37 tahun melibatkan diri dalam industri seni bukan lah satu tempoh yang sekejap. Berlakon sejak dari zaman kanak-kanak, Bell Ngasri atau pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri,42 ini meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat dan orang ramai yang tidak berbelah bahagi kepadanya.

Lebih-lebih lagi apabila buat pertama kalinya namanya tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell menyifatkan pencalonannya itu sebagai sejarah peribadi buatnya. Sambil berseloroh, mengatakan pengundian mereka lebih dari pilihanraya.

Jika betul-betul dikira 37 tahun sebenarnya usia saya dalam bidang ni (tak nak la bagitau umur sangat sebab orang tau dah pon). Ada juga rasa letih pada ketika menjelang 30 tahun dalam bidang ni. Siapa tak letih..

Fikir nak jadi macam adik-adik saya yang lain cukup sebagai contoh. Lebih berjaya sekarang sebagai ahli perniagaan @ pergi la ke bidang-bidang lain yang mungkin boleh bagi suasana atau nafas baru la.Takde ditakuk lama sama je berpuluh-puluh tahun tak ada perubahan orang kata.

Orang pun tak respect sangat kita sebenarnya kalau buat benda tuuuu je..Tapi saya buat, saya teruskan sebab saya bukan nak respect tu pun.

“Orang Mengundi Mengalahkan Nak Pilihanraya..” BELL NGASRI Syukur Sokongan 37 Tahun Dalam Industri Seni

IKLAN

Lagi satu sebab dalam otak saya ni selalu cakap ada lagi yang nak tengok saya, ada lagi kerja-kerja atau watak-watak yang saya tak buat lagi..atau lagi perit, kawan-kawan artis semua tak nak buat, habis siapa nak buat watak atau keje tu?

“Orang Mengundi Mengalahkan Nak Pilihanraya..” BELL NGASRI Syukur Sokongan 37 Tahun Dalam Industri Seni

Dengan sokongan undian saya ni, bukti la pada orang-orang yang sebelum ni cakap gitu pada saya, tu salah la. Juga pada mereka yang tak hargai hasil kerja orang lama (tak nak lah cakap lama sebab saya muda lagi hehehe) atau mungkin muak pada insan yang lama dalam bidang ni salah le.

Alhamdulillah..tak pasal-pasal lepas dapat top 5 ni dan orang-orang mengundi mengalahkan nak pilihanraya je. Ini pun saya dah cukup bersyukur sangat-sangat!

Apa pun terima kasih buat semua-semua yang tiba-tiba hadir dalam hidup saya ni. Moga perhubungan saya & semua orang melalui bidang saya ini sentiasa berkekalan sampai bila-bila. Amin, Insyaallah. Tiada kata-kata lain, sokongan semua ni hadiah yang cukup besar dah buat saya.Amin ya Rabbal Alamin.

IKLAN

“Orang Mengundi Mengalahkan Nak Pilihanraya..” BELL NGASRI Syukur Sokongan 37 Tahun Dalam Industri Seni

Mesti Baca:FAUZIAH NAWI Kini Bergelar Datuk, Bersyukur Diiktiraf Ketika Masih Hidup
Baca Lagi Di Sini:“Cucu Ke Anak?” Wajah Awet Muda Buat Ramai Tak Sangka Nazseli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu
Artikel Menarik:Anne Ngasri Yang Ada Anak Kecil, Kongsi Panduan Solat Sunat Tarawih Di Rumah

IKLAN

Mingguan Wanita: 37 tahun berada dalam industri seni bukan tempoh yang sekejap. Selayaknya Bell Ngasri diiktiraf dan diberikan peluang untuk mendapat anugerah yang sewajarnya.

Sumber: Bell Ngasri

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI