Semoga cikgu ini dikurniakan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala. (Kredit Foto : myMetro)

Suami hidap penyakit misteri. “Selesa tidur dalam kereta, panas bila naik rumah.” Begitulah situasi yang dialami seorang guru selepas menghidap penyakit misteri setahun lalu.

Kereta itu menjadi rumah keduanya sejak setahun lalu. Pelik tetapi itulah hakikat yang perlu dilalui keluarga ini. Nampak pada kasar macam tak selesa tetapi itulah pilihan guru ini.

Suami Hidap Penyakit Misteri

Keluarga seorang guru yang menghidap penyakit misteri terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai ‘kediaman’ apabila lelaki itu akan berubah sikap sejak hampir setahun lalu.

Menurut Wan Zaidah Wan Bakar, 53, ini berikutan suaminya Azhar Nor, 56, secara tiba-tiba boleh bertukar perwatakan menjadi seorang yang panas baran dan pelupa apabila naik ke atas rumah mereka.

Katanya, suaminya mula menghidap penyakit misteri selepas menjalani pembedahan pada bahu kiri akibat mengalami penyakit Raja Satong (bengkak atas tubuh), tahun lalu.

“Selepas menjalani pembedahan itu, doktor memaklumkan suami yang mengajar di sebuah sekolah di Hulu Besut disahkan menghidap penyakit hati menguncup serta terdapat batu pada hempedu.

“Perut suami juga membesar dan mengeluarkan air kejernihan menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan untuk memasang tiub,” katanya.

Baca Di Sini : Diserang Penyakit Misteri, Suami Mohon Doa Nadya Diberi Kesembuhan “Dia Dah Kenal Diri Sebenar, Syukur Alhamdulillah”

IKLAN

Selesa Tidur Dalam Kereta

Mengulas lanjut, Wan Zaidah yang bertugas di pejabat Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), suaminya bertukar menjadi seorang panas baran dan pelupa jika naik ke atas rumah selepas menjalani rawatan.

“Selepas mengalami penyakit misteri dan bagi mengelakkan saya dan anak-anak menjadi mangsa kemarahannya, suami sendiri memilih untuk tidak naik ke atas rumah.

“Dia akan menghabiskan masa termasuk tidur, makan, buang air besar dan kecil di dalam kenderaannya.

“Sejak menjadikan kenderaan sebagai penginapan mulai akhir April tahun lalu, MPV ini pernah mengalami kerosakan pada kotak gear kerana enjin sentiasa dihidupkan 24 jam,” katanya.

Artikel Menarik: 5 Bulan Derita Penyakit Misteri, Wanita 200Kg Hembus Nafas Terakhir

IKLAN

Panas Bila Naik Rumah

Wan Zaidah yang mempunyai enam anak berusia 13 hingga 24 tahun, berkata dia membelanjakan kira-kira RM100 sehari untuk kos bahan bakar kenderaan berkenaan.

Selain itu, katanya, dia juga berbelanja RM3,000 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dewasa, tisu basah dan ubat-ubatan.

“Saya bersama anak-anak mendirikan pondok di halaman dan terpaksa bermalam dalam khemah secara bergilir-gilir untuk menjaga suami yang bermalam di atas kenderaan,” katanya.

Mengulas kos rawatan, Wan Zaidah memaklumkan sudah membelanjakan lebih RM20,000 untuk mengubati penyakit misteri dialami Azhar termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional.

IKLAN

“Bagaimanapun, usaha dilakukan tidak berhasil apabila penyakit misteri yang dialami suami semakin teruk dan kini saya terpaksa menggantikannya sebagai ketua keluarga,” katanya.

Mingguan Wanita : Semoga cikgu ini dikurniakan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala. Penyakit misteri ini bukan hanya menguji kesabaran orang yang sakit, malah orang yang menjaganya juga.

Sumber: myMetro

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI