Melihat kemalangan yang berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri pastinya meruntun hati. Lebih rasa ralat dihati apatah lagi jika nyawa terkorban akibat kecuaian pihak lain. Namun hanya redha dan pasrah atas segala takdir ketentuan bahawa ajal dan maut telah ditentukan oleh tuhan.
Kemalangan Maut Ragut Nyawa Anak
Seorang bapa tidak menyangka kemalangan yang dilihat ketika dalam perjalanan menghadiri satu majlis pengebumian, rupanya melibatkan anak lelakinya sendiri di Kilometer 36, Jalan Temerloh-Bahau, dekat persimpangan Sri Buntar, Triang di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi itu, Muhammad Faris Halimin Azlin, 22, maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori.
Ketika kejadian Muhammad Faris bersama ibu, bapa dan dua adiknya yang menaiki kereta dalam perjalanan dari Felda Kemasul untuk menghadiri pengebumian saudara di Pengkalan Manggis, Temerloh.
Menceritakan tentang kemalangan itu, ibu mangsa Zanariah Aziz, 47, berkata, setibanya di lokasi kemalangan, suaminya menjerit apabila terlihat motosikal anaknya di tengah jalan.
“Ya Allah! Itu motor anak aku.Itulah yang dikatakan suami membuat kami sekeluarga terkejut dan tidak menyangka insiden meragut nyawa itu melibatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Shah (Hoshas) Temerloh di sini semalam.
Berlumuran Darah
Serentak itu, katanya, suami dan anak perempuannya bergegas ke arah mangsa, namun pada ketika itu Muhammad Faris yang berlumuran darah akibat cedera parah di bahagian kepala sudah tidak sedar diri.
Ads
Katanya, atas faktor kesihatan, dia tidak dapat untuk turun dari kereta untuk melihat keadaan anak keduanya itu.
“Sebelum keluar dari rumah, Limi (Muhammad Faris Halimin) bersalaman dengan saya, malah sepanjang minggu lepas, dia belikan tiga biji kek sempena hari lahir abahnya, ibu saudara dan jiran sebelah rumah.
“Tiada perubahan ketara yang ditunjukkan arwah tetapi apa yang berlaku ini benar-benar membuatkan kami sekeluarga trauma, apa pun, saya reda,” ujarnya.
Tiada Perubahan Pelik
Dalam pada itu, rakan mangsa, Muhammad Haikal Danil Hazrul, 18, berkata, kali terakhir mereka berjumpa pada malam Jumaat lalu, namun Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan yang pelik.
Ads
“Kami borak macam biasa, dia tetap macam biasa dan kami berkongsi banyak perkara bersama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi itu, lori dari arah Temerloh telah memasuki simpang kanan ke Triang itu tanpa memberi laluan kepada mangsa yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan pelanggaran.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Ads
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hoshas untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam meraikan jasa ayah, ramai yang mengambil peluang memberikan ucapan selamat untuk suami mahupun bapa masing-masing. Sebak membaca ucapan Elyana untuk suami tercinta.
Penyanyi, Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak 2012, baru-baru ini memohon doa agar proses rawatan radioterapi dirinya berjalan lancar. Malah, tubuhnya juga kelihatan semakin susut.
Bila mana Elyana menulis ucapan Selamat Hari Ayah untuk suaminya, rata-rata yang membaca berasa sebak dengan kata-kata yang diluahkan.
Ramai yang terus mendoakan agar Elyana segera sembuh dan dapat bertahan dengan ujian kanser yang dihadapinya.
Selamat Hari Ayah @khairulhussin75 . Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah.Kalau ayah tak ada,kitorang tak best..mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero… semua ayah boleh buat,kecuali pasang2 kabinet ,katil,dan apa je yang ada skru tu memang ayah tak pandai.
Nasib baik bonda power part tu.
Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup, and tak best kalau tak ada awak.
Sememangnya dalam keadaan isteri diuji sakit, keberadaan suami di sisi itulah yang memberi kekuatan emosi buat isteri.
Biar pun tidak dapat merasai sakit pedih yang isteri tanggung, namun pengertian dan keprihatinan suami yang baik dan bertanggungjawab, sedikit sebanyak mengurangkan rasa sakit yang isteri hadapi.
Mingguan Wanita : Mendoakan agar Elyana segera sembuh daripada penyakitnya. Semoga Allah memberi kekuatan dan keringanan kepada Elyana yang disayangi ramai ini.
Mujur bukan di Malaysia. Lelaki dari Indonesia ini menikah dengan dua orang wanita serentak, ramai netizen mulai minta petua dan ingin berguru dengannya.
Sebuah video yang memaparkan majlis pernikahan seorang lelaki dengan dua wanita secara serentak menjadi tular di internet dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap lelaki tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Lelaki Menikah Dua Wanita Serentak
Dalam majlis yang dikatakan berlangsung di Lombok itu, seorang lelaki yang lengkap dengan persalinan pengantin sedang duduk sambil diapit oleh dua orang pengantin perempuan cantik.
Turut berada di hadapan mereka ialah seorang lagi lelaki dipercayai jurunikah kelihatan bersiap sedia untuk menikahkan pasangan tersebut.
Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh tetamu yang duduk di atas sebuah permaidani di hadapan pasangan pengantin.
“Tular lelaki dari Lombok nikahi dua wanita sekali gus. Kedua-duanya cantik dan masih muda,” tulis pengguna akaun @smart.gram dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Rata-rata pengguna mengagumi lelaki tersebut dengan meninggalkan komen yang meminta agar mereka turut diajar ‘ilmu’ kahwin dua secara serentak.
“Ambil saya jadi muridmu,” komen seorang netizen.
“Mari kita berguru dengannya @bima_anugrah05,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Mungkin kedua wanita ini sedari awal boleh menerima bahawa meraka akan hidup berpoligami. Jika tidak mana mungkin mereka mampu setenang itu sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Betul tak?
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
“Saya tak akan tinggalkan anak dengan pembantu rumah.” Anzalna tak percaya dengan maid. Tular satu video yang dimuatnaik oleh pempengaruh media sosial, Dr Say. Video itu memaparkan anak lelaki ketiganya, Zeq telah dikasari oleh pembantu rumah yang sebelum ini pernah membawa masuk lelaki di kediamannya pada Julai lalu.
“Saya tak akan tinggalkan anak dengan pembantu rumah”
Kejadian yang berlaku pada Dr Say sekeluarga mendapat respon pelakon jelita, Anzalna Nasir. Akui Anzalna, video tersebut telah menghancurkan hatinya apabila melihat kekasaran yang dilakukan oleh pembantu rumah berkenaan terhadap Zeq.
“Menonton video ini menghancurkan hati saya. Alhamdulillah Allah lindungi baby Zeq.”-tulis Anzalna di Instagram
Mengakui dirinya bukanlah seorang ibu yang sempurna, Anzalna menegaskan bahawa dia tidak meninggalkan anak-anaknya secara bersendirian dengan pembantu rumah, malah sanggup mengorbankan kerjanya demi anak-anak.
Anzalna Tak Percaya Dengan Maid
“Bab maid ni, saya tak boleh sebab banyak sangat kes macam ni. Saya nak cakap pasal diri saya.
Saya bukanlah ibu yang sempurna, tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak. Dari lahir sampai sekarang, tak pernah sekali pun saya tinggalkan mereka bersendirian dengan maid.”-tegas Anzalna
Tidak kisah jika terlepas tawaran kerja bernilai ratusan ribu ringgit, Anzalna menyatakan bahawa apa yang lebih penting adalah anak-anaknya berada di bawah jagaannya sendiri.
“Walau terlepas job beratus ribu pun, tak apa, yang penting anak-anak ada di bawah jagaan saya sendiri.
Saya akan batalkan segala-galanya jika keluarga saya tidak dapat menjaga mereka. Saya tidak akan meninggalkan anak-anak saya dengan pembantu rumah!
Saya tak percayakan mereka langsung, walaupun baik macam mana.”-tulis Anzalna lagi
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, "semua benda tak ingat kecuali Qurannya...". Insiden seorang lelaki kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan...