wajah anjal dan awet muda dengan skrub gula

Tanyakan pada wanita, siapa yang tak nak kelihatan cantik dan awet muda? Malah, sangat penting untuk memiliki kulit wajah yang cantik berseri kerana ia akan membantu seseorang wanita tampil lebih menarik. Sebaliknya, kalau pun wajah wanita itu sedia cantik tapi kulit wajahnya penuh noda, kusam dan penuh kesan jerawat, maka pudar kecantikan aslinya itu. Jadi, rajin-rajinlah rawat muka ye.

Jika ada bajet lebih, bolehlah membelai diri di spa kecantikan. Banyak spa yang menawarkan perawatan sama ada yang moden atau tradisional. Sebaliknya jika bajet tak mengizinkan, jangan risau. Hanya perlu selongkar saja bahan-bahan yang ada di dapur anda.

Amalkan Skrub Gula, Jus Limau Nipis, Madu Dan Minyak Zaitun Untuk Wajah Anjal Dan Awet Muda

IKLAN

Kali ini, puan Ana, daripada De’ Belai Spa & Beauty Salon yang terletak di Seksyen 18 Shah Alam, sudi berkongsi salah satu resipi membuat skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur setiap rumah. Kos pun tak mahal.

IKLAN

Amalkan Skrub Gula, Jus Limau Nipis, Madu Dan Minyak Zaitun Untuk Wajah Anjal Dan Awet Muda

IKLAN

Bahan-bahan:

½ cawan kecil gula perang / putih
1 sudu besar madu
3 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuat:

1.Ambil beberapa sudu gula, masukkan ke dalam mangkuk kecil.
2.Kemudian masukkan sedikit madu dan jus limau nipis. Kacau rata.
3.Masukkan pula minyak zaitun. Kacau rata hingga membentuk pes yang agak pekatl.
4.Bersihkan wajah dan sapu skrub itu secara rata ke seluruh kulit wajah. Biarkan seminit dua.
5.Kemudian sental wajah dengan gerakan memutar. Setelah itu, cuci bersih.
6.Sekiranya berlebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila hendak digunakan. Seeloknya digunakan sekali seminggu.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI