Siapa yang tidak mengenali Puan Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita. Beliau merupakan pengasas JRM Holistik Sdn Bhd dan bertindak selaku Pengarah Urusan sejak ditubuhkan pada tahun 2011.

Program JRM Biso Bonar Kali Ke 3 Meriah. Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Ilmu & Petua!

JRM Holistik memfokuskan kepada formulasi dan kombinasi perawatan secara holistik menggunakan herba-herba eksklusif dari seluruh pelosok dunia dan menjadikan formulasi herba JRM Holistik sangat istimewa. Lebih menarik apabila setiap produk JRM Holistik ini diformulasikan oleh pengasasnya yang dikenali sebagai perintis herba di Malaysia iaitu Puan Rozita Ibrahim sendiri.

JRM Holistik Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan jualan produk antaranya
kosmetik dan suplimen kesihatan ini mempunyai rangkaian perniagaan terdiri
daripada stokis dan pengedar di seluruh Malaysia.

Program JRM Biso Bonar Kali Ke 3 Meriah. Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Ilmu & Petua!

Antara stokis yang menjalankan perniagaan di bawah jenama JRM Holistik ini ialah Olin Beauty Sdn Bhd (OBSB) yang diterajui oleh Puan Nazatul Azlin bersama barisan pimpinan beliau di Negeri Sembilan.

“Bukan mudah sebenarnya menjadi stokis di bawah jenama JRM Holistik ini kerana
Bonda Rozita Ibrahim sangat mementingkan peribadi dan kesetiaan untuk mereka
yang berdamping dengannya. Namun setelah hampir 7 tahun menjadi anak didik
Bonda Rozita Ibrahim, saya sentiasa mencabar diri dan bertanggungjawab mengemudi legasi jenama gah ini di Negeri Sembilan,” ujarnya kepada media.

IKLAN

Baru-baru ini, OBSN menganjurkan Program JRM Biso Bonar untuk kali ke-tiga di Negeri Sembilan yang turut  menyaksikan kehadiran lebih daripada 1000 orang peserta dari pelbagai daerah di Negeri Sembilan.

Program JRM Biso Bonar  bertujuan untuk memberikan pelbagai tip dan
perkongsian kesihatan dan kecantikan wanita sepanjang usia ini turut diserikan
dengan kehadiran isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah
Wan Hasni binti Wan Yusof sebagai perasmi majlis.

Program JRM Biso Bonar Kali Ke 3 Meriah. Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Ilmu & Petua!

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan memaklumkan dalam ucapan perasmian beliau bahawa wanita secara amnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan moto Malaysia Madani serta menjadi penggerak utama dalam pelbagai sektor ekonomi juga professional di Malaysia dan seluruh dunia.

IKLAN

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir memeriahkan program ini ialah YBhg. Datin
Suriani Yahya, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berhormat
Puan Noorzunita Begum, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Yang Berhormat Tengku Hajah Zamrah, ADUN
Ampangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan,
Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO serta isteri-isteri Yang Berhormat EXCO
Negeri Sembilan.

Program JRM Biso Bonar Kali Ke 3 Meriah. Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Ilmu & Petua!

Program yang bermula pada seawal 8.00 pagi dan selesai kira-kira pukul 5.00 petang
ini berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai pengisian menarik seperti Bual
Bicara Eksklusif ‘Cantik Dan Sihat: Orang Dulu VS Orang Sekarang’ oleh Bonda
Rozita Ibrahim dan ceramah ‘Orang Hebat, Sihat Emosi’ oleh penceramah selebriti,
Ustazah Asni Mansor.

Turut diadakan ialah Demostrasi Aplikasi Think Quran dan penerangan digital Think Quran oleh tetamu selebriti, Melissa Saila. Selain itu, pelbagai reruai juga disediakan antaranya, Pemeriksaan Kesihatan Asas, Pemeriksaan Kesihatan Mental (DASS), Urutan Rumah Hutan, Cabutan Bertuah, Jualan Pecah Gudang pelbagai produk JRM serta banyak lagi pengisian menarik yang disediakan.

IKLAN

Program JRM Biso Bonar Kali Ke 3 Meriah. Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Ilmu & Petua!

Puan Olin dalam ucapan beliau menyatakan tujuan Program JRM Biso Bonar, selain
daripada membina jaringan kenalan yang berpengaruh ia juga dapat menjadi medium
buat para peminat tegar dan pengguna JRM supaya membeli produk ini melalui
pengedar sah di seluruh Negeri Sembilan.

” Saya ingin mempelawa para wanita terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Negeri Sembilan untuk menjadi pengedar produk JRM ini seterusnya dapat menjana ekonomi keluarga kecil mereka”, ujarnya.

Pada majlis yang sama,  Puan Olin bersama tim Nogori Ohsem dan Olin Beauty Sdn Bhd juga dalam perancangan memperbanyak program berunsur kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat agar dapat memberi kembali kepada komuniti terutamanya golongan wanita
yang memerlukan.

Program JRM Biso Bonar Kali Ke 3 Meriah. Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Ilmu & Petua!

Majlis tersebut turut  menyaksikan solidariti bersama rakyat Palestine yang sedang dilanda krisis peperangan di mana pihak Olin Beauty Sdn Bhd turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Prihatin Palestine Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Puan Olin kepada wakil Kerajaan Negeri Sembilan seusai perasmian Program JRM Biso Bonar.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI