Memandangkan pada masa ini kebersihan diri sangatlah diutamakan anda juga kena rajinlah pastikan kuku anda dijaga dengan baik.

Penjagaan kuku juga sangat penting terutamananya bagi golongan wanita, kuku yang bersih menggambarkan personaliti diri seseorang itu.

Bagi mendapatkan kuku yang cantik anda bolehlah mengamalkan penjagaan kuku seperti yang dinyatakan, jom lihat dan diharap tip di bawah boleh membantu anda menjaga kuku diri dan juga anak-anak terutamanya buat golongan ibu.

Potong Kuku Pasangan Beri Bonding Sangat Kuat, Ikat Hubungan Kasih Sayang!

Rajinlah Potong Kuku Dengan Kerap & Secara Teratur, Biarlah Sentiasa Bersih Jauhi Dari Kuman 
gambar sekadar hiasan

PENJAGAAN CARA TRADISIONAL:

  1. Caranya, tangan dan kuku direndam di dalam bekas yang berisi air lemon selama beberapa minit. Setelah itu, kuku akan digosok dengan hampas kelapa untuk membuang sel kulit mati. Kemudian, kotoran di bawah kuku akan dibersihkan sebelum minyak kelapa dan minyak aroma terapi disapu.
  2. Kaki akan direndam dengan air limau dan garam bukit bagi membuang sel kulit mati di kuku kaki. Kemudian, keseluruhan kaki akan digosok dengan kelapa parut dengan menggunakan sintok. Sintok ialah bahan orang zaman dulu yang digunakan untuk membersih dan menyental seluruh kaki dan kuku yang keras, berkerak atau kasar. Bahagian kuku akan direndam dengan air suam selama lima minit. Kemudian sapu minyak aroma terapi.
  3. Bahagian kaki yang keras akan dikikir. Rajinlah sapu minyak aroma terapi dan balut daun pisang di kedua belah kaki supaya minyak diserap pada keseluruhan bahagian kaki dan kuku.

Mak Mak Kalau Tidak Mahu Kuku Rapuh Boleh Makan Tauge. Selain Itu Banyak Lagi Khasiat Tauge Pada Kesihatan

Rajinlah Potong Kuku Dengan Kerap & Secara Teratur, Biarlah Sentiasa Bersih Jauhi Dari Kuman 

IKLAN

TIP KUKU CANTIK, KUAT, SIHAT & SUBUR

  • Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.
  • Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda.
  • Rajinlah potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.
  • Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku.
  • Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.
  • Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.
  • Gunakan inai agar kuku lebih cantik berseri. Inai Celup Daun Asli Inaidamia dibuat daripada inai daun asli dan campuran herba madder root. Produk Inai Celup Daun Asli Inaidamia mempunyai 3 jenis saiz untuk dipilih iaitu 50 gram, 100 gram dan 250 gram.Produk Inai Celup Daun Asli Inaidamia adalah produk yang siap dibancuh menggunakan air teh dan air limau, tanpa menggunakan pewarna tiruan.Rajinlah Potong Kuku Dengan Kerap & Secara Teratur, Biarlah Sentiasa Bersih Jauhi Dari Kuman 

RAJINLAH RAWAT DIRI DENGAN LIMAU NIPIS

Rajinlah Potong Kuku Dengan Kerap & Secara Teratur, Biarlah Sentiasa Bersih Jauhi Dari Kuman 

Buah limau ini akan digosok pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci. Kemudian rendam dalam air yang hangat dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.

Amalkan Skrub Gula, Jus Limau Nipis, Madu Dan Minyak Zaitun Untuk Wajah Anjal Dan Awet Muda

IKLAN

KUKU JADI SIHAT DENGAN INAIDAMIA

Dari segi perubatan, daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis. Ia juga merawat kuku jari yang sering pecah. Malah, inai itu sendiri juga digunakan secara tradisional untuk menyihatkan dan menguatkan rambut.

Inai Celup Asli Inaidamia ini bukan sekadar untuk memerahkan kuku. Penghasilannya daripada sumber herba semulajadi tanpa pewarna terlarang, suci untuk ibadah khusus kepada pengguna beragama Islam, serta selamat dipakai tanpa kesan sampingan.

Paling penting, tidak memberikan kesan pengelupasan kepada kulit. Tiada campuran bahan kimia terlarang seperti poly phenylenediamine (PPD) yang boleh merosakkan kulit dalam Inai Celup Asli Inaidamia.

IKLAN

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI