Gadis Cekal Berperahu Rentas Sungai Rajang Ke Sekolah Kini Berjaya Bergelar Peguam! Hasil kesungguhan dan kecekalan dalam menuntut ilmu, menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Meskipun terpaksa bersusah payah dan melipatgandakan usaha dalam menimba ilmu.
‘Basak Budouk Basak Tenguk’. Itu pepatah dalam dialek Melanau Dalat yang membawa maksud asalkan rajin berusaha akan memperoleh hasil yang lumayan.
Pepatah itu juga mengambarkan usaha kental Jacquelyn Juliet Suching, 25, wanita asal Kampung Kebuaw, di sini, sebuah perkampungan pendalaman di Sarawak mengejar impian ke menara gading sehingga berjaya bergelar peguam.
Ubah Nasib Keluarga
Wanita Melanau Iban yang berasal daripada keluarga petani itu bersemangat mahu mengubah nasib keluarganya dengan pendidikan biarpun perlu merentas Sungai Rajang dengan menaiki perahu dihantar ibu setiap hari untuk ke sekolah.
Kisah Jacquelyn Juliet mendapat perhatian di TikTok selepas peguam muda itu berkongsi video yang dimulai dengan dirinya ketika berusia 11 tahun pulang dari sekolah ditunggu ibu di perahu, bergraduasi dan ditauliahkan sebagai peguam.
Berkongsi kisahnya, Jacquelyn Juliet berkata, kampungnya terletak di bahagian hilir Sungai Rajang dan selama enam tahun dia menjadikan perahu sebagai pengangkutan utama ke sekolah di persisiran Sungai Rajang, Batang Igan.
Ads
Ibu Bapa Utamakan Pendidikan
Menurutnya, setiap hari dia akan dihantar dan diambil ibu, Catherine Stin, 48, yang mengemudi perahu sendirian, sementara bapa, Suching Jugei, 58, mengambil upah berkerja di kebun rumbia milik orang.
“Sebagai anak pedalaman saya sudah biasa merentasi Sungai Rajang, malah tak berasa takut menyeberanginya biarpun ada buaya kerana perahu satu-satunya kenderaan kami di kampung untuk ke sekolah. Lagipun saya tahu hanya dengan pendidikan dapat mengubah nasib kita.
“Malah saya beruntung mempunyai ibu bapa yang sangat mengutamakan pendidikan, malah pendapatan tidak menentu sebagai petani dan mengambil upah mengerjakan kebun rumbia tetap diutamakan untuk persekolahan kami,” katanya.
Cuti Sekolah Bantu Mak Ayah Di Kebun Rumbia
Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, ketika berusia 13 tahun dia belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Miri dan setiap kali cuti sekolah dia akan membantu ibu bapa di kebun rumbia untuk mencari pendapatan lebih, manakala waktu makan dimanfaatkan untuk mengulangkaji pelajaran.
“Kehidupan sederhana tanpa kemewahan di kampung yang tiada kemudahan Internet yang baik, jalan raya dan air bersih mendidik saya untuk tekad mengejar impian sekali gus membuktikan anak pendalaman juga boleh mencapai cita-cita.
Ads
“Sehingga belajar di universiti saya dan adik-beradik masih membantu mak dan ayah di kebun rumbia. Itu juga menaikkan semangat saya untuk memberi kesenangan kepada mereka yang banyak mengorbankan masa serta tenaga untuk kami,” katanya yang berkerja di sebuah firma guaman di Bintulu.
Kerja Keras Ibu Bapa
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah itu berkata, kejayaan yang diperolehinya disifatkan bukan usahanya semata-mata sebaliknya ia adalah kerja keras ibu bapanya yang membanting tulang empat kerat.
“Saya masih baru dalam bidang perundangan kira-kira setahun tujuh bulan termasuk tempoh chambering dan apabila sudah tamat belajar saya melihat apa diperolehi ini hasil usaha pahit manis sejak kecil menjadikan saya sebak.
“Walaupun mak ayah hanya petani tetapi mampu membentuk masa depan kami dengan pendidikan. Tiga adik saya juga masing-masing bergraduasi dan masih belajar di universiti tempatan dan seorang di Australia, manakala dua abang saya sudah berkeluarga dan berkerja,” katanya yang masih bujang.
Berhubung video TikToknya, Jacquelyn Juliet berkata, video itu dirakam guru matematiknya, Cikgu Ermi pada 2009 dan ketika itu dia adalah pelajar terakhir yang pulang selepas mengikuti kelas tambahan di sekolahnya.
Katanya, Cikgu Ermi memberikan video itu kepadanya pada 2018, namun dia tidak pernah berkongsi video berkenaan di media sosialnya sebelum tergerak hati untuk memuat naik di TikTok, baru-baru ini sebagai kenangan selain penghargaan buat ibu bapa dan guru serta pensyarahnya.
Mingguan Wanita: Tahniah atas kejayan mencapai cita-cita bergelar peguam. Meskipun laluannya tak mudah, terpaksa meredah sungai yang ada buaya dengan perahu ketika pergi ke sekolah, namun tetap cekal untuk rajin belajar. Semoga menjadi inspirasi buat anak-anak yang lain.
Pelakon yang terkenal dengan sikapnya yang begitu manja dengan keluarga Noreen Ashikin Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Reen Rahim menasihati agar berbanggalah dengan ibu bapa sendiri walau apa jua pekerjaan mereka.
Sebagai seorang anak tidak perlu malu, sedangkan dengan pekerjaan ibu bapa kitalah yang membesarkan kita. Malah insan istimewa ini juga tidak pernah meminta jasa mereka dibalas.
Reen Rahim Sejak Kecil Hidup Sederhana
Berkongsi pendapatnya menerusi entri di Instagram pelakon jelita ini menerangkan sejak dirinya kecil mereka sekeluarga hidup secara sederhana. Malah dia tidak pernah kisah jika ayahnya menghantar dan mengambilnya ke sekolah dengan menaiki motosikal.
“I get it from my daddy.
“Family saya sederhana saja tapi kitorg Best.
“Sumpah dari sekolah saya tak pernah kesah baba hantar dan amik saya sekolah naik moto walau pon kadang baba penat baba comot. (sebenarnya baba saya handsome je).
Saya Bangga dengan Baba
“Saya bangga dia datang. Orang lain mak bapa kaya raya, mewah-mewah kereta datang ambil anak-anak.
“Entah memang dari kecil saya bangga, kalau ibu bapa saya datang walaupun naik van tin biskut
“Adik-adik jangan ikut sangat dunia tipu-tipu ni, ukur baju badan sendiri, jangan acah-acah kelas-kelas atau kaya ya tapi sebenarnya NOTHING.
“Just be yourself, jangan selfih push mak ayah untuk dapatkan apa yang kawan-kawan korang ada, usaha sendiri. Kalau parents kita , ALLAH SWT UJI MEREKA UTK HIDUP TAHAP TU JE, tak pe, TANAM DALAM HATI,one day saya akan bagi apa yang saya nak tu pada diorang, biar diorang bangga dengan kita.
“Sikit lagi..saya nak jaga diorang macam mana diorang jaga saya dulu,tak payah fikir kerja duit ,semua siap,hantar kan beramal je,” kongsi Reen Rahim yang kini muncul dengan produk Reen Rahim Hygiene Wash.
Ramai Setuju Dengan Perkongsian Reen Rahim
Mingguan Wanita : Anak-anak semestinya perlu bangga dengan keluarga seadanya. Berbaktila kepada ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Setelah anak makin membesar dan bosan duduk di rumah, Datin Zuridah mengambil keputusan untuk membuka Kafe goreng goreng di Ipoh, Perak. Biar pun kafe tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan, tetapi atas sebab-sebab tertentu kafe tersebut perlu ditutup.
Kini kafe goreng goreng ditukar nama kepada The Rebarn Langkawi dan beroperasi di Pulang Langkawi, Kedah. Biar pun tidak menjangka akan memiliki kafe sendiri, hanya atas dasar ingin mencuba dan gemar mencuba resipi baru akhirnya segalanya mula menampakkan hasil.
Mengetengahkan makanan Melayu daripada makanan street food sehinggalah makanan “rumah” yang menyelerakan, anda pasti mempunyai banyak pilihan di The Rebarn Langkawi.
“Hidangan panas seperti mee goreng mamak dan kotiew goreng antara menu yang harus dicuba. Tidak lengkap rasanya anda tidak merasa betapa nikmatnya menyedut air kopi Vietnam yang dihidang dengan cara tersendiri. Selain itu green tea kami red thai tea juga selalu mendapat permintaan tinggi dari pelanggan,” ujar Datin Zuridah.
Di samping itu, bagi penggemar makanan barat, The Rebarn turut menampilkan menu-menu yang tidak kurang hebatnya seperti spageti aglio oglio, spageti carbonaro dan juga chicken chop.
Ramuannya yang diadun khas dan memdapat sentuhan citarasa tempatan membuatkan menu ini mempunyai rasa yang cukup berbeza.
Datin Aida bersama staf-stafnya.
Suasana Santai
Terletak di kawasan tumpuan membuatkan kafe ini menjadi lokasi starategik buat seisi keluarga mengenyangkan perut dan beriadah. Kedudukan restoren yang berada berdekatan dengan kawasan pusat rekreasi dan riadah membuatkan ianya menjadi pilihan buat seisi keluarga.
Di samping itu, dekorasinya yang minimalis dan juga susun atur yang lapang menjadikan kafe ini sesuai dijadikan lokasi bersantai dan melepak bersama teman-teman di hujung minggu. Tambah menarik apabila malam anda ditemani dengan dendangan muzik menerusi “liveband” ketika menikmati hidangan yang menyelerakan.
“Saya sengaja memilih kawasan yang luas sebegini agar kafe ini sesuai dijadikan tempat bersantai atau bagi sesiapa yang ingin menganjurkan sesuatu event, kami sedia menerimanya.
“Hiasan dan dekorasi kedai ini kebanyakannya daripada barang kitar semula atau kami “reuse” barang sedia ada untuk dijadikan item dekorasi. Uniknya lampu kamu menggunakan sangkar ayam yang dibeli daripada Thailand. Begitu juga kepingan pintu rumah turut diangkat menjadi salah satu item dekorasi The Rebarn Langkawi,” ungkap Datin Zuridah Zulkarnain, pemilik kafe The Rebarn Langkawi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perbincangan sulh bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri nampaknya menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat dapat dicapai baik dari pihak Fizi Ali mahupun Shakilla Khoriri.
Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 37, berkata perkara itu akan dibicarakan selepas pengurusan kes yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 22 Februari depan.
“Antara kami, tiada persetujuan jadi perkara ini akan dibawa dan diselesaikan di mahkamah. Shakilla pun tak boleh bersetuju dengan apa yang saya minta.
“Jadi, pegawai sulh mengatakan untuk proses selanjutnya di mahkamah untuk diselesaikan semuanya,” katanya kepada media.
Gagal capai kata sepakat melalui “Perbincangan Sulh”
Fizi tidak boleh menjelaskan permintaannya berikutan kes itu akan dibicarakan kelak.
“Apapun, anak memerlukan ibu dan bapa. Sebenarnya benda ini tidak menjadi masalah, sebab sebelum ini kami boleh bincang.
“Tapi saya terpaksalah bawa perbincangan ini ke tempat sepatutnya untuk cari jalan penyelesaiannya.
“Kalau boleh hari ini saya mahu selesaikannya sebab saya sudah penat dengan semua ini. Saya pun sangat rindukan anak, sudah berbulan tak berjumpa.
Fizi, Shakilla gagal capai kata sepakat
“Hampir dua bulan saya tidak dapat berjumpa dengan anak. Jadi, saya rasa ini adalah tempoh paling lama tak dapat jumpa anak. Saya sudah pergi ke sekolahnya, tapi cikgu tak bagi jumpa,” katanya sebak.
Menurut Fizi lagi, dia tahu lokasi anaknya berada. Atas dasar menghormati undang-undang, dia tidak mahu menyerbu atau menceroboh kerana ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk.
“Perkara ini boleh bincang secara baik, tapi Shakilla mahukan begini. Saya sangat sayangkan Nur Ameena Sofia, jadi saya tak kisah orang cakap apa, cakaplah.
“Sekarang saya hanya mahu hak sama rata dan hak saya untuk anak walau macam mana pun.
“Nur Ameena berhak mendapatkan kasih sayang ibu dan bapa. Itu yang saya mahu kerana saya sebagai bapa kena jalankan tanggungjawab ,” katanya.
Fizi memaklumkan, mereka memutuskan menjaga anak bersama selepas bercerai. Sebelum ini, mereka menjaga anaknya secara bergilir.
“Kami tiada persetujuan depan hakim berkenaan anak, jadi bila tiada macam-macam boleh jadi, dia boleh datang ambil bila-bila masa,” katanya.
Fizi selaku plaintif memfailkan tuntutan hadanah kekal pada 15 Disember tahun lalu dengan menamakan Shakilla sebagai defendan.
Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...