Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menyambut ulang tahun kelahirannya ke 31 pada tanggal 13 November. Pelantun lagu Pematah Hati ini berkongsi berita gembira pada sambutan ulang tahunnya yang ke-31 semalam di mana dia mendedahkan sudah menerima lamaran jejaka pilihan hati, Nik Iruwan Nik Izani.

Bakal naik pelamin tak lama lagi, Nabila Razali  dedah sudah terima lamaran

Pengumuman tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya bersama gambar bekas pemandu litar Formula itu melutut di hadapannya berlatarkan lagu New Chapter.

Dalam gambar tersebut mereka saling berpandangan sambil tersenyum dengan tangan masing-masing saling berpegangan dengan kapsyen bertulis: “I said yes.”

Foto berkenaan dikatakan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan.

IKLAN

Nabila Razali dedah sudah terima lamaran

Bakal naik pelamin tak lama lagi, Nabila Razali  dedah sudah terima lamaran

Rata-rata rakan selebriti termasuk peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan tidak sabar menunggu hari pernikahan Nabila dan pasangannya itu.

Laporan akhbar pernah melaporkan bahawa penyanyi Peluang Kedua itu  telah mengikat pertunangan pada 25 Ogos lalu dalam majlis tertutup di kediamannya di Selayang, Selangor.

IKLAN

Baik Nabila mahupun Nik Iruwan, masing-masing tidak mengesahkan perkara tersebut meskipun persiapan perkahwinan termasuk busana pengantin dan layah yang bersulam huruf pangkal namanya sudah disiapkan seorang pereka fesyen terkenal tanahair.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/video/nabila-razali-akur-jodoh-dan-pertemuan-itu-di-tangan-allah/

Bakal naik pelamin tak lama lagi

Bakal naik pelamin tak lama lagi, Nabila Razali  dedah sudah terima lamaran

IKLAN

Menurut laporan akhbar Kosmo, pasangan terbabit bakal bernikah pada 13 November tepat pada tarikh hari jadinya yang ke-31 hari  jadinya semalam, namun pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd. Razali itu hanya menyatakan bakal berkongsi khabar gembira.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi 18 November, manakala resepsi diadakan petang hari yang sama.

Sumber memaklumkan Nabila dan Nik Iruwan memilih sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di pusat peranginan tanah tinggi di Pahang sebagai lokasi bersejarah penyatuan cinta mereka.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI