Warga emas dan anak didakwa rogol remaja 15 tahun dalam kereta. Perbuatan yang pastinya sukar untuk diterima oleh mana-mana pihak. Ditambah dengan usianya namun ternyata perbuatan jahat membawa padah buat warga emas dan anak tirinya apabila didakwa di mahkamah atas pertuduhan rogol.
Memetik laporan Harian Metro, selepas menyedari gambarnya dirakam, tertuduh menyebut “Orait..orait…bagus,” sebaik dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan bersama anaknya merogol seorang remaja dalam kereta di Kluang, enam tahun lalu.
Warga Emas & Anak Didakwa Perkosa Remaja 15 Tahun Dalam Kereta
Bagaimanapun, Mohd Hashim Saidin, 77, yang berkerusi roda dan anaknya berusia 21 tahun (yang ketika kejadian berusia 16 tahun) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Dua beranak kemudian dibawa ke lokap selepas masing-masing gagal membayar ikat jamin sebanyak RM12,000 dan RM15,000. Mengikut kertas pertuduhan, anak tertuduh yang bekerja sebagai penghantar barang terlebih dahulu merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.
Kejadian terjadi sejam selepas anak rogol remaja terbabit
Selepas itu, giliran Mohd Hashim melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa sama di kawasan lapang dekat Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada jam 6 petang dengan kejadian berlaku dalam kereta dan hari sama.
Ads
Berikutan itu, dua beranak didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Ogos ini sebutan kes dan serahan dokumen.
Kegagalan dua beranak itu membayar ikat jamin, masing-masing sebanyak RM12,000 dan RM15,000 menyebabkan mereka dibawa ke lokap reman, selepas mahkamah menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak Kedua LIZA HANIM Naik Pentas Terima Anugerah Pengetua MRSM Alor Gajah. Tiada yang lebih bermakna dan menggembirakan hati mak ayah apabila melihat kejayaan anak-anak.
Penyanyi bersuara lunak dan lantang, Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim,43, berkongsi kegembiraan dan meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya Marrisa Qaireen,14 naik ke pentas menerima anugerah cemerlang Anugerah Pengetua MRSM Alor Gajah.
“Tahniah Kak Ngah… Hari ni di MRSM Alor Gajah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Pengetua. Tahniah juga buat anak-anak Eunoia yang turut naik pentas hari ini,” ujarnya.
Ibu kepada 5 orang cahayamata ini yang juga Naib Juara Gegar Vaganza Musim ke-4 berharap semoga kejayaan anaknya ini mampu menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di masa hadapan.Serta turut mendoakan supaya anaknya terus cekal dalam menimba ilmu.
“Semoga menjadi pembakar semangat untuk buat lebih baik. Perjalanan baru bermula dan pelajar IGCSE memang cabaran sangat kuat. Mama doakan anak mama tabah dan dipermudahkan perjuangan mengejar ilmu , mama tumpang gembira dari jauh,”kata Liza Hanim.
Marissa merupakan pelajar MRSM program International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE). IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.
Untuk makluman, Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level.
Hasil perkongsian hidup dengan suami yang juga anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin, pasangan ini dikurniakan 4 anak lain iaitu Marsya Qistina, 20, Mohamed Salahuddin, 12; Mohamed Ibrahim, 8 dan Mohamed Al Fateh,4.
Baru selesai haji & niat keluar dakwah 40 hari sebelum meninggal, jemaah kongsi sisi berbeza Datuk Pahamin Rajab. Pemergian bekas ahli korporat Datuk Pahamin Rajab yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke United Kingdom baru ini.
Namun tidak ramai mengenai sisi berbezanya namun ia dikongsikan oleh Maulana Helmi di facebooknya mengenai sisi lain bekas ahli koporat ini.
Takziah buat ahli keluarga Ayahnda Datuk Pahamin Rajab atas pemergian Almarhum sebentar tadi.
Insan yang mempunyai nama besar dalam dunia korperat telah dipilih oleh Allah swt berkecimpung dalam dunia dakwah hingga dapat keluar 4 bulan IPB dan negara jauh.
Istiqamah dengan nisab 3 hari setiap bulan bersama Dato Dr Hasan Ali dan Dato Selamat.
Pernah keluar 40 hari di perkampungan komunis Malaya di Selatan Thai bersama sahabat yang lain. Dengan kami pernah keluar Rehlah di Masjid Bukit Malut Langkawi.
Detik awal ketika almarhum mula-mula ikut keluar dakwah anak-anak almarhum risau bagaimana almarhum boleh iktikaf tidur kat Masjid. Namun almarhum tetap ingin terus keluar jemaah walaupun kadangkala prasarana masjid dan surau kurang selesa. Bahkan saya pernah lihat almarhum iktikaf di koridor masjid.
Bila kami tanya pada Almarhum, Dato ok ke mujahadah macam nie? Almarhum jawab: Sebagai ahli koperat kami dah biasa menerima treatment ala VVIP, red carpet dan sebagainya. Namun di usia senja ini saya nak cari jiwa kehambaan semula sebelum saya berjumpa dengan Pencipta.
Kali terakhir saya keluar dakwah bersama Almarhum adalah dalam program 3 hari anjuran Ayahnda Dato Dr Hasan Ali di Sijangkang.
Terbaru saya lihat gambar Almarhum di FB mengkhabarkan yang Almarhum ada di tanah suci sedang menunaikan haji. Agak terkilan juga kerana tak sempat bertemu dengan Almarhum buat kali terakhir.
Balik Haji Almarhum terbang ke UK, meninggal dunia dalam pesawat akibat serangan jantung. Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun.
Paling mengkagumkan bila Al faqeer lihat dalam grup whatsapp yang nama Almarhum ada dalam senarai jemaah yang bakal keluar 40 hari bulan Julai ini.
Masyallah Almarhum meninggalkan dunia selepas selesai Haji dan masih dalam azam dan niat untuk keluar berdakwah.
Mudahan Almarhum dikurniakan Allah dengan Husnul Khotimah serta ditempatkan bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin di Illiyyin sana.
Amin..!!!
*Kredit kepada uncle saya Dato Ahmad Saruji Aziz atas perkongsian gambar di atas. Kenangan bersama almarhum di Ijtimak Tonggi beberapa tahun yang lalu.
Mek Kaldung artifak tertua berusia 14,000 tahun dijumpai di Lembah Nenggiri, Kelantan. Lebih lama dari penciptaan Nabi Adam. Dunia tempat menyimpan pelbagai sejarah dan sudah pasti tiada yang mampu meneroka setiap inci penciptaan Allah ini.
Setiap yang terjadi sudah tertulis dan kita menjadi Al-Quran dan hadis sebagai panduan kehidupan. Satu pertemuan bersejarah membuktikan mukjizat Al-Quran itu benar apabila penemuan satu artifak Sejarah dinamakan Mek Kaldung berusia 14,000 tahun di Lembah Nenggiri, Kelantan mungkinkah lebih lama dari penciptaan Nabi Adam itu sendiri?
Dikongsikan dari facebook, Johan Ariff, ini mungkin kisah Sejarah yang menarik untuk kita ketahui bersama.
MUKJIZAT AL QURAN TERSERLAH…
Mek Keldung (wanita tua) berusia 14000 tahun, lebih tua dari rangka artifak di Gua Cha dan lebih tua dari Perak Man (11000) dan Perak Woman (8000) yang ditemui di Lenggong Perak.
Saya (jai) gelarkan rangka manusia wanita tua ini sebagai Mek (gelaran kepada wanita tua kelantan) dan Keldung sebuah gua di sepanjang Sungai Nenggiri di mana rangka artifaks manusia ditemui oleh Para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli semasa menjalankan kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Lembah Nenggiri Gua Musang Kelantan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah usia artifak yang berusia 14,000 tahun setelah menjalani ujian ‘radio karbon dating’ menunjukkan ia lebih lama dari Tempoh ketamaddunan manusia iaitu al insan (Manusia pertama iaitu Nabi Adam AS) sekitar antara 5000 hingga 10000 (data spekulatif ) tahun iaitu tempoh masa dari Nabi Adam AS hingga kini.
Tempoh 14000 tahun ini lebih lama dari lokasi penempatan manusia di atas muka bumi iaitu di Jericho Palestine iaitu 10000 tahun.
Persoalannya ialah siapakah Sosok Rangka Mek Keldung ini? Adakah rangka prasejarah 14000 tahun ini berkait dengan soalan/dialog Malaikat kepada Allah dalam surah Al Baqarah
Allah SWT berfirman kepada malaikat: –
*”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Kemudian, malaikat menjawab dengan katanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Lalu, Allah menjawab persoalan itu dengan menyatakan: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah, ayat 30)*
Soalan Malaikat ini seolah olah memberi maklumat awal kepada kita bahawa malaikat berpengalaman melihat persengketaan makhluk terdahulu yang dijadikan Allah hingga membawa kepada pertumpahan darah sehinggalah makhluk sebelum Adam AS ini pupus sepenuhnya.
Persoalannya adakah Wujud Adam sebelum Adam………
Penemuan rangka-rangka ini di Lenggong, Gua Cha dan terkini iaitu di Lembah Nenggiri ini telah membuka sebuah penemuan yang lebih luas akan Mukjizat Al Quran. Untuk kita fikirkan.
Allah jadikan Jin dan Al Insan adalah untuk beribadah kepadaNya sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Dzariat ayat ke 56.
Oleh itu kalau rangka dan tengkorak yang ditemui berusia 14,000 tahun ini di Lembah Nenggiri iaitu di Gua Keldung ini lebih tua dari Nabi Adam AS, adakah ia yang digelar SAPIENS yang tidak berakal yang saling berbunuhan sesama sendiri sebagaimana yang disoal oleh Malaikat kepada Allah itu……?
Sebagaimana Allah pupuskan makhluk-makhluk Dinosor yang lain, begitu juga Allah pupuskan Makhluk seperti manusia ini yang digelar SAPIEN supaya mereka tidak berevolusi sehinggalah Allah mencipta Khalifah yang mempunyai akal menggantikan tempat SAPIEN ini.
Allah lebih Mengetahui akan apa yang Malaikat tidak ketahui.
Mukjizat Al Quran semakin diyakini dan terungkai. Penemuan Mek Keldung di Lembah Nenggiri ini sebenarnya adalah mesej dari Langit yang membenarkan Al Quran yang diturunkan 1400 tahun lalu.
Begitu jua halnya penemuan rangka Firaun yang masih sempurna di dasar Laut Merah adalah Mukjizat Al Quran yang tidak dapat dinafikan lagi ialah untuk membukti dan memperlihatkan kepada manusia zaman ini akan apa yang disebut 1400 tahun lampau adalah wahyu Allah.
Oleh itu Siapakah SAPIEN dan HOMOSAPIEN dan Kaitannya dengan Artifak rangka manusia (Mek Keldung) yang ditemui. InshaAllah saya akan cuba mencari jawapannya dan semoga Allah permudahkan.
Opss jangan terpengaruh dengan Teori Evolusi Darwin kerana ia ISU aqidah.
Terima kasih Majlis Daerah Gua Musang khususnya Tuan Ruzuke Abdul Aziz kerana banyak membantu saya dalam kerja-kerja dokumentasi Mek Keldung berusia 14,000 tahun ini.
Tulisan di atas tiada kaitan dengan sesiapa dan ia adalah dari buah fikiran saya 100% melainkan rujukan dari ayat ayat Suci Al Quran dan Qishashul Anbia kisah para Nabi khususnya yang melibatkan keabsahan tarikh para Nabi.