Puteri Sarah Mahu Bebas. Selepas melalui pelbagai episod kontroversi mengenai kisah rumah tangga, pagi ini Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk menghadiri prosiding lafaz cerai, hadhanah dan sulh.
Puteri Sarah yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu sewaktu bertemu para media memberitahu dia mahu bebas. Seperti mana luahannya, “Merpati putih yang ingin terbang bebas!”
Puteri Sarah Mahu Bebas
Hadir mengenakan pakaian serba putih, Puteri Sarah menjelaskan warna putih melambangkan kehidupan baru dalam hidupnya.
“Putih lambang untuk memulakan hidup baharu.
“Saya harap, hari ini Syamsul akan lafaz (cerai).
“Saya umpama menghadiri pertunjukan fesyen.
“Ini bukan baju nikah, tapi memang baju baharu..
“Saya rasa kalau asyik berpakaian hitam apabila ke mahkamah, rasa macam sangat murung. Saya tak sedih. Saya gembira nak mulakan hidup baharu.
Ads
“Saya rasa, kalau hari ini dia lepaskan, kehidupan saya bermula. Doakan saya sebab saya rasa tak sabar untuk terukan kehidupan,” ungkapnya seperti mana dilaporkan Harian Metro.
Harapan Semuanya Selesai Dengan Mudah
Sarah juga berharap pada hari ini semuanya akan berjalan lancar.
“Harapan saya, semoga semuanya selesai dengan baik dan dipermudahkan. Tak ada gaduh-gaduh lagi sebab banyak kerja tertangguh. Lagipun, bulan depan saya akan ke Jakarta untuk penggambaran. Jadi, kalau boleh saya nak selesaikan cepat.
Ads
“Sepanjang seminggu ini, alhamdulillah semuanya tenang. Saya harap, manis itu sampai ke hari ini. Jangan tiba-tiba dia tukar fikiran pula.
“Saya nak kebebasan. Kalau tak dilepaskan, saya akan beritahu sebabnya. Nantikan,” luahnya.
Ibu boleh hilang kelayakan jaga anak jika sengaja serah cucu pada nenek, peguam syarie ulas isu Sam Bunkface. Isu nafkah anak antara yang sering di hadapi apabila pasangan bercerai.
Ada bapa membayar nafkah mengikut potongan gaji dan ia mungkin tidak menimbulkan masalah. Tapi jika bapa bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap selain ada yang culas membayar nafkah, ketika itu konflik antara bekas pasangan semakin memuncak.
Di media sosial, terkait isu nafkah melibatkan penyanyi Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom yang mahu meminda bayaran nafkah anak tunggal mereka, Maleeq iaitu RM1300 sebulan namun kes ini akan dibicarakan semula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 16 Mei akan datang.
Dalam pada itu, berdasarkan video dimuat naik di media sosial di mana Sam mengakui dalam tempoh sebulan lebih pada Julai 2022 dia tidak mengetahui keberadaan anaknya selepas di desak barulah bekas isterinya, Aida Azira Hussin memaklumkan anak tunggal mereka di Melaka. Di bawah jagaan ibunya sementara Aida di Kuala Lumpur.
Berdasarkan cerita Sam ini, hal ini mendapat perhatian dari peguam syarie, Atikah Rashid dari Atiqah Rashid Associates di twitternya yang mengulas isu anak diserahkan kepada nenek di mana hal ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang mungkin menghadapi hal yang sama.
Dalam banyak kes mahkamah dibicarakan, kebanyakan anak akan diserahkan kepada ibu untuk penjagaan apatah lagi jika anak masih kecil usianya.
Namun kesukaran kehidupan adakalanya memaksa ibu-ibu bekerja dan meletakkkan anak di kampung walau telah memperoleh hak penjagaan anak.
Menurut peguam syarie ini, berdasarkan cerita Sam (dalam videonya), si ibu dah tukar permastautin anak jauh dari bapa. Si ibu juga tak jaga anak tapi yang jaga nenek sebelah ibu.
“Prinsip umum hak jagaan anak, anak bawah umur hak jagaan adalah pada ibu. Tapi, ibu boleh hilang kelayakan jaga anak bila tukar mastautin anak. Dengan sengaja untuk :-
“Menjauhkan anak dengan bapanya. Apabila si ibu tak menjaga anaknya sendiri, kemungkinan berlaku kecuaian dan pengabaian terhadap kebajikan dan kemaslahatan anak tersebut kerana ibu tinggal berjauhan dengan anak.
Sepatutnya dari awal lagi Sam dapatkan perintah hak jagaan anak masa anak tersebut-
“Dijaga secara bersama dengan ibunya. Iaitu dua minggu duduk dengan bapa, dua minggu dengan ibu. Maksudnya dijaga secara bersama oleh ibu bapa. Tapi bila persetujuan tersebut tidak direkodkan sebagai perintah di mahkamah, jadi ibunya boleh buat ikut suka dan tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.
Dalam pada itu, dalam mengulas isu nafkah, peguam syarie ini menjelaskan, soal nafkah ni memang agak sensitif.
“Bapa kata kang bagi duit banyak-banyak, mak dia yang guna duit tu bukan anak. Yang maknya asyik cakap tak cukup duit. Last-last ada mak sanggup lepaskan hak jagaan anak sebab nak si bapa ni jaga sendiri anak. Kalau dia jaga pun nafkah tak nak bagikan, biar bapa dia rasa sendiri bagaimana jaga anak.
Berapa amaun yang wajar dalam nafkah anak?
Menurut Atikah, “sebetulnya memang taka da fixed amaun yang betul-betul cukup untuk anak. Kadang-kadang ada bulan anak sakit teruk, kena pergi klinik swasta dah kluar duit lebih, ada bulan anak minta mkn KFC, tak gamak nak tolak. Dah belanja lebih bulan tu. Bapa kata si mak ni membazir.
“Kalau memang ada resit, anak tu yang guna duit lebih, ganti je la duit mak tu. Kadang bukan dia nk membazir/melebihkan anak, tapi anak ni dah la dari broken family, makan minum dia pun nak kena catu. Kesian kat anak sebenarnya. Tak dinafikan bila bercerai memang anak la jadi mangsa keadaan.
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tanggal 22 Ramadan baru-baru ini telah diadakan Majlis Iftar Ramadan ‘Sayang Tanpa Syarat’ Bestari & Mingguan Wanita yang berlangsung dengan cukup meriah bertempat di Glass House, Klang.
Ini merupakan acara kali kedua diadakan bersama BESTARI bersempena kempen Sempurnakan Raya. Namun begitu kali ini ia adalah sambutan berganda iaitu sempena sambutan Hari Wanita yang jatuh pada 8 Mac lalu.
Jika tahun lepas, Bestari bersama Mingguan Wanita menganjurkan majlis rumah terbuka Syawal bagi meraikan anak-anak yatim dan asnaf, pada tahun ini telah diadakan majlis iftar bagi menyantuni para suffiah atau penghuni Pondok Hijrah Muslimah Malaysia pula.
Pondok Hijrah Muslimah Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 2019, merupakan pusat perlindungan dan pemulihan untuk wanita dan remaja yang berusia 7 hingga 45 tahun di Klang dan baharu sahaja berpindah dari Taman Permata Hulu Kelang hujung tahun lepas.
Sayang Tanpa Syarat memberi maksud apabila kita menyayangi seseorang, ia tidak harus dibatasi atau dihalangi oleh apa pun juga kekurangan samada fizikal dan mental. Sayang yang diberikan lahir daripada keikhlasan dan ketulusan hati menerima seadanya. Tiada pilih kasih atau bias.
Bagi Pengurus Pemasaran Bestari, Puan Azatul Izan Mohamed Nordin pula, definisi ‘Sayang Tanpa Syarat’ ialah ikhlas dari hati, tak kira siapa pun baik tua atau muda, baik miskin ataupun kaya, dan ia satu perasaan yang istimewa.
Turut hadir dalam memeriahkan majlis ini ialah para Suffiah atau penghuni Pondok Hijrah Muslimah Malaysia, Puan Wan Asshima Kamaruddin, Pengasas Pondok Hijrah Muslimah Malaysia, Puan Ani Nadila Yusof, Pengurus Besar Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Ustazah Asni Mansor, Pendakwah bebas undangan, artis Sissy Imann dan ibu iaitu Bonda yang menjadi wajah utama dalam Video kempen Sayang Tanpa Syarat.
Mengambil keberkatan Bulan Ramadan, majlis juga diserikan dengan pengisian ilmu dan sesi perkongsian bersama Ustazah Asni, Sissy Imann dan Bonda. Sembang santai, berkongsi pandangan tentang kempen hari wanita yang diraikan bersama Bestari dan Mingguan Wanita iaitu Sayang Tanpa Syarat .
Majlis juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Sissy Imann yang menyanyikan sebuah lagu ‘Pesanan Ayahanda’.
Bukan itu sahaja, pelbagai hidangan enak disajikan untuk majlis iftar ini, namun yang paling istimewa pastinya ayam goreng NOMMS yang disediakan khas buat para tetamu yang hadir.
Tiada yang lebih bermakna apabila rezeki dapat dikongsi bersama dalam majlis yang penuh bermakna ini. Selesai Solat Magrib, majlis disusuli dengan penyampaian cenderahati dari pihak Bestari dan Mingguan Wanita kepada tetamu. Hadiah berupa ‘goodies’ produk keluaran daripada BESTARI Food dan sumbangan duit raya turut diberikan kepada anak-anak kecil dari Pondok Hijrah Muslimah.
Majlis turut mengundang 5 pemenang komen terbaik bagi peraduan Sayang Tanpa Syarat bagi sesi fotografi dan disusuli dengan sesi fotografi bersama para tetamu bagi merakam momen indah ini.
“Saya memang amat menyokong program sebegini dan minta diteruskan, sebab mereka ini memerlukan peluang yang kedua untuk meneruskan kehidupan,” kata Puan Wan Asshima Kamaruddin, Pengasas Pondok Hijrah Muslimah Malaysia.
Akhir kata, semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam menyantuni dan meraikan golongan yang memerlukan.
Saksikan momen menarik, video highlight ketika majlis ini berlangsung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
7 Jam Menahan Sakit, Usia 38 Tahun Datin Sri Shahida Selamat Bersalin Anak Keenam. Alhamdulillah, Ramadan ke-12 lebih bermakna pada tahun ini apabila Datin Sri Shahida Mohd Rashid baru sahaja mengumumkan telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang juga anak keenamnya.
Munurut Datin Shahida lagi, kelahiran anak keenam ini agak rumit berbanding kelahiran anak-anaknya yang terdahulu. Bayi dilahirkan dengan keadaan bahagian tangan keluar dahulu. Namun alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan selamat bersalin secara normal.
Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris lahir lah seorang Putera setelah bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.
Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata ke 6. Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh Dr nak masukkan tangan dua…tetap dia nak minta duit raya juga……jadi hujung-hujung memang sambut tangan baby la dulu kita..apapun semuanya selamat, ujarnya.
Isteri kepada usahawan selebriti Dato’ Sri Alif Syukri,36 ini turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang membantu dalam proses kelahiran anaknya serta yang sama turut mendoakan urusannya dipermudahkan.
Terima kasih pada semua yang tak putus putus mendoakan agar urusan saya dipermudahkan. Terima kasih Dr yang paling baik,paling cantik Datin Dr @suesalleh1970 dan semua nurse-nurse di @gleneagleskl yang banyak sangat bantu saya mudahkan proses kelahiran anak ni.
Terdahulu pasangan ini berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan,15 Qadejah El Zahra,13 Ibraheem Adham,11 Yusoff Al Qardawi,5 dan Raudah Arshiyah,4 .
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat usahawan selebriti ini. Seronok usia muda ada anak ramai. Selamat berpantang buat Datin Sri Shahida dan semoga bayi membesar dengan sihat.
Semakin cantik dan tampal manis, pelakon Salina Saibi kini tampil berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada bulan Syawal lalu tanpa niat awal untuk berhijab.