Selalunya orang bercerita tentang anak lelaki. Karenah anak lelaki semasa kecil dan tanggungjawabnya bila meningkat dewasa. Jarang kita bercakap hal anak perempuan. Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, semuanya mempunyai cara yang berbeza dalam menjaganya.

Ada orang cakap beruntung dapat anak perempuan, esok-esok ada kawan temankan mak di dapur. Ramai anak lelaki pula, boleh jadikan satu team bola sepak. Bila peroleh anak perempuan, sudah tentu inginkan anak lelaki pula. Begitu juga bila ada anak lelaki, mahukan anak perempuan pula.

Ditakdirkan rezeki semua anak permpuan dan semua anak lelaki. Terimalah dengan redha sebab itu rezeki yang Allah berikan. Beruntungnya bila mak ayah mempunyai kedua-duannya. Dari situlah tahu macam mana peel dan perangai anak perempuan dan lelaki cukup berbeza.

IKLAN

Perkongsian daripada Nooraffia Abdullah cukup memberi kesan dan peringatan mak ayah di luar sana tentang cabaran menjaga anak perempuan dan anak lelaki yang memang berbeza.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Zaman Sekarang, Jaga Anak Perempuan Dan Lelaki Sama Je Mencabarnya!

IKLAN

Bila Ada Anak Perempuan, Waktu Dia Kecillah Kita Bagi Bermain Sepuasnya

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Bila Ada Anak Perempuan

Anak sulung saya, Allah beri seorang perempuan.
Jujur, masa dia kecil-kecil dulu tak rasa sangat cabarannya.
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya
Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah.
Jangan buat tak endah, tanggungjawabnya berat.
Tugasnya amat besar
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksiseksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol.
Ajarkan mereka erti malu, pakai yang sopan-sopan
Bersederhana menikmati zaman kanak-kanak
Bila ada anak perempuan, tak boleh dibiar tidur sana sini. Harus diajar tidur setempat di dalam bilik.
Bahayanya ada di mana- mana dan jangan percaya kepada sesiapa.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat dan ajarlah mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan dan sentiasalah temani mereka.
Biar kita susah hari ini daripada menangis di kemudian hari.
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka tentang harga diri dan ajar mereka untuk sayang diri sendiri. Ini kerana diri mereka sangat berharga.
Bila ada anak perempuan, terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh.
Usah malu untuk memberi ilmu dan bimbang mereka cari di tempat salah
Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka.
Kenali juga siapa kawan mereka kerana rakan yang baik menjadi penguat dan rakan yang nakal menjadi pemusnah
Bila ada anak perempuan, selalulah diperiksa handphone mereka.
Apa yang dikongsi dan apa yang ditulis. Ambil tahu
Bila tiba saat kau lepaskan mereka dan hidup berjauhan. sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik, jaga maruah diri dan jagalah maruah keluarga.
Biarlah orang kata kita kolot atau kita syadid
Bila ada anak perempuan, berdoalah.
Mohon dijaga kehormatan diri mereka, mohon dijaga keselamatan mereka..
Moga-moga Allah jaga dan lindungi.
Aamiin Allahumma aamiin..

MW: Begitulah bezanya besarkan anak perempuan dan anak lelaki. Sebagai mak ayah, kita kena peka sebab semua ini adalah tanggungjawab mak ayah yang akan ditanya esok nanti.

Sumber: Nooraffia Abdullah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI