Hijrah Farah Nabilah, tampak ayu berhijab. Akhirnya pelakon yang juga ibu kepada seorang cahaya mata akui dirinya kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.
Sebelum ini Farah sering tampil berselendang dan kemudian berhijabmenerusi penampilannya di akaun Instagramnya.
Hijrah Farah Nabilah
Syukur alhamdulillah akhirnya segala teka-teki terjawab apabila Farah akui sudah tampil dengan imej terbaru.
Tidak mahu memberi penerangan lanjut mengenai penghijrahannya, Farah tidak menafikan sudah tampil bertudung.
“Ya, saya sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Bagaimanapun, tak perlulah saya ulas panjang lebar, lagi pun, saya rasa tidak perlu diumumkan.
“Cuma, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan saya dan segala kebaikan kepada keluarga,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Isteri kepada Mohammed Amirul Yunus ini tampil ayu dengan imej barunya. Malah ibu kepada Andre Omar yang kini berusia 9 bulan ini mengikut jejak beberapa selebriti wanita lain yang sebelum ini telah nekadkan hati berhijab.
Antara selebriti yang telah berhijrah seperti Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha dan Betty Rahmat.
Sumber: BH Online
Sumber Foto : Instagram Farah Nabilah
Mingguan Wanita : Syukur alhamdulillah ramai yang kelihatan cantik dan ayu selepas berhijab. Semoga terus istiqamah.
Ads
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sesungguhnya pengorbanan ibu hamil yang dijangkiti covid amatlah besar. Sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan anak yang dikandungnya.
Bagaikan mati hidup semula. Itu yang dialami bekas pesakit Covid-19 yang pernah bertarung nyawa apabila virus itu merebak dalam badan mereka hingga tergolong dalam kategori lima atau paling kritikal.
Transit barzakh 42 hari teruji. Itu tajuk coretan bekas pesakit Covid-19 yang menderita melawan virus itu selama 42 hari selepas mendapat keputusan ujian calitan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) positif Covid-19 pada 20 Januari lalu.
Peristiwa menghidap Covid-19 yang berlaku kepadanya terlalu pantas dengan 15 Januari lalu mengalami demam dan batuk, 23 Januari pula masuk ICU Covid-19 sebagai pesakit tahap 4 dan pada 24 Januari menjadi pesakit Covid-19 tahap 5.
Dugaan buat Puan Rabiatul Adawiah, 34, sewaktu bertarung nyawa berperang dengan virus pandemik sememangnya sangat berat terutama dia pada waktu itu sedang sarat mengandung anak ketiga dengan usia kandungan 30 minggu.
Lebih sayu pada 27 Januari lalu ketika mesin alat bantuan pernafasan masih dipakainya, wanita tabah itu meminta sekeping kertas dan pen untuk merayu doktor merawat supaya melakukan pembedahan mengeluarkan dan menyelamatkan bayi dalam kandungannya.
Seperti yang telah dijanjikan, moga ada pengajaran untuk dimanfaatkan. Sesungguhnya, Allah Maha Pemegang Nyawa, Maha Penyembuh.
“Uhuk”..saya terbatuk kecil dalam kereta, on the way ke HKL untuk checkup mengandung. Pelik batuk ni… Hati saya rasa tak sedap..Sampai saja di HKL, saya declare pada nurse tentang batuk tadi. End-up, Nurse suruh saya tunggu sampai dapat clearance Dr. Lebih kurang 1 jam 45 minit kemudian, nurse panggil beritau Dr nak jumpa.
Sekali Dr yang checkup saya pun mengandung juga..makin tak best hati ni..dok doa, “Ya Allah kalau ada kemudaratan dari batuk aku tadi, kau lindungi Dr ini..”
Petang tu, batuk saya makin teruk..Call klinik dekat dengan rumah untuk buat swab test. Appointment diberi Sabtu 9am esoknya.
Keadaan makin teruk. Suami nak bawak ke klinik, saya tak mampu jalan pun. Batuk dan demam panas. Makan tak lalu. Teguk air suam bertong-tong rasanya.
Lepas makan Paracetamol, cepat-cepat pergi klinik panel. Kat klinik, saya tanya Dr. keperluan untuk saya buat swab test. Dr kata tak perlu sebab saya bukan Kontak Rapat mana-mana. Hm..tapi hati rasa tak sedap..saya buat appointment swab test jugak. Dr klinik swab minta saya datang jam 2pm selasa esoknya.
Lepas makan Paracetamol, saya terus ke klinik wat RT-PCR. Dalam hati..berdebar tak tau nak habaq. Baliknya, keadaan saya makin teruk. Ibu ayah call sentiasa tanya keadaan. Keadaan jadi lebih teruk selepas maghrib sampai subuh esoknya. Batuk seperti batuk kering..Badan rasa sengal-sengal dan bengkak. Dada rasa macam ditumbuk-tumbuk.Susahnya nak bernafas.
Dok rasa, “Aku ni kena denggi ka?” Pengalaman kena kencing tikus dan denggi sekaligus sewaktu mengandung anak ke2, datang kembali..seriau..takut bleeding teruk dan keguguran..Hati tak tenang..saya keep on bangun tahajud..Doa;
“Ya Allah, aku serabut.. kenapa dengan aku ni Ya Allah.. Datangkan rasa redha padaku andai ada perkar buruk terjadi padaku.. aku mohon, Kau selamtkan anakku..”
Since keadaan saya teruk lagi memang saya kuarantin sendiri dalam bilik. Saya on MC, tapi saya dah siapkan dan handover segala-galanya kepada director dan officemate. Saya dapat rasa, MC saya kalini, lama.
Klinik inform hari ni result swab keluar..Hati saya jadi tak keruan..hampir lewat petang, masih tak dapat result..saya bangun solat sunat..
“Ya Allah, aku akan dapat result sekejap lagi.. Redhakan aku atas apa saja ujianMu yang bakal mendatang. Redhakan aku Ya Allah.. Redhakan..”
Tak lama lepas tu..Whatsapp masuk.. “Result show detected ya Cik +ve cik..” Saya baca result tu..cuba pahamkan bacaan E-gene & RdRP gene tu..dari survey di google, bacaan tu menunjukkan COVID19 di tahap klimaks, aktif menjangkiti.
Saya buntu, tak tau nak buat apa. Saya solat sunat lagi sekali, mohon Allah beri kekuatan atas saya, wanita mengandung yang lemah, sarat dengan kandungan, sarat juga dengan komplikasi kandungan. Sungguh..sedikit air mata pun tak ada. Bukan tak sedih, tapi terlalu sedih dan tertanya-tanya apa sebenarnya ujian yang ingin Dia hadiahkan. Mampukah saya hadap.
Saya berdiri belakang pintu bilik..lama..tak tau camna nak habaq kat suami..Last-last, terkeluar dari mulut..
“B,ayang +ve, jaga anak-anak. Jangan bagi masuk bilik.”
Suami saya terkejut, dia tanya saya lagi sekali dan mintak saya forward result pada dia untuk kepastian. Start dari tu juga, saya inform family dan sahabat-sahabat. Ada sahabat saya ni, wife Dr. Dia mintak saya call 999 sebab saya mengandung.
Suami call klinik swab mintak kepastian what we should do. Klinik inform minta kuarantin di rumah dan tunggu ambulan sampai. Kami cuba call KK, PKD, no pickup..Saya call klinik O&G HKL. Bila dapat tau yang saya +ve, terus dengar suara nurse-nurse
“Covid +ve! Sanitize Klinik!” Seterusnya jawapan yang diberi minta saya tuggu ambulan juga. Menjelang malam, keadaan makin teruk.
Saya penat sebab sudah banyak hari tak dapat tidur. Usai zuhur, saya tertido..dalam jam 6.30pm camtu, saya terbangun. Rasa semput sangat..masih lagi tak dapat apa-apa feedback dari pkd & ambulan. Saya gagahkan diri amik wudhu dan solat asar macam biasa..usai habis salam pertama tiba-tiba..
Saya tak boleh bernafas!!Saya tepuk-tepuk meja, sepak-sepak kaki cuba untuk bernafas. Tak boleh! Saya tak boleh sedut, tak boleh hembus. Stagnant! Tangan kiri renggut baju somi, tangan kanan tepuk-tepuk meja.
“Ya, Allah! Sakaratul kah ini?!! Selamatkan anakku Ya Allah..”
Airmata saya mengalir laju..Suami mintak Aisyah, anak sulung saya bagi air, saya cuba minum, lepas seteguk..Somi saya call 999 dan dapat berhubung dengan Dr. Dr advise what to do.
Azan Maghrib, 999 sampai..Saya diusung masuk ke ambulan..sungguh, saya tak larat..Dalam ambulan, Dr berkali-kali tepuk saya,
“Puan jangan tidur ye Puan, kuat semangat, Puan nak jumpa baby kan. bertahan ya Puan, oksigen tank ni tak mampu cover oksigen puan. Kita cuba sampai hospital secepat mungkin. Bertahan puan..”
Saya? Rasa nak terbalik dek kerana ambulan yang sangat laju! Sungguh..semua yang di dalam ambulan bergadai nyawa dalam ambulan yang sangat laju untuk selamatkan saya..Airmata saya menitik memikirkan..Sempatkah aku..?
Sampai saja ED, oksigen tank saya terus ditukar dengan oxygen hospital. Bacaan SpO2 saya hanya sekadar 20 sahaja..kadang-kadang naik ke 40..Dr datang..
“Puan, syukur sangat-sangat puan sempat sampai. Kalau lambat sikit tadi.. oxigen puan terlalu rendah. Bertahan ya Puan”
Baru di ED, saya sudah dicucuk 20x..bertukar-tukar Dr. Ya, dari dulu memang susah nak dapat line saya, even nak amik darah pun jenuh. Tak lama lepas tu, Chest xray dibuat..Saya lapar sangat, jam da pukul 11 malam..last saya makan jam 1pm.
Lapar ibu mengandung bukan calang-calang..Tapi saya on oxygen, camna nak makan..asal cabut oxygen, saya menggelupur..Dr ajar saya makan dan minum dengan oxygen. Boleh, tapi kena makan dan minum dengan sedikit sepantas mungkin. Makan dan minum bersulamkan oksigen, tanggal oxygen, cepat-cepat suap nasi-nasi, pakai oxygen balik, kunyah nasi..makan, sekadar alas saja.. tak habis pun.
Jam tunjuk 12am..Dr datang,
“Puan, COVID puan tahap 4, bahaya. Kita akan masukkan puan ke ICU iya. Tapi ICU full. jadinya kita akan masukkan Puan ke wad medical O&G dulu buat sementara. Puan, saya harap puan kuat semangat ya. Bila masuk ke ICU ni, peluang 50-50. Apa-apa prosedur kita akan dahulukan ibu dulu, kemudian baru baby. Tapi kita akan cuba untuk selamatkan dua-dua. Puan kuat semangat ya. Saya tau Puan kuat, sebab Puan ada baby temankan Puan. Jangan takut ya..”
Saya paham, Dr cuba untuk tenangkan saya..despite dia cakap saya nampak tenang dan +ve saja. Dia dapat baca gelodak dalam hati.Saya wasap family, ofis, dan sahabat-sahabat saya..Saya minta ampun sesungguhnya..Dambakan doa dari mereka.
Di wad sementara, Dr datang untuk ambil darah nadi. Sungguh.. sakit prosedur ambil darah nadi, tak sama dengan ambil darah biasa. Jarum terpacak tegak di pergelangan tangan. Di sini, 5 kali Dr A cuba ambil, tak dapat..Tukar Dr B, setelah beberapa kali, syukur..dapat juga.
Dr di situ monitor rapat keadaan saya sebab oxygen max di wad pun tak cukup untuk saya. Tak lama lepas tu saya ditolak masuk ke ICU, isolation room. Di situ treatment untuk saya bermula..Lebih daripada 20 biji ubat perlu ditelan. Saya diberi IV antibiotic.
Nurse pesan, “ubat ni sakit sikit ya puan, tahan ya..Puan kena kuat semangat. lawan COVId tu”
YaAllah..rasa isi badan seperti disiat-siat,panas,sakitnya.Sahabat, saya pernah kena denggi+kencing tikus sekaligus..saya igt, IV antibiotic tu paling sakit dah. Rupanya ini lebih sakit!..Allah-allah, tu je kata-kata yang termampu lidah saya ucap menahan sakit..airmata mengalir juga akhirnya.
Chest Xray dibuat..sekali lagi..Dalam masa tak sampai 1 hari, Stage 4 bertukar ke Stage 5. Setelah itu..Pakar ICU dan seorang Dr datang berjumpa saya.
Pakar:
” Puan, kami analyze keadan puan..kemungkinan besar puan perlu intubated sebab oxygen sedia ada ni, tak mampu tampung keaadaan puan. Puan in critical stage. Kalau keadaan ini berlarutan, boleh membahayakan Puan dan baby..”
Saya? Jujur tak tau intubated tu rupa apa..nak google, tak boleh guna HP dalam ICU.
Saya: “Insya Allah, saya boleh bertahan Dr. Saya cuba lawan”
Pakar: “Kami rasa puan tak faham how critical your condition is. Kalau macam tu, cuba puan tunjuk puan tanpa oksigen?”.. Saya tanggalkan oxygen mask. Saya menggelupur! Cepat-cepaat pakai semula..risau oxygen tak sampai kat baby.
“See Puan, puan tak mampu bernafas sendiri pun.. puan.. kami nak selamatkan puan, bagi kamu cuba selamatkan puan ya?” Saya termenung..tunduk ke bawah..Saya clueless.
Pakar pegang bahu dan tangan saya.. “Puan, bagi kami cuba selamatkan puan ya? kami akan usaha sehabis baik”
Saya: “Takpelah Dr. Saya serahkan pada Dr. Dr lebih tau keadaan saya. Saya ikhtiar.. selebihnya saya berserah pada Allah. Aja-aja fighting!!..”
Petunjuk Quran, jika tidak tahu, serahkan urusan itu pada yang Pakar.
Pakar: Tersenyum… “Eh, tengok cerita Korea jugak ke? so kita kan siapkan prosedur intubation. Puan kuat semangat ya.”
“Puan.. Kita nak mula dah intubate.. Ngucap ya.. ” Saya tak sedar. tak lama lepas tu, saya sedar semula..tapi mata tak boleh buka..badan berat ja rasa..apa benda kat tekak ni..rasa ada benda tersekat kat tekak ni. Saya tau kesan ubat buat mata tak boleh buka, badan tak boleh bergerak..tapi benda kat tekak ni rasa annoying.. sakit..
Saya kumpul sepenuh kekuatan untuk angkat tangan..
“Dr.! Dia cuba cabut!” Tangan dan kaki saya direntap. Saya cuba meronta..Pelik, kenapa nurse-nurse ni rentap kaki tangan saya beria sangat..
“Ikat tangan dan kaki dia. Kuat nih.. Ibu mengandung memang kuat semangat berjuang!”
Saya? masih keliru..apa sebenarnya jadi..saya letih, tertidur semula..
Bangun-bangun, tangan dan kaki saya diikat..sakit..nurse datang..
“Puan, kami terpaksa ikat tangan dan kaki puan sebab puan nak cabut tiub ni.. bahaya.. Puan bertenang dulu ya.. kuat semangat..”
KUAT SEMANGAT..itulah dua perkataan yang semua nurse dan Dr. akan ulang-ulang cakap pada saya.
Bermula itu, rutin sebagai pesakit yang intubated bermula..Ya, saya dalam keadaan sedar sepenuhnya. Segala proses yang dibuat untuk membantu kami, dirasakan amat sengsara. Proses membuang lendir dilakukan secara berkala, namun itulah antara proses yang saya takutkan.
Setiap kali lendir ingin disedut keluar, nafas saya di block..hilang nyawa..tangan saya akan rentap apa sahaja yang dapat, selimut, baju nurse, rail katil..begitu juga proses lap badan dan ganti pampers.. Ada posisi yang buat nafas kita hilang dan kita terpaksa menggelupur cari nyawa.
Saya minta Dr untuk buka ikatan kaki dan tangan saya..Dr cakap, saya masih tak dapat tangkap lagi whats happening to me..ambil masa untuk saya hadam..setiap hari, Dr. akan datang kat saya check keadaan saya..Saya tak mampu bercakap sebab ada tiub dalam mulut. Tekak sangat perit..Badan sakit-sakit..dan setiap hari juga Dr. akan cakap benda yang sama..
“Puan, kuat semangat ya.. Walaupun kita tolong paru-paru puan, tapi kita tak dapat jamin oxigen sampai ke baby. Tapi kita cuba untuk bertahan selama mungkin. Puan kuat semangat ya..”
Sahabat..sekuat mana pun Dr ikhtiar, mereka tetap realistik seboleh mungkin tanpa memberi harapan palsu. Hati ibu mana yang tak risau. Setiap hari, saya tunjuk kat Dr. dengan isyarat tangan, belah perut saya, selamatkan anak saya..Dr minta saya bertahan selama boleh.
Saya mohon pada Dr. untuk bukakan ikatan tgn dan kaki saya..Saya yakinkan Dr saya boleh kawal diri saya..saya minta pen dan kertas..Saya tulis..
“Dr, saya merayu tolong czer saya.. selamatkan anak saya..”
Sambil Dr. baca pesanan saya tu, sambil saya tunjuk isyarat potong perut..tepuk-tepuk perut saya..Selamatkan baby saya..kedua-dua tangan saya melekap, merayu mohon pengertian. Tak lama lepas tu, 3 orang pakar berbincang depan katil saya.
Pakar ICU, Pakar O&G, dan PAED rasanya. Tak lama lepas tu, Dr datang pada saya.. ” Baik puan, esok kita kan czer kan puan.. sabar ya. So, boleh happy sikit dah kan? Kuat semangat tau.. nanti nak jumpa baby.”
Dr tersenyum..Saya angkat tangan bersyukur..perkara yang sangat saya risaukan insyaAllah akan berakhir esok.
Saya dibawa ke OR dan ditidurkan. Tak lama lepas tu saya tersedar dengar bunyi baby nangis.
“Ok puan, baby girk 1.78kg. Besar tu untuk 30 weeks baby. Qamat siapa nak qamat ni?” Airmata syukur saya mengalir.. Saya terlalu letih.. tertidur kembali.
Saya masih melalui proses rawatan COVID..YaAllah..sakitnya Allah yang tau..3 kali ganda.
– Sakit Covid
– Sakit rawatan Covid
– Sakit bersalin
Baru saya paham apa yang Dr dan Nurse katakan kuat semangat berkali-kali. Tak pernah jemu..sungguh untuk melalui ketiga-tiga sakit itu. Jika tangisan yang dikira, mungkin sudah selautan agaknya..tapi dek kerana terlalu sakit, sampai dah tak keluar lagi airmata..sakit di ulu hati, pahit di tekak.
IV antibiotik masih diberi..itu saja sudah mampu buat airmata tak berhenti..dalam hati,
“Ya Allah, aku nangis bukan tak redha Ya Allah.. tapi ini cara aku luahkan kekuatan dan semangat..”
Nurse gulungkan kain tebal, untuk saya guna support perut yang baru dibelah..tiba-tiba, menjelang petang rasanya, Dr cakap tube saya boleh dicabut.
Gembira tak terkata saya dan proses extubate dibuat.. Selesai saja..saya on oxygen mask sepenuhnya.
Tengah-tengah malam tiba-tiba kecoh..pakar datang dan terkejut why saya extubate sedangkan keadaan saya tak stabil lagi. Dr explain pada Pakar, bacaan oxygen saya stabil dan semakin baik. Tapi Pakar berkeras cakap tidak..masih terlalu awal untuk extubate saya. Pakar kata saya perlu intubate semula. Saya trauma dengan apa yang saya lalui sebelum ni..Saya tak nak..Pakar pujuk saya..
“Puan, saya tak datang malam-malam begini saja-saja. Puan masih tak stabil. Kalau puan tak intubate, High chances puan tak survive. Your baby now is in NICU. Puan kena kuat semangat, nak jumpa baby kan?..”
Saya termenung..Saya dah berjuang ke tahap ini..Kenapa saya nak sia-siakan apa yang saya dah lalui..Siapa saya untuk bertindak seolah-olah saya lebih pndai daripada Dr. Doktor lebih tau keadaan saya dari diri saya sendiri..
“Takpelah Dr. saya ikhtiar..Insya Allah.. saya boleh!!” Saya senyum redha seredha-redhanya..air mata menitik sambil syahadah.
Bermula semula rutin saya sebagai pesakit intubated. Berbeza dari kebanyakan pesakit intubated yang ditidurkan dan dikomakan, saya lalui hari-hari saya dalam keadaan sedar sepenuhnya.
Sungguh, sangat-sangat teruji..badan saya penuh jarum..bahu kanan kiri, leher, kedua-dua kaki, kedua-dua pergelangan tangan, kedua-dua pelipat tangan..
Disebabkan saya bersalin, setiap hari, akan ada 2 nurse ditugaskan untuk memicit keluar susu dari kedua-dua payudara secara manual selama lebih kurang sejam. Sakit tak prosedur ini? Sakit wahai ibu-ibu.Picit sendiri dengan orang picit tak sama kesakitannya. Nurse yang memicit pun acapkali ucap maaf pada saya asbab merasa serba salah terpaksa buat sesuatu yang menyakitkan saya..Saya paham mereka sekadar menjalankan tugas.
Pada masa yang sama, ubat putus susu ibu diberikan supaya badan saya stop penghasilan susu secepat yang mungkin. Dr cakap ini perlu dilakukan untuk bantu pemulihan saya. Mereka tak mampu hadap keadaan saya yang tak stabil sekiranya saya kena bengkak susu dan demam.
Saya sedih..saya tulis di kertas tanya Dr.. “Dr, adakah keadaan saya ibarat ibu angkat yang ambil bayi angkat, kena adakan susu sedangkan saya ibu kandung..”
Dr cakap ya..dan mereka terpaksa lakukan itu. Jika saya kena bengkak susu, keadaan saya akan jadi lebih rumit. Dr cakap,
“Demi selamatkan nyawa puan..” Saya akur..
Ada hari-hari yang saya lalui begitu perit..tangn dan kaki saya full thrombosis..bengkak seperti kaki anak gajah..ubat dan darah tak mampu jalan lagi..segalanya tak masuk..Keadaan saya jadi rumit.
Dr cuba untuk cari mana lagi tempat boleh dicucuk untuk buat line dan ambil darah. Semua tempat tak jalan! pergelangan tangan, pelipat tangan, kaki saya, semua tak dapat.
Dahtak terkira brapa kali Dr. cuba..bertukar-tukar Dr..Dr. cakap,
“Puan dah full trombosis, tapi kami terpaksa juga usaha cari untuk buat line untuk masukkan ubat. Kalau tak , bahaya..”
Akhirnya, Dr. gunakan Ultrasound machine..untuk cari tisu yang masih hidup di celah-celah tisu yang mati..Sedar tak sedar, dekat 4 jam mereka usaha..kuyup baju Dr. dalam PPE..sekuyup air mata saya yang mengalir tahan sakit, bertukar-tukar posisi Dr, bertukar-tukar Dr, berusaha berkali-kali cucuk kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki saya.
Sampai sekarang, masih ada parut berbentuk seperti ular melingkar di kaki kiri saya, menunjukkan lebih 20 dot-dodt kecik hasil dicucuk sepanjang di ICU…Ya, hanya di kaki kiri..belum campur ditempat-tempat lain lagi.
Ada masa, saya seperti terkena serangan hypoxemia..2 kali di ICU pagi-pagi buta gelap dalam jam 3am – 5am camtu.. Walaupun saya intubated, saya tak boleh bernafas! Badan saya sejuk beku, biru. Nurse dudukkan saya dan selimutkan saya dengan 5 selimut + Hot Blower. Tapi saya tetap sejuk! Menggigil! Saya pegang rapat tangan nurse, geleng kepala, tak bagi dia tinggalkan saya.
Waktu 1st time jadi, Nurse terpaksa tinggalkan saya sebab nurse perlu bekerja..Nurse hanya pesan saya perlu kuat semangat harung semua ni..Saya cuba tenangkan diri, cuba bernafas sorang-sorang. Sungguh..saya cuba bernafas dan menangis..berharap Allah tak tarik nyawa saya dalam keadaan begini..sorang-sorang berjuang cari nyawa.
Perit..Kali ke2 jadi, nurse teman saya, pegang tangan saya sampai keadaan saya stabil semula..Ya, nurse berdiri hampir 2 jam..menemani saya, bagi semangat dan ajar saya bernafas.
Saya harung proses buang lendir seredha-redhanya..perit..Ada nurse expert, proses tu sekejap..kurang peritnya..ada nurse yang kurang expert, prosesnya lama skit..sampai tangan saya merentap-rentap tilam dan rail katil cuba cari nyawa.
Ada orang tanya, camna saya boleh harung segalanya. Apa yang beri saya semangat..in fact, Dr dan nurses sendiri amaze, despite kesakitan perit yang saya alami, saya tetap senyum dan +ve.
Bila Dr smpai ja ke katil saya cek pagi-pagi, awal-awal lagi saya dah thumbs up! motivasi untuk saya sendiri. Sumber kekuatan saya adalah dengan meredhai segala yang terjadi pada diri saya..Saya tidak letak kekuatan saya pada baby saya di NICU, pada ibu bapa saya, pada suami dan anak-ank saya.
Sungguh..sumber kekuatan saya adalah satu-satunya, berharap pada rahmat Allah untuk panjangkan umur saya..Saya tak puas lagi berkhidmat untuk ayah ibu, saya tak puas mendidik anak saya jadi hambaMu, Adakah solat dan puasa saya selama ni diterima, Saya tak cukup lagi bersadaqah untuk akhirat.
Pendek kata, saya tak cukup lagi beramal menghadapi barzakh.Dengan masa singkat yang ada, Saya tak mampu sandarkan semangat saya pada makhluk..jika apa-apa jadi pada baby saya, saya tak mampu untuk hilang semangat dan cari semangat lain. Saya kesuntukan masa..
Doa saya,” Ya Allah, sesungguhnya, aku bertawassul dengan amal khidmatku kepada orang tuaku, gembirakan mereka, Kau panjangkanlah umurku..selamatkan aku.”
Ini doa saya tak putus-putus..Saya berusaha sepenuhnya, hadap segala kesakitan yg ada, berserah sepenuhnya pada Allah..Saya terpikir, mungkin inilah perasaan di mahsyar nanti. Kita tak pikirkan sesiapa kecuali diri kita..nak selamatkan diri kita..berserah hanya pd Dia.
Katil saya berdepan dengan Intubation room dan berdekatan dengan pintu masuk..patient intubated keluar masuk, pesakit baru masuk, trolley jenazah, jenazah covid..itu pemandangan saya..kanan dan kiri saya patient yang intubated, koma, dan meninggal..bila videocall terakhir family dengan pesakit yang nazak, nurse akan tarik langsir..cover..tapi, tangisan family dalam videocall jadi makanan telinga saya selalu dan boleh dikatakan hari-hari juga saya lihat jenazah dibungkus, katil kosong semula..trolley jenazah lalu depan katil saya.
Dengan apa yang saya hadap selalu tu, saya perlu terus kuat..Allah Maha Kuat, baru sedikit Dia pinjamkan sekelumit kekuatanNya pada HambaNya..HambaNya mampu harung perkara tak pernah dibayang dan tak mampu dibayang..Betapa kerdil saya rasa diri ni..berharap belas ehsan Tuhan Maha Pemegang Nyawa.
Sepanjang di sana, Dr. bagi saya videocall 1x dengan suami dan anak-anak, 1x dgn ibu ayah.. Saya tak mampu cakap apa-apa..yang saya mampu, saya buat bulatan di dada saya banyak kali, tepuk-tepuk dada saya tanda saya sayangkan mereka, tunjuk tangan berdoa mohon mereka selalu doakan saya..
Alhamdulillah..keadaan saya makin ok..tapi..2,3 arini, saya rasa sangat dahaga..saya tanya nurse, tulis kat kertas, dah masuk air ke, da masuk susu ke..nurse kata dah..tapi saya rasa sangat lapar dan dahaga. Tak tau kenapa..kadang-kadang saya demam, saya mintak gauze dibasahkn dan letak atas dahi..punyelah dahaga, saya cuba jelirkan lidah untuk dapat capai titisan air yang keluar dari gauze tu, tolak masuk dalam mulut.
Pakar inform, saya boleh extubated arini. Syukur Alhamdulillah!.Saya tunggu penuh sabar..tiba masa..Dr datang dibantu dengan seorang nurse untuk cabut tiub saya. Nurse pesan, bila tiub dicabut, saya kena cepat-cepat pakai oxygen mask.
Namun, bila tiub dicabut…Nurse menjerit..
“Ya Allah Dr, tiub tersumbat!” Dr terkejut. Saya, bertambah-tambah terkejut, terus tadah tangan, menangis semahunya..
“Ya Allah, Kau boleh cabut nyawaku dengan COVID, dengan tiub tersumbat ni, tapi kau panjangkan usia ku, beri aku peluang lagi..”
Saya tak mampu tahan airmata yang tak putus-putus mengalir..Dr cakap, “Syukur Puan, Allah nk panjangkan usia Puan, Allah takdir arini kita extubate u.. Syukur Alhamdulillah..”
Setelah itu, saya dahaga yang teramat sangat..dah bpuasa berpuluh tahun pun, tak pernah sedahaga itu..saya mintak minum, tapi Dr. tak bagi sebab tekak dan paru-paru saya masih trauma. Saya perlu belajar minum semula.
Saya dipindahkan ke icu recovery area..menjelang petang, saya ditolak ke wad medikal untuk pemantauan. Keluar saja dari icu, saya seperti lumpuh separuh badan. tak boleh berjalan! Covid survivor berdepan pelbagai situasi yang tak terbayang bagi kami, proses membuang hajat pun ibarat antara hidup dan mati, semput, sebab memerlukan banyak oxygen sedangkan kami baru nak pulih.
Hari-hari saya di wad dilalui dengan bantuan oxygen..kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Segala-galanya dibuat di atas katil kerana masih tak mampu berjalan. Saya gigih cuba berjalan slow-slow..bila dapat berjalan, baru datang keberanian untuk pergi toilet dan mandi.
Ya, akhirnya pada hari ke-26 saya di hospital, saya berjaya cabut sebentar oxygen dan mandi! betapa leganya rasa nikmat mandi..Namun usai saja mandi, cepat-cepat saya pakai oxygen semula sebab semput.
Hari-hari saya di wad juga penuh dengan suka duka..sepanjang di wad biasa, saya saksikan 2 pesakit berdepan nazak..perit..perit sangat..makcik di depan saya berumur sekitar 86tahun, secara tiba-tiba oxygen jatuh ke 70 lebih. Dia menepuk-nepuk badannya, rentap-rentap katil, cuba cari nyawa..esoknya, sekitar jam 1pm begitu, saya perasan makcik itu, makin lemah, lama-lama tertunduk terus tak bangun-bangun.
Saya lambai-lambai harapkn nurse nampk saya, tunjuk keadaaan makcik itu. Kesan intubation, saya tak ada suara, tak mampu nak panggil nurse. Ya, makcik tadi meninggal..dan videocall yang Dr adakan untuk anak-anaknya hanya videocall 1 hala saja..anak-anak meraung menangis mengadap jasad emak yang sudah tak bernyawa.
Malamnya sekitar jam 12 malam, masuk pula seorang pesakit covid meraung-raung..”Ayah, badan saya sakit.. tolong! Sakit! sakit! sakit!” menangis-nangis makcik tu, usia sekitar 50an..dia meraung tak berhenti..namun sekitar jam 4am, raungannya makin perlahan, dan badannya tanpa seurat benang hampir melurut turun dari katil..dia sudah nazak!
Saya lambai panggil nurse..Nurse datang, Nurse betulkan dia semula atas katil..tak lama selepas itu, Ya..Dia sudah tiada..
Sahabat, ramai juga warga tua yang masuk yang tidak faham apa yang terjadi..mereka terasa, merajuk, anak tidak datang menjenguk.. anak mereka call berkali-kali, mereka tidak mahu bercakap dengan anak-anak. Bagi mereka, anak-anak ini anak derhaka..tak ingat org tua.. menangis-nangis anak-anak bila dianggap begitu..menjelaskan macam-macam memohon ibu mereka mengerti..tapi, ibu mereka tetap begitu.
Ada juga warga tua yang tidak diendahkan langsung oleh anak-anak..pernah ada sorang makcik ini, masih tak boleh berjalan sehingga punggungnya melepuh keseluruhan akibat bedridden terlalu lama..selalu bercerita yang nanti anaknya akan jaga dia..tapi rupanya, nurse maklumkan saya, anak-anaknya takde sorang pun yang pernah call hp emak ataupun hp hospital bertanyakan khabar ibunya. Hospital call tak angkat, hanya whatsapp hospital sahaja yang dibalas.
Mungkin makcik itu selalu bercerita pada saya untuk mengurangkan risau hatinya..entahlah..tapi, hari makcik itu discharge pun, takde sorang anak yang ambil dia..anak hanya tunggu dalam kereta..dan nurse yang bawa makcik itu keluar hantar ke kereta.
Saya bertukar-tukar wad disebabkan keadaan saya yang tak stabil..Dari ICU sampi ke wad biasa, lebih dari 20 bji ubat saya perlu telan setiap hari..Ambil darah nadi 2x sehari..Dr inform minta saya dan suami standby oxygen machine di rumah, sebab even saya discharge saya perlukan bantuan oxygen selalu. Saya cuba optimis, saya cakap pada Dr;
“Dr, jangan dischargekan saya dalam keadaan saya perlu bantuan oxygen Dr. Saya akan praktis dok lama-lama kat hospital pun saya tak kisah asalkan saya dapat bernafas macm biasa. Bagi saya peluang dr, saya nak jadi normal macam ibu-ibu yang lain juga. Saya nak menyusukan anak saya”
Sungguh..setiap hari saya praktis hembus, guna spirometer, untuk kuatkan paru-paru..saya tak malu walau bising..hari-hari saya penuh dengan doa..setiap kali makan, saya doa
“Ya Allah, jadikanlah makanan ini syifa bagiku. Angkat kemudaratan dari badanku asbab aku memakannya.”
Orang lain tak lalu makanan hosp, buang, saya sepanjang dok hospital, makanan hospital licin!
Pada masa sama, keluar ja dari icu, saya cuba pam susu setiap 3 jam..penat sangat..orang tak sakit pun penat mengepam, apetah lagi orang sakit cam saya..tapi saya gigih buat juga..sepanjang saya pam berminggu-minggu tu, hanya keluar susu setitik dua saja..kadan-kadang tak keluar..saya tetap positifkan diri.
Setelah 30 hari di hospital, Saya dimasukkan ke wad bukan covid. Di situ, Dr minta saya kuatkan semangat untuk cuba cabut oxygen support sepenuhnya dan bernafas dalam udara bilik. Jika saya mampu buat dalam masa 3 hari, Saya boleh discharge tanpa perlu bantuan oxygen di rumah. Saya kuatkan semangat, mencuba, berlatih sekerap mungkin.
Saya cuba baca quran..namun, untuk habiskan sebaris quran pun saya perlu baca dan berhenti 4 tempat! Saya yakin, takde orang baca quran berhenti sampai 4 tempat untuk habiskan sebaris ayat.. saya nangis, berdoa
” Ya Allah, bagilah peluang baca Quran seperti dulu, supaya aku dapat mengajar anak-anakku kalamMu”
Hari ke 36 saya di hosp, saya praktis baca, alhamdulillah! Saya dapat nafas panjang sikit dan suara saya pun makin baik.
Alhamdulillah..saya discharge! Syukur..maknanya saya dah boleh berjumpa dengan baby saya..Syukur YaAllah..Saya ditemani seorang nurse berjalan menuju ke NICU..menetap di Bilik Ibu sampai kami dapat discharge sam-sama.Betapa nikmat nyawa ini ku syukuri.
Takda apa yang boleh menggambarkan perasaan saya bertemu baby saya buat pertama kali..kami berjuang bersama-sama dari awal mengandung, sampai ke hari ini..ujian mengandung saya bukan bermula ketika saya kena covid, bahkan dari awal mengandung lagi.Saya tergolong dalam High Risk Pregnancy..pengsan berkali-kali, keluar masuk wad, sakit muntah yang tak terbayang, etc..macam-macam ubat perlu ditelan disebabkan komplikasi mengandung..
Saya redha dan redah ja..tak pernah miss atau malas makan ubat, tak pernah miss appointment. Even di HKL, saya di bawah pemantauan pakar..namun takdir Allah menetapkan saya bersalin di Hosp Sg Buloh.
Sepanjang d NICU, kami ibu-ibu yang perlu bermalam di sana memberi sokongan pada bayi kami, dikehendaki membuat Kangaroo Care selama yang mungkin..Saya masih tak mampu beri susu ibu walaupun saya pam berjadual setiap hari. Namun syukur, ada sahabat suami yang menjadikan dirinya Ibu susuan kepada bayi kami..Sungguh, nikmat apa lagi Kami ingin dustakan.
Di NICU, saya sempat meluangkan masa menjenguk bayi yang kematian ibu..Bayi ini tiada ibu utk dibuat Kangaroo Care..ibunya sama seperti saya..tapi di ICU west wing..Allah tetapkan ibunya pergi tanpa sempat melihat bayinya..Ibunya dan saya sama-sama berjuang di ICU..kami sama-sama kritikal..Namun Allah lebih sayangkan dia.
Alhamdulillah..Akhirnya Saya dan ibu-ibu yang lain di Bilik Ibu discharge sama-sama..Kata Dr., ini bagi memberi ruang baby yang kematian ibu untuk Kangaroo Care bersama ayahnya..Allah..Kami tak dapat menahan sebak..Namun aturan Allah atas ajal manusia, tiada siapa yg mampu persoalkan.
Saya appointment dengan gynae.. Dr tanya saya,
“Puan, puan tahu tak rahim puan melekat dengan organ lain?” waktu Dr operate puan, ada complication.. rahim puan melekat dengan usus. puan hilang banyak darah. Syukur puan czer @ 30 weeks. Kalau lebih lama puan bawa baby, kemungkinan rahim terkoyak dan pendarahan teruk buat ibu dan baby. Boleh mengorbankan nyawa kedua-duanya..”
Saya tergamam.. Perlahan-lahan airmata saya mengalir. “Ya Allah.. Ini rupanya hikmahnya Ya Allah. Ini hikmah aku kena Covid. Maha luas kasih sayangmu.. Engkau datangkan Covid untuk selamatkan aku rupanya..”
Hikmah COVID buat saya..disebabkan COVID, saya terpaksa bersalin awal.. Dan syukur, saya selamat.. Hikmah atas hikmah.. Maha Besar Allah.. Tak tercapai akal saya akan takdir Yang Maha Esa..
Sahabat..COVID ini bukan permainan..ia kenyataan yang harus dihadam..saya pernah tanya kepada Pakar ICU, kenapa covid ni teruk sangat, dan kenapa semua macam nak cepat..Pakar beritahu..
“COVID tak sama macam sakit lain.. even u have bad stage cancer pun, we as doctors, still ada masa untuk berfikir, prescribe ubat dan rawatan untuk you. But COVID is different, once it attacks, kita tak ad masa nak fikir panjang-panjang, every minute counts. It attacks tje most important thing dalam badan you. Bernafas. You kena cancer u boleh bernafas lagi.. you kena covid..ha puan sendiri rasa kan, tak boleh nafas! Itu yang bahaya. Unless kena cancer paru-paru, itu lain cerita”
Sahabat, apa yang saya kongsikan ini, hanya secebis dari pengalaman saya..maybe dalam 50% begitu. Sepanjang 42 hari di sana, saya dicucuk lebih kurang 150 kali.
Itu, antara banyak lagi yang saya lalui, namun cukup untuk simpanan saya sendiri.Coretan saya ini tidak lain dan tidak bukan sebagai pengajaran buat sahabat-sahabat yang membacanya.
Ambil teladan..ada simptom, jangan lengahkn swab jika berkemampuan. Saya tau ramai orang pikir,” Benda boleh kuarantin, Buat apa nak swab” Jangan sahabat..jangan..anda lihat orang lain kena COVID ok ja, anda belum tentu OK..antibodi setiap orang tak sama..orang lain mungkin antibodi lebih kuat dari anda.
Anda sayangkn duit? Bila anda di antara hidup dan mati, harta sejuta pun tak kan mampu gantikan apa yang anda hilang..duit yang anda sayang nak buat swab tadi, sudah tak bermakna lagi, anda tiada, duit tu jadi orang lain punya juga akhirnya.
Ini, peluang kedua dari Tuhan untuk saya..sebagai transit saya sebelum ke barzakh. Moga dengan wabak ini, terbukanya pintu pengampunan buat saya, dan juga keluarga saya yang sentiasa bertahajud mendoakn saya, suami dan anak-anak.
Terima Kasih yang sudi membaca pengalaman ini..Moga asbab anda terbuka hati membaca, Allah lapangkan urusan-urusan anda di dunia, diberikan kesihatan dan dijauhkan kemudaratan dari anda..Ameen.
Ada lima tahap jangkitan Covid-19 iaitu pertama (tidak menunjukkan sebarang jangkitan), kedua (bergejala ringan, tiada radang paru-paru), ketiga (bergejala, mengalami radang paru-paru), keempat (bergejala, mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen) dan kelima (bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) hospital).
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Coretan pengalaman daripada bekas pesakir=t covid-19 stage 5 sendiri. Sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran daripad kisah yang dikongsikan ini. Buat pesakit covid-19 yang lain, yang masih berjuang untuk melawan sakit ini, semoga diberikan kekuatan, kesembuhan dan peluang kali kedua untuk meneruskan kehidupan.
Allahuakbar. Seorang bapa terdengar bunyi dentuman yang kuat, tetapi tak sangka anak sendiri yang terjatuh. Ketika itu dia sedang mencari anaknya yang tiada di rumah.
Daripada bunyi itu, dia menjumpai anaknya yang terjatuh daripada tingkat lima bangunan kediaman mereka. Sudah tentu luluh hati bapa bila melihat keadaan anak yang dicari sebelum itu.
Seorang bapa tidak menyangka bunyi dentuman kuat yang didengar di kediamannya di Flat Taman Bukit Inai, Nilai, Negeri Sembilan semalam, rupa-rupanya bunyi anak perempuannya berusia 13 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan.
Paling memilukan apabila kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku ketika Rusazli Azmi, 40-an sedang mencari anaknya selepas dia didapati tiada di rumah.
Menceritakan kejadian, bapa saudara mangsa, Rusazuan Azmi, 33, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu selepas dihubungi bapa arwah merupakan abangnya.
“Pada waktu itu saya baru saja sampai di rumah selepas pulang dari tempat kerja dan abang saya telefon beritahu anak dia jatuh.
“Saya terus bergegas ke lokasi dan waktu itu arwah masih bernyawa sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban,” katanya yang tinggal di perumahan sama.
Menurutnya, dia difahamkan ketika kejadian itu, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa hanya tinggal berdua dengan kakaknya yang berusia 17 tahun.
Bagaimanapun katanya, ibu mangsa yang pulang ke rumah lebih awal mendapati mangsa tiada di rumah.
“Abang saya yang sampai ke rumah kemudiannya mencari mangsa di kawasan sekitar perumahan kami, tapi tiba-tiba terdengar bunyi dentuman seperti ada sesuatu jatuh.
“Dia kemudian berlari ke arah bunyi tersebut tapi sangat mengejutkan kerana yang jatuh itu adalah anaknya,” katanya.
Kata Rusazuan, dia tidak mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Arwah ini anak nombor empat daripada enam beradik dan ketika kejadian ibu bapanya sedang berniaga.
“Mengikut kata abang saya (ayah mangsa) sebelum kejadian, arwah tidak menunjukkan yang dia mempunyai masalah dan dalam keadaan baik saja,” katanya.
Sehubungan itu, dia berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kematian mangsa.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah kes mati mengejut.
Mingguan Wanita : Telah tiba ajalnya, harap keluarga ini tabah menerima kehilangan ini. Secara tidak langsung, kejadian ini menjadi iktibar buat mak ayah di luar sana, kadang-kadang kita tidak tahu apa yang dilalui anak-anak setiap hari. Diharap juga kejadian yang sama tidak berulang dan berlaku kepada kita semua. Al-Fatihah.
Shuib reda.. seperti yang semua sedia maklum, isteri kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin kini kritikal selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen rendah dalam badan.
Malah Sarah juga baru sahaja melahirkan bayi lelaki menerusi pembedahan pada petang Jumaat dan hingga kini masih belum sedarkan diri.
Malam semalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat secara maya telah dianjurkan untuk kesembuhan Siti Sarah oleh Indigital Music. Menerusi majlis itu, Shuib akui reda dengan ujian yang dilalui malah dia juga yakin isterinya kuat untuk berjuang dan kembali ke rumah selepas ini.
“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat dan saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia. Moga dengan berkat bacaan Yasin malam ini, saya harap Allah angkat doa kita semua.
“Bacaan Yasin dan doa-doa malam ini kita tujukan juga untuk semua yang tengah berjuang melawan Covid-19 di luar sana,” ungkapnya.
Dalam pada itu, Shuib memohon semua kenalan dan orang ramai agar memaafkan segala salah silap isterinya selama ini.
“Saya mohon maafkan segala apa sahaja yang dia ada sakitkan hati sesiapa, Ampunkan dia dan halalkan makan minum dia. InsyaAllah, saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat.
“Semoga dengan memaafkan dia, akan permudahkan perjalanan dia untuk hadapi semua ini, insyaAllah,” luahnya.
Malah Shuib juga akui kini dia lebih tenang dan terbuka, malah reda dengan segala ketentuan untuknya dan keluarga.
“Saya sangat berlapang dada pada malam ini, untuk segala doa yang diberikan. Petang tadi saya rasa kosong dan tidak tahu nak buat apa.
“Saya reda dengan ujian Allah ni. Dan saya yakin dengan setiap ujian yang saya lalui, ada kebaikan di depan.
“Saya dah lalui macam-macam ujian dengan dia dan dialah orang yang kuatkan saya. Bila semua orang ada dalam (majlis bacaan Yasin dan doa selamat) ni, telah buka mata dan hati saya untuk reda dan lebih yakin terima apa sahaja yang akan jadi selepas ini,” katanya sepertimana dipetik menerusi SinarPlus.
Shuib juga percaya apa pun yang terjadi, Allah pasti memberikannya yang lebih baik.
“Walaupun benda tu tak baik, itulah adalah yang paling baik Allah nak bagi pada saya dan keluarga. Saya cukup yakin apa pun jadi selepas ni, Allah nak bagi saya benda yang lebih baik.
“Malam ini sebenarnya ajar saya banyak benda. Allah ajar saya untuk reda yang paling reda. Ya, saya dah reda. Apa sahaja keputusan dan keadaan selepas ini saya akan reda, insyaAllah.
“Cuma saya mohon sangat, janganlah lepaskan doa untuk dia sampailah bila-bila. Tolonglah selitkan doa untuk dia, tolonglah. Apapun jadi, doakanlah dia,” kata Shuib.
Pada masa yang sama Shuib juga mohon mendoakan anak keempatnya, Ayash Affan.
“Doakan juga untuk anak saya di hospital, Ayash Affan. Semoga dia jadi anak yang soleh dan anak yang kuat untuk bertahan dalam tempoh dua bulan ini,” akhiri Shuib yang turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan isterinya.
Sumber : SinarPLus Sumber Foto: Instagram Shuib Sepahtu
Mingguan Wanita : Semoga Sarah terus kuat melawan Covid-19 dan kembali pulih seperti sediakala.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mengimbas kembali peristiwa menyayat hati, tiada siapa menyangka sebuah pertengkaran yang bermula kerana masalah duit akhirnya meragut nyawa seorang ibu kepada tujuh orang anak.