paras-oksigen-siti-sarah

Pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan. Ini kerana, ketika ini paras oksigen Siti Sarah itu semakin baik.

Proses pembedahan mengeluarkan bayi tujuh bulan dalam kandungan itu akan dilakukan kira-kira 2 petang ini.

Assalammualaikum semua. Terima kasih yang mendoakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi lebih kurang 2 lebih Sarah akan menjalani operation untuk mengeluarkan baby.

Saya mohon terus doakan Sarah. Semoga operation tersebut dapat dijalankan dnegan baik. Terima kasih semua.” Kongsi Shuib di instagramnya.

Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik, Bayi Akan Dikeluarkan Secara Pembedahan

Selepas Bacaan Yaasin.. Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik

Sebelum itu, Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sudahpun ditidurkan. Alternatif daripada berita sedih itu, pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengadakan majlis bacaan Yassin tengahari tadi. Dan bacaan tersebut dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

IKLAN

Bacaan Yaasin itu adalah untuk kesejahteraan Sarah. Maklum pihak pengurusan Sarah, sebaik tamat bacaan Yaasin doktor memaklumkan yang parah oksigen Sarah semakin baik.

Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik, Bayi Akan Dikeluarkan Secara Pembedahan

Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan yassin untuk kesejahteraan @sitisarahraissuddin tengahari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh @shuibsepahtu sekeluarga.

IKLAN

Paling mengharukan, sebaik sahaja tamat bacaan Yassin doktor memaklumkan yang paras oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pukul 2 petang nanti.

Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini.” Kongsi pihak pengurusan Siti Sarah, Indigital Music.

Sebelumnya, Siti Sarah dikejarkan ke hospital disebabkan batuk dan sesak nafas. Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.

IKLAN

Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik, Bayi Akan Dikeluarkan Secara Pembedahan

Mingguan Wanita : Terus mendoakan semoga Siti Sarah dan bayinya selamat dan semoga Shiub dan keluarga tenang menghadapi ujian hebat ini.

Sumber/Foto : Shuib Sepahtu

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI