangan Bapa Masih Erat Pegang Kaki Anak Sulung Waktu Ditemui

Tragedi Mandi Pantai
Tragedi Mandi Pantai

Sebak membaca kisah tragedi mandi pantai dua beranak yang akhirnya meninggal dunia akibat lemas di Pantai Kampung Punggai, Pengerang. Apa yang mencuit emosi, tangan bapa dilaporkan masih erat memegang kaki anak sulungnya ketika ditemui.

Tragedi Mandi Pantai

Tragedi Mandi Pantai, Tangan Bapa Masih Erat Pegang Kaki Anak Sulung Waktu Ditemui

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Ahad itu, pengusaha bengkel kereta, Mohammad Nizam Zainal, 33, bersama anaknya, Muhammad Zamri Mikhail, 8, dilaporkan mandi-manda di pantai berkenaan sebelum dihanyutkan ombak besar kira-kira 10 minit kemudian.

Isteri mangsa, Nurul Jannah Kamaruzaman, 31, berkata, suami dan anaknya itu dibawa keluar dari laut oleh bapa saudaranya selepas kejadian berlaku.

“Suami dan anak turun mandi ke laut jam 6 petang dan tak lama kemudian terdengar suami menjerit meminta tolong.

“Saya ternampak suami lambung anak beberapa kali, nak cuba selamatkannya sebelum orang ramai di situ segera memegang erat tangan masing-masing untuk membuat rantaian bagi membawa keluar mereka,” katanya ketika ditemui.

Nurul Jannah berkata, mereka ke tapak perkhemahan itu bersama keluarga ibu saudaranya sempena cuti persekolahan dan sepatutnya pulang ke rumah hari ini.

Ads

Tangan Bapa Masih Erat Pegang Kaki Anak Sulung Waktu Ditemui

Tragedi Mandi Pantai, Tangan Bapa Masih Erat Pegang Kaki Anak Sulung Waktu Ditemui

Menurutnya, suaminya yang gemar berkhemah begitu teruja untuk menyertai aktiviti berkenaan, malah menunjukkan perubahan sikap sejak beberapa hari sebelum kejadian.

“Suami memang suka berkhemah dan sangat teruja untuk pergi kali ini. Nampak la perubahan dia yang terlebih ceria dan banyak cakap.

Ads

“Cuma tiga hari kebelakangan ini dia tidak dapat tidur malam sehingga terpaksa mendapatkan ubat,” katanya.

Tambahnya, sebelum kejadian, suaminya juga tidak mengajaknya mandi pantai seperti kebiasaannya.

“Saya sedar dia mandi di pantai pun selepas bapa saudara tanya mana Nizam dan Zamri lalu saya ternampak mereka sudah mandi di pantai,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Tragedi Mandi Pantai, Tangan Bapa Masih Erat Pegang Kaki Anak Sulung Waktu Ditemui

Nurul Jannah berkata, perasaan tidak sedap hati yang dirasai sepanjang perjalanan ke tapak perkhemahan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia kehilangan suami dan anak sulungnya.

Untuk info, dua beranak berkenaan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bayu Damai. Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Felda Papan Timur di sini.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Suami Amyza Aznan

Suami Amyza Aznan Masih Ditidurkan, Cuma Dah Kurangkan Extubate Sikit

Suami Amyza Aznan iaitu Khairil Izhar Mohd. Nazir masih ditidurkan dan kini berada di bawah pemantauan doktor di unit rawatan jantung (CCU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).