Walaupun isteri pertama setuju, perlu mohon dan kena dapat kebenaran hakim mahkamah tinggi dahulu untuk berpoligami.

Malahan, poligami bukan hanya dapat kebenaran daripada isteri pertama atau isteri sedia ada tetapi kena juga cukup syarat poligami dari Mahkamah Tinggi.

Tak mudah ya ayah-ayah sekalian, jika isteri izinkan sekali pun tetapi tak memenuhi syarat yang mahkmah tinggi tetapkan memang permohonan anda akan ditolak walaupun berkemampuan.

Ikuti perkongsian Puan Nurul Izzah Zainol dan hadam baik-baik ya suami yang tengah berangan

Perlu dan patut

Perkahwinan poligami di Malaysia bukan cukup sekadar suami, isteri sedia ada, dan bakal isteri setuju sahaja, terus boleh langsung pernikahan.

Kena Dapat Kebenaran Mahkamah Tinggi

Kebenaran untuk menikah lagi bukan datang daripada isteri sedia ada. Ia mesti dimohon di Mahkamah Tinggi dan hendaklah mendapat kebenaran hakim walaupun isteri sedia ada setuju.

Ada 4 syarat yang perlu dibuktikan oleh Pemohon (suami) yang hendak berpoligami. Yang common selalu orang sebut adalah mampu dan mampu berlaku adil.

Seolah-olah asal mampu, gaji berpuluh ribu, memang confirm ‘lepas’ permohonan poligami. Dalam undang-undang, ‘mampu’ sahaja tak cukup. Ada 2 syarat yang perlu dipenuhi juga iaitu:

Walaupun Isteri Setuju, Kena Dapat Kebenaran

SYARAT LAIN
1) Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah perlu dan patut

IKLAN

2) Perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan mengakibatkan mudharat (dharar syarie) kepada isteri sedia ada.

Si suami itu perlu buktikan kenapa dia perlu kahwin satu lagi. Apa yang kurang kepada isteri dan perkahwinan sedia ada untuk membuktikan dia patut berkahwin lagi.

Kalau tengok dalam enakmen, kekurangan itu diambil kira sekiranya uzur, mandul, tidak dapat atau enggan melakukan hubungan kelamin, dan isteri gila. Dan semua dakwaan ini perlu dibuktikan.

Baca Juga Di Sini:

Adil Dalam Poligami, Bukan Sama Rata Tapi Munasabah Berdasarkan Situasi Ikut Syariat

IKLAN

Kalau NAK Berpoligami SANGAT, Biarlah IKUT Kemampuan Jangan Memaksa ISTERI Hidup Saling Mencatu

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Elak Maksiat Tak Diterima

Banyak permohonan poligami yang ditolak atas sebab pemohon tak berjaya buktikan yang dia perlu dan patut berpoligami.

Ada satu case report yang saya baca, alasan ‘nak elakkan maksiat dan nak halalkan hubungan ‘ tidak cukup kuat untuk memenuhi syarat perlu. Ia perlu kepada alasan yang lebih kuat.

Tak cukup nak elak maksiat.
Ada juga kes yang hakim terima alasan ‘elak maksiat, halalkan hubungan’ membuktikan si suami perlu kepada poligami.

IKLAN

Tetapi dia gagal membuktikan mengapa dia patut berpoligami kerana dia sudah ada wanita yang halal yang masih sihat dan mampu melakukan hubungan kelamin. Maka permohonan tetap ditolak walaupun slip gajinya tertera amaun 10K.

Poligami bukan seperti perkahwinan kali pertama. Yang memang digalakkan bagi mereka yang mampu demi mengelakkan perzinaan dan menjaga nasab.

Hakim Mahkamah Tinggi Tegas

Dalam soal poligami, banyak aspek yang mahkamah perlu pertimbangkan kerana telah wujud keluarga sedia ada yang perlu dijaga kebajikan mereka terlebih dahulu.

Kerana itu, adanya syarat yang satu lagi, iaitu meskipun mampu, perlu dan patut sekalipun, tetapi adakah perkahwinan yang dicadangkan itu akan mendatangkan mudarat kepada isteri sedia ada.

Yes, memang ketat syarat-syarat untuk lulus poligami. Yang betul-betul jantan akan sanggup ikut proses undang-undang yang betul. Bukan dengan buat dakwaan palsu dan dokumen palsu, lepas tu bersumpah dalam Mahkamah!

Then dengan bangganya canangkan poligaminya patuh syariah.

MW: Poligami bukan hanya sekadar berkemampuan atau tidak tetapi lebih daripada itu. Walaupun isteri sedia ada setuju namun syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi harus diteliti. Jadi renung-renungkan ya.

Sumber: Puan Nurul Izzah Zainol

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI