Anak menangis jangan suruh berhenti segera, emosi mereka boleh terbantut, silap-silap perkembangan emosinya boleh terus terhenti.
Jadi mak, ayah bila berdepan dengan sikap anak yang mengada-ngada dan kuat menangis, jangan disuruh berhenti melulu. Sebaliknya ikuti langkah yang dikongsikan Mohd Fhais Salim ini baik-baik.
Anak Menangis
“Diam, jangan mengada-ngada boleh?”
Depan mata saya kejadian ni berlaku.
Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.
Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) : 1 – Kita datang dekat pada anak 2 – Pandang muka anak dengan tenang 3 – Pastikan jauh dari gangguan 4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala ) 5 – Tunggu 1 hingga 2 minit ( emosi bertahan 90 saat saja ) 6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia atau alihkan perhatian dia dengan lakukan sesuatu aktiviti yang mereka suka
Ads
Insyallah. Cara ini lebih selamat dan anak pun tak terasa tertekan..
Cuba la kalau sungguh sayang anak.
Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, kadang-kadang boleh hilang sabar bila anak buat perangai. Tetapi juga kawal emosi dan jangan cepat marah bila anak-anak uji kesabaran mak, ayah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Letak ‘Pandangan’ Pada Kebaikan & Pengorbanan ISTERI, Supaya Ketetapan HATI Sampai Bila-Bila. Memang ada benarnya lumrah dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Ada ketika kita mula membandingkan orang lain lebih baik daripada pasangan sendiri.
Namun bila hati mula berbolak balik sebegini, letaklah ‘pandangan’ tersebut pada setiap kebaikan dan pengorbanan yang pasangan kita telah lakukan. Dengan cara ini ia dapat menetapkan hati kita, untuk kekal setia sampai bila-bila.
Hari ni tengok pasangan kita tu elok dah, lawa dah.Esok pulak tengok, pasangan kita macam ada tak kena, terkurang kat sini sana.
Hati tu kan sifatnya sentiasa berubah-ubah, bolak balik. Kita start banding ja pasangan kita dengan orang lain, dengan apa yang kita nampak di luar dari rumah, terus lagi kuat perubahan hati tu, lagi kuat perasaan bolak balik tu.
Kita sendiri tak tetapkan “pandangan” kita pada isteri kita.
Apa perasaan kita, apa yang kita sebagai seorang lelaki letak dalam hati terhadap isteri sendiri. Kita letak penampilan dia ke, kita letak paras rupa dia ke, kita letak tutur kata dia ke, kita letak budi bahasa dia ke, kita letak akhlak dan cara dia ke sebagai pandangan yang membuatkan hati kita terpaut pada dia.
Kita kasih dan sayang dia sebab apa.
Kalau letak pada rupa, what if rupa dia berubah selepas melahirkan anak…?
Salah kita sebab letak pada sesuatu yang tak kekal lama…pandangan kita pada dia akan berubah once rupa dia berubah. Maka hati pun turut serta berubah sebab dari mata turun ke hati.
Letaklah pandangan kita tu pada kebaikan isteri kita, letaklah pandangan kita tu pada pengorbanan isteri kita..letaklah pandangan kita tu pada apa yang isteri dah buat untuk kita.
Nescaya sampai bila-bila ketetapan hati tu hanya milik dia.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, jika melihat orang lain ‘nampak’ lebih baik dari pasangan kita, tetapkanlah hati, letakkan pandangan pada setiap kebaikan dan pengorbanan yang pasangan kita telah lakukan. Insya allah hati akan tetap setia dan tak berbolak balik.
Menjaga anak perempuan tak sama dengan jaga anak lelaki. Masing-masing ada perangai dan cara tersendiri. Sebab itu, ada sesetengah mak ayah merasakan cukup berbeza dalam menjaga anak lelaki daripada anak perempuan.
Sejauh mana kebenarannya tidak pasti. Hanya mak-mak yang ada anak lelaki dan perempuan saja tahu bezakan. Atau ada yang merasakan jaga anak lelaki atau anak perempuan sama saja.
Sebab itu, ada mak ayah yang diberi rezeki semua anaknya perempuan dan tidak kurang juga yang mempunyai semua anak lelaki. Tak perlu kecil hati atau sedih sebab semua itu Allah dah tulis di Luth Mahfuz lagi. Paling penting cara kita sebagai mak-mak menjaga anak itu dengan sebaik mungkin.
Dalam perkongsian oleh Abu Hurairah Asifa ini, turut menekankan dalam mendidik anak perempuan. Mungkin orang cakap, anak perempuan rapat dengan ayahnya tapi ‘tak serasi’ dengan maknya.
Namun, dari segi rahsia perempuan, anak perempuan lebih selesa dengan maknya sebab sama-sama jantina. Tak kisah apapun, yang patut ditekankan adalah dalam mendidik anak perempuan.
Mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan.
Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia ‘panas’ dengan ibunya. Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena.
Tapi, walau sayang macam mana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya.
Maka, dengan anak perempuan kita kena banyak meraikan.
Bagaimana?
1. Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.
2. Perempuan makhluk perasaan. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan. Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik. Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada uaminya pula.
3. Rumah dan ruang hidup Paling penting, anak perempuan kena dibiasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.
Lebih Susah
Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan.
Susah?
Sebab itu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina Syurga untuk ibu dan ayahnya.
Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan di sana.
Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insya Allah,
Dia akan mendapat anak perempuan yang terbaik dalam hidupnya.
#sweeterapi
MW: Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Jaga dan didiklah sebaik mungkin untuk jadi insan berguna.
Bila terlalu memuliakan suami, sampai isteri diperlakukan seperti hamba itu dah salah kefahamannya. Lagi-lagi ada mentua yang berfikiran, isteri kena taat pada suaminya. Apa pun yang isteri buat, kena lebihkan dulu suami dalam segala hal.
Bila mana ada pandangan yang menyatakan tak boleh campur pakaian suami dan anak-anak ketika membasuhnya. Kerana tak dianggap memuliakan suami.
Dan inilah yang jadi kebimbangan hati Puan Marliya Ramli, bila mana adanya mentua yang terlalu memanjakan anak-anak lelaki sehingga isteri itu diperlakukan bak hamba.
Bimbang, Anak Perempuan Kita Dapat Suami Yang…
FENIN… FENIN…
Bila kita ada anak gadis…
Sesungguhnya di zaman yang serba mencabar ini, nak pilih menantu pun kita dah bimbang banyak perkara.
Kita takut anak kita dapat suami yang :
solat pun tak reti
main PubG hingga tak masuk office
lepak mamak hingga tengah malam
silap sikit tangan ke pipi
hutang keliling pinggang
menang gaya malas bekerja
nafkah ke laut banyak alasan
itu belum masuk kes dadah, judi
tak cerita mata keranjang dan kaki curang
Doakan Anak Gadis Kita Dapat Suami Yang..
Sungguh! Nak nilai seorang menantu lelaki pun dah segala mak nenek yang kita bimbang. Kita doakan moga-moga anak gadis kita dapat suami yang :
ada basic knowledge dalam agama
melindungi seperti bapanya
menyayangi tanpa syarat
menjadi khalifah dalam keluarga
sabar mengatur rumahtangga
tak kaya tak apa asal rajin bekerja
Begitulah dilemanya… Bila jadi mak ayah, nak menilai menantu lelaki pun kita dah bimbang.
Tapi… Tapi… Tapi…
Ada Mentua Manjakan Anak Lelaki Keterlaluan
Sekarang nak kena tengok dan bimbang juga siapa bakal mak mentua anak kita? Kalau yang pesen manjakan anak lelaki namatey, menganggap suami maharaja tak perlu buat apa-apa, anak lelaki di ajar lepak main games, anak perempuan yang buat kerja rumah segala memang jem terus! Outdated kind of mindset.
Mentua begini meletak seribu adab memuliakan suami, sejuta adat memartabatkan suami hingga membazir, menekan dan menyusahkan isterinya.
Suami maharaja, isteri khadam dalam rumahtangga. Agama tak suruh tapi adab suruh maka sanggup menghambakan isteri. Padahal adab dan adat adalah ciptaan manusia yang Allah tak suruh. Masih kita nak laung dan junjung adat dan adab begitu ya? #apeni?
Walaupun kita di tahun 2020, rupanya masih ada wanita saki baki yang tidak faham antara memuliakan suami vs mengkhadamkan diri. Mentaliti begini, akak kira mertua yang tinggi risiko bakal meletak expectation yang bakal menjadi beban kepada menantu wanitanya.
Apa nak buat… Mata akak adalah mata pelabur. Mata akak membuat penilaian risiko dan sesungguhnya akak menganggap jangankan nak cari menantu lelaki dah cukup susah, bakal mertua anak kita pun bakal membawa risiko juga.
FENIN… FENIN… Panadol mana? Panadol?
Salam sayang
#kongsiilmu
#learnfromobservation
#adab apakah jika agama tak suruh?
#ritual peribadi yang dianggap adab?
#mak mentua moden cam akak menolak adat dan adab layanan double standard dalam keluarga