Miliki jam Swatch LGBT ini satu kesalahan, boleh di penjara 3 tahun & denda RM20,000. Kerajaan mengambil tindakan tegas mengenakan hukuman penjara dan denda kepada mana-mana pekedai atau individu yang memiliki jam LGBT Swatch.
Memetik laporan Bernama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan berkaitan lesbian, gay, bisexual, transgender “queer” dan + Plus (LGBTQ+) pada jam jenama Swatch termasuk apa-apa koleksi kotak, pembalut dan aksesori berkaitan pada jam berkenaan.
Miliki Jam Swatch LGBT Satu Kesalahan
KDN menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan perintah larangan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 itu berkuat kuasa mulai hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan pewartaan perintah larangan itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
Peruntukan itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan berkenaan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
“Hasil penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan mempromosikan, menyokong, dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini,” menurut KDN.
Ads
Boleh Di Penjara 3 Tahun & Denda RM20,000
Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya.
KDN memberitahu pihaknya komited dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
“Kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat,” menurut KDN.
Pada Mei lepas, KDN dilaporkan telah menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT.
Sensasi! Wanita miliki 4 suami! Yakin perkahwinan sebelumnya telah bubar dengan sendiri tanpa daftar ke mahkhamah. Akhirnya hanya berkahwin 2 minggu sebelum suami memfailkan faraq perkahwinan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cukup manja dan jelas melalui gambar yang ditayang pasangan Izreen Azminda dan Ude Wahid begitu bahagia ketika menghabiskan percutian bulan madu di Bali, Indonesia.
Pasangan yang mula mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing, ternyata lebih terbuka untuk berkongsi foto mesra mereka berdua walau ruangan komennya masih belum dibuka.
Buat yang masih belum sampai Bali, nah… Hakak ‘velanja’ keindahan Bali yang dikongsi pasangan ini.
Izreen Azminda Ketika Di Bali Bersama Ude
Cantik sangat!
Melalui gambar yang dikongsi, pasangan ini singgah dua hotel ketika di sana…
Tapi kehangatan cinta pasangan ini tak habis di Bali je, balik rumah pun tetap romantik. Rajin Ude Wahid masuk dapur ya. Apa pun moga hubungan pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah.
Sumber: Instagram Izreen Dan Ude Wahid
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Qisha Qaisara Adishahputra bersyukur dengan kerajinan anak perempuannya, Princess Eysha yang dipanggil kakak. Setiap pagi bantu ibunya yang sedang berpantang dalam PKP. Kemas rumah, siap mop lantai. Dan tolong ibu, jagakan adiknya itu.
Tak pula merungut, malah melakukan dengan rela. Beruntung ibunya. Ketika MW menghubungi, kongsi ibunya kakak sudah dibiasakan membantunya sejak usia 4 ke 5 tahun.
“Dari umur itu dia dah mula tolong syaa kat dapur. Dia selalu tolong saya. Dan saya suka suruh dia join buat kerja rumah.
Mula-mula ramai orang cakap saya hambakan anak, tapi Alhamdulillah sekarang anak semua yang buat kerja (ketika ini ibunya dalam berpantang bersalin).”
Ada Kakak, Mudahkan Ibu Berpantang Dalam PKP
Dan inilah posting ibu yang menyentuh hati ramai orang.
“Selama 9 hari mommy pantang yang uruskan rumah dan uruskan adik-adik dan uruskan mommy, kakak Princess Eysha.
Walaupun umur kakak baru 11 tahun. Mommy sangat bertuah adanya kakak. Hilang sakit mommy masa bersalin kan kakak.
Kalau takda kakak macam mana lah mommy agak nya. Berpatang dalam PKP ni.. Dengan rumah semua, setiap pagi kakak kemas. Setiap pagi kakak mop. Suapkan nasi untuk adik. Jaga kan baby bila mommy mandi. Rebuskan air untuk mandian herba untuk mommy. Macam tak percaya kakak buat semua ni.
Rajinnya Kakak Tak Boleh Bawa Bincang..
Mommy menangis sebab terharu. Masa mommy umur sebaya kakak semua benda ni mommy tak tahu nak buat lagi. Stress mommy hilang bila tengok rumah sebersih ni. Tandas atas bawah semua kakak cuci. Kalau rumah ni kecik macam rumah lama mommy tak kisah sangat. Ni rumah ni besar kakak.. Kakak buat sorang-sorang.
Sofa 3 kali seminggu kakak lap. Takut habis berhabuk.. Ya Allah aku bersyukur kau hadir kan zuriat sebaik ini.. Yang mana selalu bersama kakak akan tahu macam mana perangai kakak Eysha.. rajin nya tak boleh bawa bincang.”
Alhamdulillah tq juga daddy pantang mommy cakap sakit situ sini terus sediakan ubat kecut kan rahim.. Ya allah kau hadirkan anak-anak dengan suami yang sangat memahami aku.. Mommy dalam pantang anak-anak dan suami layan macam permaisuri sudah.”
Sujud Syukur pada mu Ya Allah begitulah yang diluahkan oleh balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali, apabila menang dalam kes saman fitnah difailkan terhadap bekas adik iparnya, Ali, Puteh, yang turut diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun rasmi Instagrmnya, Hidayah memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku Hidayah Hamzah syukur pada Allah.
“Terima kasih kepada peguam kami, Mak, Abah, Anakku Hamzah, adik beradik famili dan rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin,” luah Hidayah yang turut menulis tanda pagar Sujud Syukur Pada Mu Ya Allah.
Rezeki Anak Yatim Di Pagi Jumaat
Bukan itu saja malah menerusi ruangan komen juga ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan kesyukuran atas kemenangan ibu tunggal itu.
“Alhamdulillah. Rezeki anak yatim di pagi jumaat, terus kuat Dayah jaga Hamzah baik-baik. Moga Allah permudahkan urusan Dayah,” komen salah seorang pengikut Hidayah di Instagram menerusi akaun aisyah19782020.
Seperti mana yang dipetik menerusi laporan di Harian Metro pula, adik ipar kepada Hidayah iaitu Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Terbaru pelawak ini menyatakan dia akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.
Mingguan Wanita: Semoga Hidayah dapat membesarkan anak tunggalnya Hamzah dengan penuh kasih sayang. Ternyata Hidayah seorang yang begitu tabah dalam mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....