Suami beri hadiah. Saat yang pasti cukup membahagiakan buat isteri bila suami menghadiahkan sesuatu istimewa sebagai menghargai pengorbanan isteri. Tak kiralah hadiah untuk ulangtahun perkahwinan, kelahiran dan sebagainya.

Tapi, bila ribut melanda, hadiah-hadiah untuk isteri dijadikan taruhan, gaduh atau perselisihan faham, mulalah suami ‘buruk siku’ minta kembalikan hadiah yang diberi itu. Kalau isteri yang malas nak layan, dia beri balik, geram punya pasal.

Sebenarnya, kalau suami beri hadiah, jangan sesekali minta balik sebab hukumnya haram. Fahami perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:Suami Suka Pinjam Duit Dari Isteri Semasa Perkahwinan, Peguam Syarie Kongsi Tip Cara Tuntut Hutang Lepas Cerai

Isteri Meninggal, Suami BERHAK Dapat Hibah Dari Pembahagian Pusaka Isteri Dalam Kaedah ‘AUL

Suami Bberi hadiah isterieri Hadiah, Haram Minta Balik

Satu perkongsian dalam ceramah okeh Ustaz Azhar Idrus, ada penonton mengemukakan soalan tentang suami beri hadiah pada isteri dan minta kembalikan semula.

Soalan:
Apakah hukumnya, suami beli hadiah dan berikan pada isteri. Contohnya, telefon, barang kemas dan sebagainya. Selepas beberapa tahun, suami beri hadiah yang sama dan beri pada isteri. Masalahnya, dia minta diplangkan kembali hadiah yang diberi sebelum ini.

IKLAN

Jawapan:
Menjawab kepada persoalan ini. Jika suami bero pada isteri bukannya pinjam, ia seperti memberi hibah, haram hukumnya jika diambil semula.

Kecuali barang yang diminta untuk pulangkan semula adalah pemberian dari seorang ayah kepada anak. Ayah boleh ambil dan minta kembali daripada anaknya dengan nas hadis yang sahih. Tapi kalau beri pada isteri dan minta balik. Haram.

Waima, kalau bergaduh dan suami minta balik, siteri sanggup kembalikan sekadar untuk meredakan perbalahan, hukumnya tetap haram kerana ia sudah jadi milik isteri.

Nak Ambil Balik, Cakap Bagi Pinjam

IKLAN

Apa pun kalau ada suami yang bercadang untuk minta balik, semasa pemberian kena beritahu bagi pinjam rantai atau telefon, barulah boleh ambil balik.

Kes seperti in isama juga dengan yang berlaku ketika bertunang. Dalam majlis bertunang, lelaki akan hadiahkan cincin pada tunang. Apabila berlaku putus tunang, mulalah minta balik. Haram hukumnya. Masalah ini banyak berlaki dan minta dipulangkan balik sebagai simbolik ‘putus tunang’.

Sebenarnya, boleh saja minta balik bila berlaku putus tunang, dengan membuat syarat semasa majlis iaitu jika pasangan ini tidak berjaya teruskan hingga perkahwinan, barang ini hendaklah dipulangkan kembali, Ini pun atas persetujuan bersama.

Mingguan Wanita : Faham betul ye para suami. Dahlah buruk siku. Haram hukumnya kalau minta balik.

Sumber: tiktok

IKLAN

 

@ainriesenterprise Bagi Hadiah Tak Boleh Ambil Balik #kuliah #kuliahsubuh #kuliahdhuha #kuliahmaghrib #ceramahagama #tazkirah #fyp #harakahdaily #ustazazharidrus #uai #berihadiah ♬ original sound – Ainries Enterprise

 

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI