Jodoh kami sampai di sini, Nurul Shuhada bakal fail pengesahan lafaz cerai 1 Mac yang jatuh pada hari lahirnya.

Segalanya nampak seperti sempurna selepas isu rumahtangganya diganggu pihak ketiga. Namun tiada angin tiada ribut, malam tadi akhbar melaporkan pelakon Hafidz Roshdi sudah melafazkan talak satu kepada isterinya, Nurul Shuhada  bersaksikan ahli keluarganya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Saya Dan ISTERI Masih BAHAGIA, Menjalani Hidup Seperti Biasa” Hafidz Roshdi

“Jangan Lukakan Hati, Sayangi, Manjakan Isteri. Tutup Ruang, Peluang Untuk Curang” Nasihat Warganet Buat Hafidz Roshdi

“Saya Minta Maaf Ganggu Rumahtangga Orang, Hubungan Kami Sudah Lama Berakhir” – Athira Yuhada

“Maaf Saya Mungkin Tak Sempurna Di Mata Tapi Saya Pernah Ada Di Saat Awak Memerlukan”- Shuhada

Pasti ramai yang seakan tidak percaya dan menaruh simpati akan perjalanan kisah rumahtangganya. Menyedihkan dirinya akan memfailkan pengesahan lafaz cerai itu 1 Mac yang kebetulan jatuh pada hari lahirnya sendiri.

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

IKLAN

“Jodoh Kami Sampai Di Sini”, Shuhada Bakal Fail Pengesahan Lafaz Cerai 1 Mac Jatuh Pada Hari Lahirnya

Jodoh Kami Sampai Di Sini

Selepas isu ini tular di media sosial di Insta Storinya, Nurul Shuhada berkongsi hantaran yang berbaur kesedihan.

Dalam hantarannya itu, ibu dua anak ini, Humairah, 6 dan Umar, 2 dirinya  turut berkongsi kata-kata yang dipetik dari satu akaun Instagram lain mengenai hubungan cinta.

“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak. Amin, yamujib,” tulisnya.

IKLAN

Antara petikan yang tertera dalam kata-kata yang dikongsikan Shuhada adalah mengenai bagaimana orang yang tepat, akan menjaga hubungan cinta.

“Orang yang tepat akan tahu bagaimana untuk memegang cintamu. Orang yang tepat akan memilihmu seperti mana kamu memilihnya,” tulis kata-kata itu.

Shuhada Bakal Fail Pengesahan Lafaz Cerai 1 Mac Yang Jatuh Pada Hari Lahirnya

Memetik laporan Harian Metro, dirinya hanya menuturkan kata-kata “jodoh kami sampai di sini” dan enggan mengulas lebih lanjut serta minta diberikan ruang buatnya.

“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya.

IKLAN

Teka teki rumahtangga pasangan ini mula hangat selepas Hafidz dilihat tidak lagi memuat naik gambar isterinya di instagram sebaliknya yang tinggal hanyalah gambar dua anaknya. Namun dirinya kemudian menafikan rumahtangganya bermasalah.

Isu menjadi lebih hangat selepas Nurul Shuhada menulis ada pihak lain mengganggu rumahtangganya sehingga seorang wanita. Athira Yuhada membuat permohonan maaf dan mengakui hubungannya dan Hafidz sudah berakhir namun ketika itu dilihat Hafidz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan wanita dikaitkan dengannya. Sehinggalah media melaporkan pelakon ni sudah menceraikan isterinya semalam.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI