“Selama Isteri Sakit, Saya Tidak Pernah Meninggalkannya,” 2 Bulan Suami ‘Berkampung’ Di Hospital. Bertuahnya di dalam perkahwinan apabila dikurniakan pasangan yang setia berkorban dan tahu erti tanggungjawab. Saling susah dan senang bersama-sama, walau apa pun yang terjadi.

2 Bulan ‘Berkampung’ Di Hospital

“Doa saya tidak pernah putus semoga isteri akan pulih seperti biasa dan selama dia sakit, saya tidak pernah meninggalkannya.”

Begitu kata Roslan Hek, 57, lelaki Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Aring 5, di sini, yang setia ‘berkampung’ di hospital untuk menemani isterinya menerima rawatan selepas terlantar koma akibat penyakit darah tinggi sejak dua bulan lalu.

Roslan berkata, isterinya Hamisah Batu, 40-an, sebelum ini dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai selepas mengadu tidak sihat dan pening kepala.

“Selama Isteri Sakit, Saya Tidak Pernah Meninggalkannya,” 2 Bulan Suami ‘Berkampung’ Di Hospital

Tak Pernah Tinggalkan Isteri Sakit

Menurutnya, wanita itu ditahan wad di hospital berkenaan lebih tiga minggu sebelum dirujuk ke Hospital Gua Musang sehingga kini.

“Saya rasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga isteri yang telantar sejak dua bulan lalu selepas mengadu sakit kepala.

IKLAN

“Selain itu, saya juga akan mengelap badan isteri, membuang air kencing dan menukar lampin pakai buang setiap hari. Selama menjaganya, saya tidak pernah meninggalkan dia seorang diri kerana tiada siapa yang boleh saya harap,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

“Selama Isteri Sakit, Saya Tidak Pernah Meninggalkannya,” 2 Bulan Suami ‘Berkampung’ Di Hospital

RM200 Keperluan Isteri Sebulan

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia juga memberikan susu khas melalui tiub yang dipasang menerusi hidung isterinya selain perlu membuang kahaknya.

Menurutnya, setiap minggu isterinya memerlukan lebih 10 keping lampin pakai buang, manakala susu yang diberikan kepada isteri adalah sumbangan pihak hospital.

“Semua keperluan isteri seperti lampin pakai buang dan tisu basah menggunakan perbelanjaan sendiri sedangkan saya sudah dua bulan tidak bekerja.

“Saya perlu membelanjakan sekitar RM200 sebulan untuk keperluan isteri dan adakalanya saya buntu apabila memikirkan kos kewangan.

“Mungkin bagi sesetengah orang nilai RM200 itu kecil, tapi bagi kami orang Asli, kami tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya menjual hasil hutan,” katanya.

IKLAN

“Selama Isteri Sakit, Saya Tidak Pernah Meninggalkannya,” 2 Bulan Suami ‘Berkampung’ Di Hospital

Katanya, sepanjang ketiadaannya di rumah, anak perempuan berusia 12 tahun dijaga abangnya berusia 21 tahun, manakala anak sulung berusia 30-an sudah berkahwin.

“Semalam (kelmarin) saya berasa gembira apabila mendapat tindak balas positif apabila isteri yang hanya terlantar dilihat seakan menangis apabila ada air mata keluar.

“Mungkin apabila dibenarkan keluar saya akan mengambil alih menjaganya,” katanya yang sudah hampir 30 tahun berkahwin.

IKLAN

Mesti Baca:Suami Sanggup Jadi Jururawat Jaga Isteri Sakit Kanser Payudara “3 Tahun Harung Teruskan Hingga Akhir Hayat”
Baca Lagi Di Sini:“Mereka Berdualah Hidup & Mati Saya” Isteri Pertama Jaga Suami Sakit, Isteri Kedua Sara Keluarga
Artikel Menarik:Suami Rindu Dipanggil ‘Abang’, 18 Tahun SETIA Berkorban Jaga Isteri Koma!

Mingguan Wanita: Terharunya apabila mempunyai suami yang tahu erti tanggungjawab dalam rumahtangga. Susah senang saat bersama isteri, tidak mengeluh mahupun meninggalkan isteri di kala sakit. Semoga isteri lelaki ini segera sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: Hmetro

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI