Elizad bulatkan hati berhijrah mengambil keberkatan Awal Muharram Selasa lalu. Begitulah antara khabar gembira yang diterima selepas pelakon, pengacara dan penyampai radio ini tampil dengan imej berhijab.

Elizad Bulatkan Hati Berhijrah

Pemilik nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37 ini telah bulatkan hati dan berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya. Cuma beberapa patah perkataan ringkas yang ditulis “Perlahan-lahan tetapi pasti” dengan sekeping gambar berhijab ternyata penghijrahnya ke arah yang lebih baik dalam penampilannya.

Elizad Bulatkan Hati Berhijrah “Suami Selitkan Doa Supaya Menjadi Isteri Sempurna, Baik, Menutup Aurat”

Syukur alhamdulillah dengan penampilan barunya itu. Malah Elizad juga menerangkan suaminya sering selitkan doa agar dirinya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat seperti yang dipetik menerusi Harian Metro.

“Setiap kali saya dan suami solat berjemaah, dia pasti selitkan doa supaya saya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat. Alhamdulillah selepas enam tahun dia menantikan detik ini, saya kini belajar mengenakan tudung perlahan-lahan,” ungkap Elizad yang juga mula mengenakan selendang sempena Awal Muharam lalu selepas membuka satu bungkusan yang dibeli suaminya, Shamsul Baharin Rahman secara dalam talian.

Elizad Bulatkan Hati Berhijrah “Suami Selitkan Doa Supaya Menjadi Isteri Sempurna, Baik, Menutup Aurat”

Sudah Lama Pasang Niat Berhijab

Malah penyampai radio radio Sinar FM ini juga akui dia sudah lama memasang niat untuk berhijab. Malah dirinya juga percaya setiap wanita mahu berubah ke arah yang lebih baik dan terus istiqamah.

“Syukur alhamdulillah selepas empat hari mengenakan tudung, saya rasa sangat selesa walaupun cara pemakaian tudung saya tidak begitu sempurna.

“Namun, sekurang-kurangnya saya cuba dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya memang dah lama nak pakai tudung tapi tiada kekuatan itu lagi. Lagipun bertudung ini wajib dan saya perlu pujuk dan paksa diri,” kongsi Elizad.

Elizad Bulatkan Hati Berhijrah “Suami Selitkan Doa Supaya Menjadi Isteri Sempurna, Baik, Menutup Aurat”

Allah Pinjamkan NIKMAT Minggu Lepas, Kemudian Keguguran, Siti Elizad TETAP Teruskan Rawatan IVF

Amalan Bersedekah Pengurus Dedah Arwah Siti Sarah Bantu Dalam Diam, Tidak Suka Dihebahkan

Siti Elizad Terharu Dihubungi Permaisuri Agong, Berinya Kekuatan Selepas Dihina Mandul

Sedih Segelitir Netizen Pertikaikan Cara Pemakaian Tudung 

Seperti yang difahami Elizad juga turut bersedih apabila terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan cara pemakaian tudungnya yang tidak sempurna.

“Sebelum nak kecam, saya ingin bertanya adakah mereka sudah sempurna kerana soal sempurna atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu. Siapa kita nak hakimi orang itu sempurna atau tidak.

“Sepatutnya mereka ini mendoakan supaya saya terus istiqamah, tapi saya sedih mereka pilih jalan untuk terus kecam sekali gus akan membuatkan orang lain yang ingin berubah berasa tertekan.

“Ingatkan zaman perli ini sudah lama berlalu, tapi tak sangka masih ada manusia sebegini. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Saya sudah tegaskan yang saya masih belajar secara perlahan-lahan. Saya tak suka bergaduh dengan orang, cuma pesan saya jangan melampaui batas sehingga menjatuhkan maruah,” luah Elizad.

Dekatkan Diri Dengan Allah

Sememangnya Pandemik Covid-19 memberi impak kepada setiap insan termasuklah Elizad.

“Sewaktu pandemik ini mendekatkan kita dengan Allah SWT. Tak sangka pada waktu getir ini saya berjaya khatam al-Quran dan berpeluang berjumpa dengan ustaz serta ustazah untuk menimba ilmu,” akhiri Elizad yang juga terfikir usia 37 bukanlah masa untuk dirinya berseronok seperti zaman muda dahulu.

Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Siti Elizad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI