‘Iddah’ bermaksud tempoh menunggu di mana ianya adalah tempoh masa yang akan dilalui oleh perempuan selepas perceraian atau kematian suami.Apabila berlakunya perceraian mahupun kematian suami dan melalui tempoh iddah, banyak perkara yang wanita perlu dipatuhi sepanjang fasa ini.
Ambil Berat Syarat Iddah
Pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia mengambil berat tentang hukum hakam termasuk syarat iddah selepas bercerai dengan bekas suami, Syamsul Yusof, 14 Jun lalu.
Puteri Sarah berkata, dia sudah membuat pembacaan mengenai iddah serta sentiasa memberitahu Syamsul mengenai pergerakannya termasuk urusan kerja di Jakarta.
“Saya sudah buat kajian tentang iddah. Kalau suami meninggal dunia baru kita berkabung di rumah dan tak boleh berhias.
“Kalau suami masih hidup dalam tempoh tiga bulan perlu beritahu suami (pergerakan). Saya memang beritahu bekas suami. Syamsul memang tahu Sarah pergi bekerja, jalani penggambaran. Jadi tiada masalah tentang itu,” katanya.
Puteri Sarah ditemui selepas Majlis Pengumuman Prakemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) di Jalan Sungai Penchala, di sini, semalam. Ibu dua anak itu disenarai pendek lima artis terbaik bagi kategori Aktres TV Popular.
Terdahulu, segelintir netizen dalam media sosial mempersoalkan tindakan Puteri Sarah seperti tidak menghormati tempoh iddah selepas berkongsi gambar-gambar dengan berpenampilan cantik dan kemas dalam Instagram.
Ads
Syamsul Lebih Kerap Jumpa Anak-Anak
Disoal kehidupan baharu selepas bercerai, Puteri Sarah berkata, dia bersyukur kerana Syamsul lebih kerap berjumpa dan meluangkan masa dengan anak-anak.
Malah, katanya, hubungan dirinya dengan bekas suami juga semakin akrab dan Syamsul adalah seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap zuriat mereka.
“Segala aktiviti anak-anak akan dimaklumkan kepada Syamsul. Setiap hari Syamsul buat panggilan video dengan anak-anak.
“Hari Raya Aidiladha baru-baru ini pun Syamsul datang dan meluangkan masa dengan anak-anak. Satu perkembangan yang positif,” katanya.
Ads
Mahu Anak Tahu Sendiri Status Perceraian
Ditanya sama ada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, sudah mengetahui status perceraian mereka, Puteri Sarah berkata, dia mahu anak-anak mengetahui perkara itu sendiri.
“Biar mereka tahu sendiri, tak perlu saya beritahu. Buat masa sekarang mereka gembira, jadi saya biarkan dahulu. Semuanya tengah baik sekarang,” katanya.
Dalam masa sama, Puteri Sarah berkata, dia akan menunaikan umrah bersama kawan baik selepas habis menjalani tempoh iddah.
Katanya, tanah suci adalah tempat terbaik untuk berdoa sekali gus menjadi lokasi terbaik sebagai permulaan memulakan kehidupan baharu.
Ads
“Saya juga akan kerap ke Jakarta atas urusan perniagaan. Selepas ini mungkin akan menjalani penggambaran dengan bapa mentua (Datuk Yusof Haslam) dan teater dengan Janna Nick pada September depan,” kongsinya.
Ibu luah rasa terkilan, anak cirit 21 kali doktor hanya beri 3 paket air garam sebelum meninggal. Ajal maut di tangan Allah, kita hanya mampu berusaha. Luahan hati seorang ibu, Erma Iswani yang meluahkan rasa terkilan dan marahnya atas kehilangan anak syurganya, Umair. Erma mendakwa doktor di sebuah klinik kesihatan di Lurah Bilut hanya memberikan tiga paket air garam di saat dia memaklumkan anaknya alami cirit 21 kali.
Ekoran tidak berpuas hati, Erma membawa anak syurganya ini ke sebuah klinik swasta di mana doktor mengesahkan darah putih anaknya terlalu tinggi sebelum ditahan di hospital. Namun takdir menentukan anaknya adalah penghuni syurga. Sebagai ibu, rasa terkilan itu ada,” kata Erma.
Berikut adalah perkongsian dari facebooknya, Erma Iswani.
Assalamualaikum..
Post saya ini bukanlah utk menyalahkan mana-mana pihak, nak nk lagi memburukkan agensi klinik kerajaan, saya tak dendam, saya MARAH saya TERKILAN. Sesungguhnya kesemua ini adalah salah dan silap saya sendiri…
Anak saya telah mengalami cirit birit dari tengah malam hingga ke pagi (1 hari) sebanyak 21 kali ..
Dr tempoh itu saya pantau anak dirumah, dia masih minum air dengan banyak.
Pada hari rabu 12/7/2023 saya telah bawak anak saya ke KLINIK KESIHATAN LURAH BILUT pada pukul 11.30 tengahari untuk mendapatkan rawatan di sana, saya memberitahu anak saya mengalami cirit birit sebanyak 21 kali dan pada ketika itu saya juga memberitahu doktor tersebut bahawa kekerapan anak membuang air besar pada ketika itu sangat banyak iaitu 21 kali.
Dari awalnya kuantiti najis yang dikeluarkan banyak dan semakin lama semakin sedikit. Saya juga turut memberitahu doktor bahawa anak saya tidak aktif seperti kebiasaan. Doktor sedia maklum mengetahui anak saya seorang OKU yang mempunyai masalah GDD.
Doktor mesti tahu kalau budak macam ni kena jangkitan berapa teruk boleh jadi. Tapi langsung tak elert. Saya jugak turut memberitahu doktor anak saya demam dan pada ketika itu doktor mengatakan anak saya tidak mengalami demam kerana suhu telah di ambil di luar terlebih dahulu.
Setelah diperiksa mulut dan berapa bahagian seperti kulit, perut, doktor tersebut mengatakan anak saya tiada tanda “dehydrated”. Dan keadaan dia ketika itu DIKATAKAN OK. Doktor telah memberi kan anak saya ubat air garam 3 sachet dan saya turut meminta ubat demam kepada beliau.
Saya turut bertanya adakah anak saya “KENA KERACUNAN MAKANAN”? Dan beliau berkata “YA” “MUNGKIN”. Pada ketika itu saya rasa agak risau kerana mata dah mula kelihatan tenggelam. Saya sedikit kecewa kerana saya mengharapkan refer ke hospital ataupun darah diambil tetapi “TIADA”.
Sebaik keluar daripada klinik, apabila di dalam kereta saya melihat kaki anak kemerahan berbintik sambil berfikir “takkan la doktor tu tak nampak kaki anak aku”, mata pun cengkung ke dalam.
Walaupun mengenangkan ayat dia yang mengatakan anak saya ok TIADA TANDA KERING. Saya rasa tidak berpuas hati dan tanpa berlengah saya terus pergi ke klinik swasta klinik hijraa di Bentong untuk dapatkan rawatan dari doktor lain.
Sesampai di sana, saya menceritakan keadaan yang sama apa yang saya ceritakan pada doktor sebelumnya dan keadaan anak saya di klinik itu masih sama dengan di Bilut cuma suhu diambil suhu anak saya adalah 40.1.
Dan Dr tersebut sangat alert dengna keadaan mata anak saya yang ke dalam yang nampak seperti ada tanda dehydrated, doktor tersebut menyarankan saya untuk mengambil darah anak untuk melihat sama ada, ada virus ataupun jangkitan.
Selepas result darah keluar, doktor disitu terus memberi surat refer untuk admit ke hospital kerana bacaan darah putih terlalu tinggi memandangkan pada Masa yang sama doktor tersebut alert dengan keadaan anak saya yang nampak tidak aktif.
Dalam pukul 3 petang, saya bawak anak saya ke emergency Hospital Bentong dalam keadaan sudah lembik Dan tidak sedarkan diri.HANCUR HATI SAYA DOK USUNG ANAK KE EMERGENCY DALAM KEADAAN LEMBIK MACAM SAYUR…
Sebaik sahaja saya sampai anak saya terus di intubated, ditidurkan dan keadaannya sangat kritikal dalam badan AIR KERING. Dan pada hari yang sama anak saya dihantar ke NICU Hospital Temerloh.
Pada 14 Julai 2023 saya telah kembali ke klinik untuk mendapatkan penjelasan doktor tersebut mengenai apa yg dia diagnosis anak saya.
Saya sangat terkilan bila Mana dia menjawab bahawa prosuder klinik kerajaan keadaan anak ketika itu tidak memerlukan darah untuk diambil (berdasarkan keadaan nadi, bacaan oksigen pada masa itu ok.
Anak pertama saya terkena cirit birit pada tahun 2017 bawak di klinik kerajaan berak kurang Dari 21 pon Dr di klinik kesihatan di Bentong mintak untuk darah diambil. Tak tahu pulak prosuder sekarang dah lain.
Kalau benarlah itu prosuder klinik kesihatan kerajaan sekarang. Saya sangat HAMPA! 21 kali tu mugkin tidak dipandang serius. Saya juga turut mempersoalkan keadaan mata anak saya ketika itu sudah tenggelam tetapi dia kata dia tak nampak dan asyik mengulangi dia sudah memegang anak saya sebanyak dua kali.
Dia ada mengatakan antibiotics tidak diperlukan, point saya sekarang bukanlah antibiotics. Cuma saya terkilan kenapa dischargekan anak saya hanya berbekalkan 3 schet air garam tanpa darah diambil. Dalam keadaan saya dah SEBUT ANAK SAYA TIDAK AKTIF seperti kebiasaan..
Saya seorang manusia Tak Lepas Dari perasaan Tak puas hati Dan rasa kalau lah waktu tu Dr alert dgn keadaan anak sy , at least ambil darah die , die xmgkin akan mengalami keadaan seperti skrg .. tp itu lah kalau Nak cerita pasal “KALAU”.
KESILAPAN TERBESAR SAYA ADALAH SAYA PERGI KE TEMPAT YANG SALAH SETELAH MEMIKIRKAN KK LURAH BILUT YG PALING HMPIR SERTA BERHARAP DARAH DIAMBIL SERTA MDPTKN SURAT REFER YG CEPAT JIKA ADMIT DIPERLUKAN .. DAH INI YANG SANGAT SAYA KESALKAN SEHINGGA SEKARANG.
Buat encik doktor..
Saya TERKILAN. Dari saya keluar bilik jumpa Dr, sampai la sy terus ke klinik lain dan kemudian ke Hospital Bentong, anak saya jadi kritikal dalam ANGGARAN Masa 3 jam je .. Dan Dr sendiri pon xkn pernah jangka bukan ? Saya TERKILAN.
Macam saya cakap dengan doktor…
Saya ni bodoh, sebab tu saya perlukan orang yang pandai macam doktor untuk bantu rawat anak saya.
Saya hilang senyuman anak saya hanya dalam masa 1 Hari je ..
Dan pada Hari ini ank saya telah kembali kepada pencipta .. anak sy telah menghembuskan nafas yg terakhir pada Hari isnin 09.34 am.
Saya harap penulisan saya ini sampai ke Dr amar klinik kesihatan lurah bilut
Andai ada lg insan malang seperti anak saya dpt kan rawatan dgn Dr .. tolong la alert dgn keadaan patient nak2 lg patient yg mmg tk normal mcm org lain ..
Anakku Umair ..
Awk anak lelaki Erma yang hebat
Dan awk anugerah yang indah yg Allah berikan yang saya gagal menjaga dgn baik ..
Terima kasih kerana sudi hidup Selama 2y6m walaupun saya masih mahu inginkan awk dalam kehidupan saya. Saya sangat redha tapi saya perlukan masa untuk pulihkan jiwa saya yang sedang rapuh.
Alfatihah anakku si pejuang kecilku yang hebat. Awak tak kalah. Awak dah menang dalam perjuangan ini. Rehat la pejuang kecilku ..
Instafamous dedah suami curang, pilih selingkuh dengan ‘lelaki’ yang jadi saksi pernikahan mereka. Perkahwinan merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas Al-Quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.
Perkahwinan bukan untuk menutup perlakuan buruk seperti menyukai lelaki lain sama seperti zaman Nabi Luth tetapi perkahwinan adalah untuk membina rumahtangga yang mengamalkan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik sehingga mampu memikul amanah dan merealisasikan usaha bagi memastikan hidayah Allah SWT berterusan dan tersebar ke seluruh alam ini.
Satu pendedahan dari instafamous Meylisa Zaara mengenai kecurangan suami mengejutkan banyak pihak. Bukan curang bersama perempuan lain tetapi memilih jalan songsang iaitu menjadi gay. Lebih menyedihkan di hari pernikahan mereka, “pasangan” kepada suaminya adalah saksi kepada pernikahan mereka.
Meylisa yang juga model hijab yang sering menunjukkan tutorial pemakaian hijab di akaun Youtubenya, HijabModis selain terlibat dalam skincare mengakui pembongkaran suaminya, Rizka Khoirul Atok yang juga seorang ahli perniagaan.
Bahkan dirinya menulis di instagramnya yang dirinya kini melalui pengalaman pahit dalam perkahwinan tak mungkin akan memaafkan perbuatan suaminya itu.
Pilih Selingkuh Dengan “Lelaki” Yang Jadi Saksi Pernikahan Mereka
Ia bermula dari chat mesra suaminya bersama lelaki lain hingga mendatangkan kecurigaan kepadanya. Bila ditanya, dia menjadi mangsa keganasan rumahtangga kerana dipukul selain ditolak ke dinding hanya kerana pertanyaan tersebut.
Namun satu pendedahan dari peminatnya, membuktikan lelaki yang menjadi pasangan suaminya adalah lelaki yang menjadi saksi pernikahan mereka dan ia diakui oleh Meylisa dalam hal ini. Bahkan akui Meylisa, dia pernah mengekori suaminya check in di hotel bersama seorang lelaki pada hari raya aiduladha yang lalu.
Jelas hal ini sangat menyedihkan baginya kerana suaminya memilih jalan songsang, hal yang susah untuk diterima oleh seorang isteri. Sumber :- Tribunnews.
Ibu tempah kek gajah comel birthday anak usia setahun, dapat anak anjing. Keterujaan seorang ibu, Aynie Zulkifli yang menempah kek bertemakan gajah comel bertukar menjadi mimpi ngeri.
Berkongsi kisah ini di facebooknya, Aynie memaklumkan dia bukan mahu membuka aib sesiapa namun agak kecewa dengan kek yang diterimanya. Bukan dapat gajah comel tapi lebih menyerupai seakan anak anjing.
Katanya, dia telah membuat tempahan kek bertemakan gajah. Dan penjual menyatakan kesanggupan untuk membuatnya. Tapi malangnya, bukan tema gajah tapi jauh menyeramkan kerana seakan tokong, katanya dalam hantaran di facebooknya.
“Kalau rasa tak boleh buat jangan terima tempahan. Order gajah tapi yang dapatnya macam seketul anak **jing (napok supo tokong pun yoo jugak) tulisnya.
Dalam kejadian ini di Tanah Merah, Kelantan ini, jelas Aynie, apa yang semakin membuatkan dirinya sakit hati bila mana kos dipersetujui adalah termasuk kos penghantaran tapi akhirnya mereka perlu mengambilnya sendiri. Lebih menambah sakit hati bila tiada kotak kek disediakan.
“Korang fikir apa perasaan mak-mak bila dapat barang begini. Sudahlah ini kali pertama mahu meraikan hari jadi anak usia setahun,” katanya dalam hantaran di fbnya. Masa yang sama, kecewa dengan apa berlaku, dia mencari kek di kedai sudah tersedia sahaja.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.