14 Realiti Ini Wanita 30-an Bertudung Pasti Lalui, Sila Take Note

Setiap wanita bertudung pasti berdepan 14 realiti ini. Ada di antara hal yang dicatatkan MamaBella SueYaacub ini akan wanita 30-an hadapi baik dia sedari, atau itulah ujian untuk dia tempuhi.

Apa pun cabarannya, perlu diingat setiap kita ujiannya berbeza. Ada yang kita nampak mudah, tapi tersangatlah sukar untuk seseorang itu tanggung. Dan kerana ujian itu berbeza, kuasa doa itulah penawarnya.

 

14 Realiti Ini Wanita 30-an Bertudung Pasti Lalui, Sila Take Note

Ujian Setiap Wanita Itu Berbeza

Ada orang…

1. Allah permudahkan urusannya berhijab. Malah sejak kecil lagi mak ayah dah terapkan bab tutup aurat. Bangga dan bersyukur.

2. Dia yang berusaha sendiri berhijab. Beli tudung online senyap-senyap. Tapi tiada isu untuk keluar bersama dengan si ibu dan kakak-kakaknya yang belum berhijab. Mereka tidak melarang. Tidak juga menggalakkan.

3. Berhijab itu uniform ke sekolah, kolej atau pejabat. Di luar dia memang free hair. Suami, abang dan ayah pun tak pernah up isu tudung. Malah mereka pun tak solat. Jadi siapa mereka berani nak nasihat dia.

IKLAN

4. Tudung paling mahal yang dia mampu beli dihadiahkan untuk ibu mentua yang belum berhijab. Esoknya dia nampak bibik mentua yang pakai tudung mahal tu sambil sapu sampah depan laman. Frust? Taklah, dia cuba lagi.

5. Suaminya suka puji wanita lain bertudung cantik ikut trend. Tapi isterinya suri rumah terpaksa catu duit barang dapur dan pampers anak untuk beli tudung pasar malam. Itu pun jenuh tawar menawar tudung rm10.

6. Tudungnya labuh dan berjubah abaya. Cool aje. Amat selesa. Tiada masalah langsung. Malah dia boleh buat duit jadi model muslimah tudung labuh dan khimar.

7. Jika bertudung lehernya ruam teruk, berbirat, jenuh cuba letak pelbagai krim / bedak Aiken.

Segan nak singgah solat di masjid atau surau. Ada yang berbisik nampak lehernya ketika buka telekung.

 

IKLAN
14 Realiti Ini Wanita 30-an Bertudung Pasti Lalui, Sila Take Note
Kredit foto : Iluminasi

Masuk Saja Kereta Terus Cabut Tudung Serlum..

8. Suaminya belikan tudung berkodi untuknya atau pilih saja nak yang mana. Suami tak berkira langsung bayar berapa sekali pun kalau bab tudung. Siap boleh belikan tudung berjenama mahal untuk mak, kakak dan adik.

9. Masuk aje kereta terus cabut tudung serlum. Cepat-cepat on aircond kuat-kuat. Migraine menusuk macam nak pitam.

10. Jangan harap dia boleh pakai inner neck. Lebih 10 jenis dan jenama dia dah cuba. Sangat tak selesa. Gatal dan berbintik lehernya.

11. Suaminya suka dia pakai skirt atau tshirt dan jeans. No tudung. Malah dulu sebelum kahwin, ayahnya orang kuat surau pun tak pernah suruh dia dan ibunya berhijab.

IKLAN

12. Jika bertudung dia memang cun. Jika buka tudung rambutnya jarang, nipis dan hampir botak. Dah cuba pelbagai ikhtiar. Jadi dia rasa rendah diri dan bertudung walaupun dalam rumah. Sedangkan dalam rumah cuma ada suami dan anak-anak.

13. Tak bagi rapat dengan kawan atau adik beradik yang belum berhijab. Takut kena tarik sekali masuk api neraka.

14. Belum berhijab tapi koleksi tudungnya satu almari. Jika ada peluang dia pasti gayakan pelbagai stail depan cermin. Tiap kali itu juga hatinya sayu memujuk diri bila nak start?

Struggle kita berbeza, kawan-kawan. Kita yang mana satu? Bersyukurlah jika kita tidak/belum diuji seperti ada orang di atas.

Doakan yang baik-baik selalu. Doa kuat-kuat. Hati kita? Allah yang pegang.

Ada orang..

Sumber/Foto : MamaBella SueYaacob

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI