Mayat 6 sekeluarga hilang ditemui dalam Sungai Korok, anak sulung bergelar yatim piatu. Misteri kehilangan enam beranak, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun sudah terjawab apabila sebuah kereta ditemui dalam Sungai Korok.
Selaman dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia awalnya menemui plat Proton Saga dipandu pasangan ini iaitu KAR 9511 sebelum kenderaan ditarik ke atas.
Mayat 6 Sekeluarga Hilang Ditemui Dalam Sungai Korok
Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di Sungai Korok, pagi ini.
Setakat ini operasi mengangkat m*yat keenam-enam sekeluarga itu sedang dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Enam mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga 9 tahun.
Ads
Ahli keluarga yang berada di lokasi dilihat menangis ketika jasad mangsa diangkat seorang demi seorang.
Sebelum ini media melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lepas.
Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra. Difahamkan anak sulung pasangan berusia 12 tahun tidak mengikut sama di dalam kenderaan ini.
Ads
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka. Kredit::- Harian Metro.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Ads
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Tanda lahir di dahi, Syamimi Afrina ‘dihina’- ada makcik tanya, “suami tak nak cerai ke…”Tanda lahir bukanlah satu kecacatan, dan ia juga bukan sesuatu yang seharusnya dipandang pelik.
Namun realitinya, masih ada masyarakat yang belum benar-benar faham atau sensitif terhadap individu yang dilahirkan dengan tanda lahir yang jelas pada tubuh, terutamanya pada wajah.
Begitulah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Syamimi dalam video temubual bersama KOOL101 yang kini tular di TikTok. Menerusi video tersebut, Syamimi tampil dengan penuh keyakinan menjelaskan bahawa tanda lahir pada wajahnya bukanlah sesuatu yang perlu disorok atau dijadikan bahan pertanyaan yang menyakitkan hati.
“Hanya sebab Syamimi ada tanda lahir yang berbeza daripada orang lain, bukanlah tiket untuk tanyakan soalan yang tak sepatutnya,” jelasnya di dalam video itu sambil memaparkan ketabahan dan sikap positif Syamimi yang mahu orang ramai lebih terbuka dan beradab dalam berinteraksi dengan individu sepertinya.
Menurut Syamimi, dia pernah menerima pelbagai reaksi. Ada yang memandang pelik, ada juga yang bertanya secara langsung tanpa memikirkan kesan emosinya. Namun begitu, beliau memilih untuk tidak memendam rasa.
Menerusi hantaran di TikTok Kool 101 itu juga Syamimi berkongsi ada seorang wanita yang menganggap dia akan diceraikan suaminya hanya kerana tanda lahir tersebut.
Ketika itu saya sedang bersiaran langsung di TikTok, dan orang akan selalu bertanya dekat dahi saya ada apa.
Kemudian ada seorang mak cik bertanya, ‘suami tak nak cerai ke, ada tanda lahir dekat dahi?’
Saya rasa terkejut sangat, macam mana mak cik itu boleh terfikir soalan ini? Sedangkan sebelum saya kahwin suami saya dah nampak tanda lahir ni.
Bagaimanapun, Syamimi memilih untuk mengambil sebarang tindakan terhadap warganet yang meninggalkan komen jelik.
Buat masa sekarang saya tak ambil apa-apa tindakan, saya bersabar sahaja.
Tapi ada juga yang DM (direct message) saya untuk minta maaf. Tapi waktu bercakap tentang saya, mereka tak fikir pula.
Syamimi mahu menjadi suara yang menyedarkan masyarakat bahawa tanda lahir bukanlah kecacatan, malah ia merupakan sebahagian daripada identiti diri yang unik.
“Bagi mereka yang ada tanda lahir dan kepada ibu bapa yang mempunyai anak sebegitu, saya tahu tak mudah. Tapi saya nak awak tahu, kita kena bersedia dari segi mental sebab akan ada macam-macam soalan tentang itu. Tetapi apa-apa pun, bila ramai yang tahu pasal tanda lahir ini..saya nak sampaikan ia sehingga ke tahap perkara ini bukan lagi benda yang pelik,” ujarnya.
Tindakan Syamimi yang berani berkongsi pengalaman hidupnya dengan tanda lahir ini wajar dipuji. Ia bukan sahaja menunjukkan kekuatan dalaman, tetapi juga membuka mata ramai pihak agar lebih peka dan menghormati perbezaan. Sikap ingin tahu itu tidak salah, tetapi cara kita bertanya dan niat di sebaliknya perlu dijaga.
Harapan Syamimi mudah agar satu hari nanti, tanda lahir tidak lagi dianggap pelik, dan masyarakat akan lebih terbuka untuk menerima kepelbagaian rupa paras manusia tanpa prejudis.
Mesej ini penting untuk dihayati, lebih-lebih lagi dalam era media sosial hari ini di mana penampilan sering menjadi fokus utama. Semoga kisah Syamimi dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang mungkin pernah merasa rendah diri kerana perbezaan fizikal, dan mendorong masyarakat untuk belajar melihat keindahan pada setiap kelainan.
Suami isteri ditangkap jual video terlarang, isteri turut ‘diperdagangkan,’ seminggu boleh dapat lebih RM6k. Sepasang suami isteri tempatan yang sudah mempunyai empat anak ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran serta mempromosikan video lucah melalui platform media sosial.
Mereka yang masing-masing berusia 34 tahun diberkas oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam sekitar jam 8 malam, Selasa lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan menerusi Op E-Noda itu turut merampas tiga unit telefon bimbit, dua kondom, satu tiub pelincir, sebungkus tisu basah, sehelai tuala serta kad akses hotel.
“Pasangan suami isteri ini dipercayai mula menjalankan aktiviti tersebut sejak Jun tahun lalu. Hasil siasatan mendapati suami berperanan sebagai pencipta kandungan, mempromosi video lucah selain menguruskan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan daripada hasil jualan video dan langganan perkhidmatan pelacuran,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, pasangan tersebut mensasarkan pelanggan yang menggunakan aplikasi X untuk mempromosikan jualan video lucah dan perkhidmatan seks, manakala aplikasi Telegram pula digunakan sebagai saluran komunikasi dengan pelanggan.
“Bagi kandungan video lucah di Telegram, pelanggan perlu membayar RM50 untuk akses ‘Private Channel Limited Content’ dan RM150 untuk ‘Private Channel VVIP Unlimited Content’,” jelasnya.
Tambah Rusdi, bayaran bagi perkhidmatan seks pula bermula daripada RM450 hingga RM800 untuk setiap langganan yang berlangsung di hotel bertaraf empat bintang.
Difahamkan, wanita terbabit yang juga isteri suspek bertindak sebagai pelacur serta pelakon utama dalam setiap video yang dihasilkan, sekali gus meningkatkan jualan video tersebut.
Kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan telah direman selama tiga hari sehingga Jumaat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e), Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Isteri Fikry Ibrahim Pilih Tidak Buka Aib Rumah Tangga. Setiap rumah tangga pasti akan menghadapi ujian dan cabaran yang mendatang. Ujian ini boleh datang dalam pelbagai bentuk dan ujian tersebut adalah lumrah dalam kehidupan berumah tangga.
Untuk pengetahuan Fikry dan isterinya telah bernikah pada 12 Februari lalu di Jitra, Kedah. Seperti mana diketahui umum pada Jun lalu, isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan pertama perceraian. Peguam mewakili Siti Khalizah, Wan Muhammad Afiq turut memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap Fikry pada Mei atas alasan tiada lagi persefahaman.
Meski memfailkan cerai, Wan Muhammad Afiq berkata, plaintif masih terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan suaminya bagi mencapai pendamaian antara mereka.
Namun tidak sampai 24 jam, Fikry menegaskan bahawa kehadiran isteri ke mahkamah hanya untuk menarik semula permohonan perceraian.
Dek kerana itu juga menerusi sebuah siaran langsung di platform Tik Tok, Khalizah telah menafikan dakwaan kononnya isu fail cerai digunakan sebagai strategi untuk mempromosikan produk perniagaan yang bakal dilancarkan.
“Kita manusia, lagi-lagi yang tak sempurna macam saya kadang-kadang Allah uji.
“Tiada siapa nak benda buruk terjadi, perkara itu berlaku atas ujian Allah bagi kepada kami pasangan suami isteri.
“Saya tak pandai sangat agama tapi tahu hukum. Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa nak kahwin tapi tak bahagia,” luah Khalizah.
Akui tidak boleh salahkan orang lain seratus peratus, sebagai insan biasa dirinya juga ada melakukan kesilapan.
“Tak mengapa awak nak tanya, mungkin orang nak tahu. Janganlah tanya begitu, sebak saya.
“Kita tengah berusaha ke arah kebaikan, tiada siapa nak benda itu berlaku terutama sekali kita ada anak perempuan.
“Mungkin ada silap daripada saya, tak boleh salahkan orang 100 peratus. Kadang apa yang terjadi ada juga silap kita,” tambahnya.
Segala yang berlaku ada hikmahnya malah Khalizah juga menerangkan dia dan suami mengetahui hal sebenar tentang hubungan mereka.
“Sekiranya Allah tentukan panjang jodoh maka panjanglah. Sekiranya Allah kata sampai situ dan itu takdir serta ujian, siapa kita nak menidakkan.
“Saya tahu banyak orang komen negatif dekat saya. Hanya saya dan suami sahaja yang tahu sebab kami tak bercerita kepada umum,” sambungnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!