Kempen Bangkit Wanita:
Sudah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu; dibelenggu pandemik Covid19. Begitu hebat penangannya, ramai yang terjejas sumber pendapatan berikutan banyak langkah SOP yang menyebabkan pergerakan dan komunikasi terbatas.
Justeru itu, Mingguan Wanita (MW) sangat prihatin dengan nasib golongan wanita yang terjejas pendapatannya. Susulan itu, adalah menjadi keperluan penting Kempen Bangkit Wanita digerakkan dengan tagline Langkah Yakin Lakar Kejayaan