Innalillahiwaninna lillahirojiun. Benarlah kematian dan ajal yang berlaku pada bila-bila masa sahaja yang telah ditetapkan. Bersedialah kita dalam menghadapinya dan berdoalah semoga dipertemukan oleh Allah dalam keadaan Husnul Khatimah.

Meninggal Selepas Ceramah Subuh

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ), Mustafa Omar, meninggal dunia selepas memberi ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai, di sini, hari ini.

Sempat Berpesan Mengenai Kematian, Lelaki Meninggal Selepas Beri Ceramah Subuh Sempena Maal Hijrah

Alami Sesak Nafas

Difahamkan, beliau pulang ke rumah setelah menyampaikan ceramah itu berikutan mengalami sesak nafas.

Pengarah JAINJ, Jamaludin A Hamid ketika dihubungi berkata, Allahyarham yang berusia 51 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi, dipercayai akibat serangan jantung.

IKLAN

Beliau berkata, jenazah Allahyarham kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

“Allahyarham adalah seorang yang baik keperibadiannya, dan sudah berkhidmat selama 26 tahun. Beliau masuk kerja sama dengan saya pada 1997.

“Allahyarham adalah seorang yang berilmu dan berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal sejak kira-kira enam tahun lalu. Beliau memang mahir dalam bidangnya,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, Allahyarham menyelesaikan tugasan menyampaikan ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai yang disiarkan secara langsung melalui Facebook masjid itu.

Sempat Berpesan Mengenai Kematian, Lelaki Meninggal Selepas Beri Ceramah Subuh Sempena Maal Hijrah

Sempat Berpesan Mengenai Kematian

Pada akhir ceramahnya, Allahyarham sempat berpesan mengenai kematian dengan menyatakan ia pasti akan berlaku, dan tidak perlu berbangga dengan harta dikumpul kerana hanya amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

IKLAN

Mesti Baca:Kematian ‘Dicemburui’, Ditemui Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Dhuha!
Baca Lagi Di Sini:Pemergian Dicemburui, AJK Surau Dijemput Pencipta Ketika Laungkan Azan Subuh
Artikel Menarik:“Semasa Hayat, Bibir Tak Lekang Berzikir, Tasbih Dan SEDEKAH…” Pemergian MAK Yang Dicemburui

Mingguan Wanita: Benarlah ajal dan kematian, tidak pernah terlambat walaupun sesaat. Berdoalah kita semoga dipertemukan dengan Nya dalam keadaan Husnul Khatimah.

Sumber: Bharian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI