2 biji tayar kena curi, gadis nasihat hati-hati parking kereta di KTM Teluk Pulai. Kasihannya apabila tayar dicuri di tempat letak kenderaan, apatah lagi insiden ini berlaku di malam hari ketika diri seorang diri. Pastinya rasa panik dan tak tahu apa yang perlu dilakukan.
2 Biji Tayar Hilang Dicuri
Dalam video perkongsian di Tiktok mspetite, gadis ini menuju ke keretanya dan sangat terperanjat apabila 2 biji tayarnya hilang dicuri tempat letak kenderaan tersebut.Kejadian kecurian tayar tersebut dikatakan berlaku di Stesen Keretapi Teluk Pulai, Klang.
Ramai Kena Curi Tayar
Menurut gadis ini lagi, kes kecurian tayar ini bukan kejadian kali pertama. Ramai yang pernah mengalami insiden ini di kawasan ini.Malah turut menasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila ingin meletakkan kenderaan.
Ads
Gadis ini juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang kampung yang datang membantunya dalam kejadian tersebut.
“Terima kasih orang kampung yang datang tolong, diorang cakap hari sebelumnya ada kereta Axia pun kena juga kat sini,” ujarnya.
Selain itu, diruangan komen, ada yang turut menasihatkan supaya membeli ‘special lock nut’, pasang sebiji setiap tayar.Ia bagi mengelakkan kejadian curi tayar ini mudah berlaku.
“Beli special nut, pasang sebiji setiap tayar. ade duit lebih pasang setiap tayar. tools bukak special nut tu simpan dalam kreta. senang nak cari.
Mingguan Wanita: Semoga menjadi peringatan juga buat kita supaya meletak kenderaan ditempat lebih selamat dan terang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebegini berlaku.
Chef Wan bersyukur sel kanser belum merebak ke otak, selesai buat kemoterapi tulang belakang.
Berita Chef Wan mengidap kanser limfoma cukup membuatkan peminatnya berasa risau. Walau menyedari kanser sejenis penyakit boleh membawa maut namun Chef Wan kekal positif menjalani rawatan kemoterapinya kali pertama semalam.
Apa yang membuatkan dirinya bersyukur, sel kanser limfoma itu tidak merebak ke bahagian otaknya.
Memetik laporan Harian Metro, Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 65, bersyukur sel kanser limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak.
Chef Wan berkata dia mendapat perkhabaran baik itu selepas menjalani rawatan kemo semalam. Menurutnya, dia ada berdepan kesakitan sewaktu rawatan namun tidak lama.
“Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.
“Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.
“Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan juga sangat waspada mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalani agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.
“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya,” katanya.
Pada minggu lalu, Chef Wan berkongsi khabar sedih memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).
Doktor turut memaklumkan padanya bahawa dia mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Amaran untuk lelaki berotak poligami, lelaki pernah kahwin dua akui gagal berlaku adil. Sehari dua ini kita dihidangkan dengan kisah ragam rumahtangga khususnya soal berpoligami. Ia mungkin menjadi topik kegemaran orang lelaki tetapi tidak bagi orang perempuan kerana ia amat menyakitkan hati mereka.
Dalam pada hangat orang ramai memperkatakan kisah abang Tesla yang memilih berpoligami, seorang lelaki, Ahmad Helmie Hassan yang juga merupakan jurutera berkongsi kisah ‘KEGAGALANNYA” saat dia memilih berpoligami.
Satu yang paling terkesan di hati, selain gagal berlaku adil, dia juga mengakui poligami adalah pembunuh masa berkualiti bersama anak isteri. Dengan isteri pertama, dia miliki dua orang anak dan isteri kedua, dia mempunyai empat orang anak. Kini dia hanya miliki seorang isteri selepas isteri pertama menuntut cerai.
Baca kisahnya, moga jadi pengajaran buat orang lelaki yang berfikir, poligami itu hal yang menyeronokkan tetapi sebenarnya tidak.
POLIGAMI.
Ambo sudah tempuh HIDUP BERPOLIGAMI. Sesaja tertengok email draft poligami Ambo dulu-dulu.
Coretan pengalaman sebagai Lelaki Berotak Poligami, awalnya Ambo gagal mendapat Kebenaran Nikah di Selangor, sebab Isteri orang Selangor & idea terpacul ketika itu Tuhan telah mempermudah urusan-urusan Ambo dengann mendaftar menggunakan alamat sahabat Ambo di Kuala Lumpur.
Dan Permohonan Pendaftaran Kebenaran Nikah Poligami diuruskan oleh Laywer Zulkifli Yong.
Alhamdullilah, hari ini sudah 4 Zuriat dari perkahwinan kedua. Namun sad story, Ambo telah GAGAL mempertahan Fasaqh yang dibuat oleh Isteri Pertama.
No Defend from me sebagai mengambil tanggungjawab kegagalan untuk berlaku ADIL.
Ada sedikit pengalaman hidup dan nasihat kepada LELAKI. CONCLUSION Ambo, kita LELAKI yang tidak mampu berlaku ADIL. TIADA KEMAMPUAN zahiriah, lahiriah, kecuali mendapat perkenan persetujuan kedua-dua Isteri secara TOTAL & MUTLAK.
Dan kedua-dua ISTERI WAJIB menjadi KAWAN BAIK.
Baru lah POLIGAMI itu Indah Nian. Kalau NAGA sama NAGA, definitely kita LELAKI yang sakit kepala.
Jika NAGA bertemu NAGA, akhirnya kita LELAKI yang jadi manusia yg akan dipersalahkan kerana tidak mampu BERTANGGUNGJAWAB DAN ADIL apabila berpoligami.
Musibah & Bala bertimpa-timpa sekarang menimpa Ambo maybe adalah KIFARAH & BALASAN ALLAH SWT kepada Ambo akibat TIDAK ADIL, TIDAK AMANAH & TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap kedua-dua Isteri dan keenam-enam anak hasil daripada pernikahan yang SAH BERPOLIGAMI mengikut undang-undang negara pada usia 30an.
SOCMED ‘Abang Tesla’ Minggu ini di mana masing-masing cuba menjadi HERO dengan BERPOLIGAMI. Ada Lelaki cuba berseronok dengan kehidupan POLIGAMI baru dua hari.
Bebanan BERPOLIGAMI sangat BESAR. Tanggungjawab terbeban tidak mampu dipikul oleh mana-mana LELAKI. Itu realitinya.
Demi menjaga hubungan kekeluargaan dàn memelihara EMOSI anak-anak dari Perkahwinan pertama, Ambo tidak hadir ke Mahkhamah dàn hanya menghantar peguam untuk bersetuju sahaja apa sahaja TUNTUTAN FASAQH drp Isteri Pertama.
‘Not to defend’ adalah satu IKTIKAD Ambo membiarkan Perkahwinan Pertama terbubar atas Cerai Hakam sebagai mengambil tanggungjawab kelemahan Ambo sendiri terhadap ketidakadilan dàn mungkin ketidakbertanggungjawab Ambo terhadap Perkahwinan TERSEBUT sepanjang ianya masih sah bersama.
Ambo admit kegagalan Ambo.
Sebagai Lelaki yang mengahwini DUA WANITA secara SAH dàn Perkahwinan di akad berwali kepada kedua-dua BAPA secara SAH dàn berdaftar permohonan secara SAH di Malaysia, Ambo merasakan pada ketika itu Ambo sudah cukup BERTANGGUNGJAWAB utk menjaga DUA KELUARGA serentak.
Dan Ambo telah GAGAL. Telah Terbukti GAGAL.
Jika ada sahabat-sahabat LELAKI GENTLEMAN bertanya Ambo, definitely hari ini Ambo berpendapat, POLIGAMI adalah PEMBUNUH quality time kita bersama anak BINI secara TOTAL. Banyak kesan EMOSI telah membunuh Jiwa Lelaki kita dan semestinya Jiwa EMOSI Isteri-Isteri kita juga hancur luluh hanya kerana episod drama-drama yg tidak berpenghujung.
Dan ini telah membunuh sifat penyayang kita terhadap Wanita yang kita sayangi secara mutlak.
SEBAGAI LELAKI, kita telah ikhtiar cuba melakukan yang terbaik.
Dan Sebagai LELAKI, nasihat Ambo usahlah ke sempadan jika ingin BERPOLIGAMI, berkahwin dan gunakan khidmat Lawyer Zulkifli Yong atau mana-mana Laywer Poligami yg ada dalam market di Malaysia.
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama. Keharmonian diantara kaum juga masih dipelihara demi kestabilan dan perpaduan negara.
Terharu melihat perkongsian video ringkas dari Tiktok divyasree0605ini.Video tersebut menunjukkan keharmonian dan perpaduan kaum tanpa mengira agama dan bangsa.
Seorang wanita berbangsa India kelihatan cukup ikhlas dalam membantu dan menyuap makanan dan memberi minuman kepada pesakit wanita Melayu yang tidak dapat melihat akibat kegagalan buah pinggang di atas katil di sebuah hospital.
Menurut perkongsian anaknya, ibunya bukan sahaja menjaga anak sendiri malah memang turut membantu para pesakit yang lain di wad tersebut, terutamanya menyuapkan makanan dan minuman.
Sememangnya sikap yang terpuji, membantu tanpa membezakan warna kulit, agama dan bangsa. Semoga menjadi inspirasi dan contoh buat kita juga supaya tinggal harmoni di Malaysia ini.
Trend suntik kurus semakin popular dalam kalangan wanita, namun pakar mengingatkan terdapat risiko kesan sampingan jika digunakan tanpa pemantauan doktor atau dibeli daripada sumber tidak sah.