Diserang penyakit misteri, suami mohon doa Nadya Syahera diberi kesembuhan. Kasih sayang dari ikatan suci suami isteri begitu kukuh, siapalah yang mahu melihat isteri kesayangan dalam keadaan sakit.
Diserang Penyakit Misteri, Suami Mohon Doa Nadya Diberi Kesembuhan
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram suami kepada pelakon Nadya Syahera, Mohd Hafizul Md Nawi atau Fizul memohon doa agar isteri kesayangannya pulih dari kesakitan.
Seperti mana yang dimaklumkan, menerusi perkongsian terdahulu, Nadya diserang penyakit misteri sejak tiga minggu lalu.
“Semoga Allah memberi kesembuhan kepada isteri saya.
“Alhamdulillah dia dah kenal diri dia sebenar. Syukur alhamdulillah,” tulis Fizul.
Beberapa jam lalu, Fizul juga berkongsi yang isterinya sudah boleh berjalan.
“Alhamdulillah dia dah boleh berjalan,” luah Fizul penuh kesyukuran.
Doakan Agar Isteri Kuat
Malah seperti mana yang dikongsi sebelum ini menerusi akaun Instagram (IG) Story miliknya, Fizul juga mendoakan agar isteri kembali sihat seperti sedia kala.
“Doakan isteri saya semoga sihat kembali seperti sedia kala.
“Sudah hampir tiga minggu dia tak berapa sihat.
Ads
“Minggu ini paling teruk, diserang penyakit misteri. Allahuakbar. Doakan supaya dia kuat, dapat makan dan minum seperti biasa,” kongsinya.
Nadya Dalam Keadaan lemah & Dimasukkan Air
Selain itu, Fizul juga menerangkan isterinya disahkan oleh hospital tidak mengalami sebarang penyakit namun berada dalam keadaan lemah dan dimasukkan air.
“Minggu lepas dah pergi hospital, masuk air 5 hari perubahan makin okay sebab dah masuk air. Sakit tiada,” tulisnya.
Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan.
Ads
Sumber / Sumber Foto : Instagram Fizul Nawi & Instagram Nadya Syahera
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Lepas 7 hari bersalin Izreen kongsi nama anak ketiga. Pelakon yang berasal dari Perlis yang baru saja seminggu melahirkan anak ketiganya membuat pengumuman menerusi Instagramnya.
Bayi yang baru dilahirkan itu diberi nama Ali Idrees dan merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Ude yang dinikahinya pada 8 Ogos 2017.
Menerusi perkahwinan mereka, Izreen dan Ude turut dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
“Hai Auntie Uncle semua nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay..
“Saya dilahirkan pada 21/9/21 jam 9.06am dan berat 2.87kg (selama ni yang besar tu mama. ALI kecik saja,” kongsi Izreen yang telah bersalin di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Izreen pernah menyatakan dia masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak ketiganya kepada umum.
Berkemungkinan besar pelakon tersebut akan berkongsi wajah ahli keluarga terbaharunya itu selepas habis tempoh berpantang.
Untuk pengetahuan, Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Izreen Azminda
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Genap 6 tahun Stacy peluk Islam akui Akim jentik hati dan bercerita mengenai keindahan Islam dengan cukup santai dan tidak terlalu berat.
Tanggal 24 Ogos lalu, genaplah enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
Pemilik nama Islam Ummu Shaikhah Stacy Anam ini mengakui suami tercinta, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik (merujuk kepada Akim) ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” ungkap Stacy.
Ibu kepada dua cahaya mata kepada Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, menerusi program bual bicara dalam talian, Bersama Tya akui detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Stacy akui sebenarnya, dia melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” jawab Stacy yang masih belajar untuk menjadi insan yang terbaik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Kadang-kadang, apa juga perbuatan isteri kena ingat suami yang menanggungnya. Tapi bagaimana pula dengan dosa suami. Adakah selama ini suami sudah jalankan tanggungjawab terbaik untuk isteri dan keluarga.
Jangan ingat isteri buat silap sikit, isteri berdosa? Dosa suami pula macam mana? Kalau nak dikatakan, seorang suami, tanggungjawabnya besar. Dialah yang perlu mendidik isteri ke jalan yang lebih baik, menjadi contoh ketua keluarga dan sebagainya.
Sedar tak sedar, apa juga perbuatan suami yang tidak elok, sebagai isteri tidak salah untuk menegur. Jangan fikir dia ‘suami’ perlu patut dan taat dan membiarkan saja apa yang suami lakukan tanpa kenal dosa dan pahala.
Inilah sikap tanpa sedar yang mungkin ada terlepas pandang tentang dosa suami hingga meresahkan hati isteri. Moga ia membuka hati pata suami di luar sana agar tidak mengambil mudah tentang perkara ini.
1. Tidak Berusaha Menghamornikan Antara Isteri & Ibu Bapa
Apabila berlaku konflik antara mertua & menantu, sesetengah suami mengambil sikap berlepas tangan & enggan menyatukan hubungan antara isterinya & ibu bapanya.
Apa yang perlu dilakukan adalah, suami perlulah berlaku adil & bijak menyatukan mereka.
Tidak boleh hanya memenangkan ibunya sahaja atau isterinya sahaja, kerana itu lebih mengeruhkan keadaan. Suami perlu berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkan persefahaman antara mereka.
2. Merendah-Rendahkan Isteri
Hanya atas dasar menjadi “ketua keluarga”, sesetengah suami cenderung untuk merendah-rendahkan jasa atau sumbangan isterinya. Kadang-kala, mereka membuat keputusan mustahak tanpa memberitahu langsung kepada isteri, kerana berasa tidak ada keperluan.
Sesungguhnya perasaan ‘berasa diri lebih baik’ ini adalah perbuatan takabbur & tidak sepatutnya timbul dalam diri suami (atau mana² Muslim lain).
Layanlah isteri baik-baik & hargailah jasa mereka walau sekecil mana pun. Ingatlah, wanita itu adalah saudara kandung lelaki (Ṣaḥīḥ)
3. Mengongkong Isteri (Ghairah Ekstrem)
Suami seharusnya melindungi isteri daripada keburukan & ancaman orang luar, terutamanya daripada pandangan & pergaulan oleh lelaki-lelaki lain. Perbuatan ini dinamakan sebagai ghīrah (cemburu yang dibenarkan agama). Namun sesetengah suami telah bersikap ekstrem dalam ghīrah, iaitu dengan mengongkong isterinya.
Ada yang menghalang isteri daripada berbakti kepada ibu bapa mereka, ada yang menghalang isteri keluar menuntut ilmu agama (padahal suami sendiri tidak cukup ilmu) dan sebagainya.
Nabi ﷺ sendiri berpesan, sekiranya wanita meminta izin ke masjid, maka janganlah dilarang (Ṣaḥīḥ Muslim no. 442).
Kesimpulan di sini, selama mana ada keperluan mustahak untuk keluar rumah, dan isteri boleh menjaga aurat & pergaulannya, maka janganlah suami mengongkong mereka.
4. Suami Bersikap Dayyūth (Dayus)
Sebagaimana suami tidak seharusnya mengongkong isteri, begitu juga suami tak boleh membiarkan isterinya terlampau bebas. Malang sekali, ramai suami hari ini tak kisah jika isterinya bergaul bebas di luar rumah, berkhalwat dengan lelaki lain, bermaksiat dan sebagainya. Ada juga suami yang suka mempamerkan gambar-gambar isteri yang tabarruj atau terbuka auratnya di media sosial, dalam papan iklan. Mereka berbuat demikian atas sebab hendak menunjukkan “penghargaan” kepada isteri mereka, atau kononnya hendak menjaga “hak kebebasan” isteri.
Apakah kata Nabi ﷺ kepada golongan suami begini?
Begitulah nasib lelaki Dayyūth, Allāh SWT pun enggan melihat mereka. Na’ūdzubillāh.
5. Kurang Bersikap Ihsan Kepada Isteri
Kebanyakan suami mampu berlaku adil kepada isteri mereka, namun tidak ramai yang boleh bersikap ihsan pada isteri mereka. Ihsan di sini bermaksud, memberi isteri lebih daripada keperluan yang sepatutnya.
Contohnya, tanggungjawab suami adalah dia perlu membeli mesin basuh untuk memudahkan isterinya basuh baju di rumah. (contoh). Kalau ihsan, suami akan turut menolong isteri dalam proses pembersihan pakaian tersebut, contohnya dgn menyidai baju, melipat baju etc.
Sedangkan baginda sibuk mana pun mampu menolong isteri di rumah, maka apatah lagi kita?
6. Kurang Sikap Kepimpinan
Ada sesetengah suami yang kurang sikap kepimpinan terhadap keluarganya. Apabila timbul isu atau masalah dalam keluarga, dia sering berharap kepada bantuan isterinya, atau bantuan dari luar seperti ibu bapanya, kawan-kawan, adik beradik dan sebagainya.
Tidak ada salah untuk mengambil nasihat orang lain, namun suami perlu tahu bahawa yang menjadi tunggak keluarga adalah diri mereka sendiri.
Kalau suami tidak ada keyakinan, tidak ada ketegasan, kecekalan & disiplin, maka bagaimana isteri mahu bergantung padanya?
7. Tidak Memberi Pendidikan Agama Kepada Isteri
Ada sesetengah suami yang berlepas diri daripada mendidik isterinya dengan didikan agama. Mereka berasa tiada keperluan isterinya mempunyai pengetahuan agama, cukuplah apa yang dipelajari dalam kursus perkahwinan. Ini adalah kesalahan yang fatal.
Hakikatnya, menuntut ilmu agama adalah proses yang berjalan sepanjang hayat & sebagai manusia, kita akan sentiasa memerlukan peringatan.
Kadang-kala rumah tangga kita dihujani masalah², menerusi pengajianlah kita mampu mendapat solusi tersebut.
Kalaulah suami kurang pengetahuan agama & tidak mampu mengajar isteri, sekurang-kurangnya suami haruslah mengizinkan isteri mereka untuk menghadiri kelas² pengajian.
Ilmu agama itu bukan sahaja untuk manfaat suami isteri, bahkan manfaat terbesar adalah kepada anak².
Seandainya suami atau isteri kurang didikan agama, bagaimana mahu mendidik anak² berpaksikan ajaran Islam?
Maka, nak tak nak, suami perlu berusaha memastikan keluarga mendapat pendidikan agama yang secukupnya, terlebih lagi pada diri suami sendiri.
8. Mengutamakan Orang Luar Berbanding Keluarga Sendiri
Ada juga suami yang cenderung untuk mengutamakan rakan² mereka, adik-beradik mereka, bos & pekerja mereka, sampai tahap mereka telah mengabaikan isteri mereka.
Suami jenis ini, mereka gemar lepak bersama-sama rakan mereka, bermain online game, membelanjakan wang untuk kawan sampai tahap mereka kurang melayani isteri mereka.
Padahal kalau ada insan paling utama untuk suami melayan adalah, itulah isteri mereka (tanpa mengabaikan ibu bapa).
Seharusnya, suami perlu menyalurlan perhatian mereka, secara fizikal & emosi, kepada isteri mereka terlebih dahulu.
Isteri adalah amanah daripada Allāh SWT. Keluarga isteri juga telah melepaskan tanggungjawab berat itu kepada suami.
Maka, pikullah amanah itu sebaik mungkin.
9. Kurang Berterima Kasih Kepada Isteri
Sebagaimana suami ingin rasa dihargai, begitulah juga isteri, pun ingin rasa hargai oleh suami mereka.
Sekali-sekala, berilah mereka hadiah sebagai tanda terima kasih, atau tolonglah mereka buat kerja rumah demi meringankan beban mereka.
Paling tidak pun, ucaplah terima kasih kepada isteri.
Kadang-kala isteri bukanlah menghendaki hadiah material semata-mata, mereka memerlukan rasa ‘assurance’ bahawa suami mereka benar-benar menghargai & menyayangi mereka.
Dari semasa ke semasa, luahkanlah rasa terima kasih kepada isteri kita.
10. Tidak Setia Kepada Isteri
Dengan wujudnya media sosial, pasangan suami atau isteri lebih terdedah kepada fitnah khalwat.
Namun, fitnah ini lebih berat kepada suami, spt sabda nabi “Aku tidak meninggalkan fitnah lebih membahayakan kepada lelaki daripada wanita” (Ṣaḥīḥain)
Suami-suami ini tidak tahu, bahawa cantik yang mereka lihat menerusi alam maya tersebut bukanlah semestinya kecantikan semula jadi.
Mungkin sekali jika isteri mereka berhias, malah menjadi lebih cantik daripada wanita yang dia kejarkan itu.
Tetapi begitulah, apabila terlampau mudah terpengaruh dengan kecantikan yang diperlihatkan menerusi alam maya, sesetengah suami terlupa bahawa mereka sudah beristeri.
Seharusnya suami perlu berpegang teguh pada ikatan perkahwinan, dan elakkan daripada hasutan² ini.
11. Mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Isteri memang menjadi prioriti suami & suami perlu melayani isteri dengan sebaik mungkin. Namun malang sekali, kadang-kala suami terlampau melayani isteri sehingga terlupa akan kedua orang tua mereka.
Mingguan Wanita : Suami isteri sama-sama berusaha cari bahagia dunia akhirat.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.