Elizad Terharu Raja Permaisuri Agong Usap Perut, Titip Doa Dikurniakan Zuriat. Tiada yang lebih bermakna apabila diri mendapat perhatian dan titipan doa daripada Raja Permaisuri Agong. Apatah lagi, bertemu idola dalam perjuangan melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

“Doa daripada Permaisuri Agong dan golongan wanita yang senasib (berusaha untuk hamil) dengan saya adalah sangat mahal.”

Demikian respons pelakon Siti Elizad mengenai momen manis apabila perutnya diusap dan dikurniakan doa agar mendapat zuriat daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Terharu Permaisuri Agong Titipkan Doa

Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 39, terharu apabila Permaisuri Agong berkenan menitipkan doa dan semangat untuknya agar tidak berputus asa berusaha mendapatkan zuriat.

“Memang rasa terharu dan sebab kita semua tahu baginda seorang yang sangat prihatin.

“Apabila tangan Permaisuri usap perut, rasa tersentuh sangat sebab ramai yang tahu saya berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan zuriat,” katanya.

Elizad Terharu Raja Permaisuri Agong Usap Perut, Titip Doa Dikurniakan Zuriat

Permaisuri Agong Idola Dalam IVF

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM itu juga menjadikan Permaisuri Agong sebagai idolanya dalam perjuangan melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) selama ini.

“Saya jadikan baginda sebagai idola dalam perjalanan IVF sebab semangatnya yang buat kita semua tahu rasa perjuangan wanita yang cuba untuk hamil.

“Jadi, sentuhan dan doa Permaisuri akan saya simpan serta kenang sampai bila-bila. Saya juga terlalu gembira sebab ramai yang tidak henti-henti mendoakan saya,” ujar pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu.

IKLAN

Elizad Terharu Raja Permaisuri Agong Usap Perut, Titip Doa Dikurniakan Zuriat

Lakukan Perkara Yang Menyeronokkan

Dia juga memberitahu doktor yang merawatnya juga berpesan agar melakukan semua perkara yang membuatkan seronok tanpa terlalu memberi tekanan terhadap diri mengenai zuriat.

“Doktor pesan kepada saya supaya lakukan pelbagai perkara yang menyeronokkan.

“Saya anggap kalau tidak dikurniakan zuriat di dunia, pasti di sana menanti (syurga) namun akan terus mencuba, doakan,” katanya lagi.

IKLAN

Pernah Terima Panggilan Telefon

Difahamkan, ini bukan kali pertama dia mendapat doa daripada Permaisuri Agong.Sekitar Julai 2021, dia pernah menerima panggilan daripada Permaisuri Agong yang menawarkan diri menjadi teman bercerita dan tempat mengadu.

Baginda juga berkongsi pengalaman menjalani sebanyak 17 kali rawatan IVF dan berharap Elizad tidak berputus asa untuk melakukan hal sama.

Terdahulu, Elizad pernah menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Pada Mac 2022, dia memaklumkan kembali menjalani rawatan IVF kali kedua dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

IKLAN

Elizad dan Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.

 Mesti Baca:Elizad Bulatkan Hati Berhijrah “Suami Selitkan Doa Supaya Menjadi Isteri Sempurna, Baik, Menutup Aurat”
Baca Lagi Di Sini:Siti Elizad Terharu Dihubungi Permaisuri Agong, Berinya Kekuatan Selepas Dihina Mandul
Artikel Menarik:‘Kau Simply Cakap Aku Mandul’ Luluh Hati Siti Elizad, Tuhan Je Tahu

Mingguan Wanita: Semoga berkat doa Raja Permaisuri Agong dan orang ramai, dipermudahkan urusan dan impian Elizad untuk mendapat cahaya mata secepat mungkin.

Sumber: Kosmo, Instagram Elizad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI