fazura-manis-berhijab

Pelakon Fazura yang juga ibu kepada cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya semakin manis berhijab. Penampilan terbaru Fazura bertudung itu juga mengundang rasa bahagia di hati suaminya, pelakon Fattah Amin.

Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia.” Kongsi Fattah dalam majlis pelancaran single ketuhanan terbarunya berjudul Hamba.

Yang mana, Fattah berkolaborasi bersama kompser Hafiz Hamidun dan penampilan penyanyi rap, Kmo Kmo.

Sebelum-sebelum ini pun, menerusi beberapa postingnya di instagram, Fazura berkongsi gambar dengan penampilan bertudung. Tentunya hal ini mengundang rasa bahagia sama di kalangan peminatnya.

IKLAN

Manis Berhijab, Fazura Mohon Jangan Sensasikan

Bagaimana pun, Fazura berharap agar keputusan yang diambilnya itu tidak disensasikan. Baginya urusan ibadah, hijab mahupun hijrah seseorang adalah antara diri seseorang itu dengan tuhannya.

Kongsinya, “ibadah, hijab, hijrah. It is a person’s secret intention with Allah SWT. A personal journey that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukuplah. #penat”

Tentunya ramai peminatnya yang mendoakan agar urusan Fazura dipermudahkanNya. Mereka turut memberikan sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk pelakon kesayangan mereka.

IKLAN

Dan Fazura terus kekal positif dengan ujiannya. “Alhamdulillah. Thank you everyone for your duas and positively always. Love you lots! Sebab happy, hari ini Faz pakai my color of gratitude. Bunga ros warna pink.”

Mingguan Wanita : Fazura semakin manis berhijab. Semoga perjalanan ibu kepada Fatima ini dipermudahkanNya dan terus cekal untuk hari-hari mendatang.

IKLAN

Baca sini :14 realiti ini wanita 30-an bertudung pasti lalui, sila take note

Sumber/Foto : Fazura, Utusan

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI