Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Dalam Besen!. Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas diserang sawan ketika berada dalam bilik air di rumah neneknya di Kampung Telok Wang Besar, Sungai Pasir dekat sini kelmarin.

Lebih tragis, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa Nur Arisa Qaisara Abdullah, 11, ditemukan ahli keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepalanya berada dalam besen.

Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Berada Dalam Besen!

Tinggal Dengan Nenek

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit tinggal bersama neneknya kerana mudah untuk dijaga berikutan kerap diserang sawan.

“Ibu kanak-kanak terbabit bekerja menyebabkan dia terpaksa meninggalkan mangsa untuk dijaga neneknya yang tinggal dalam kawasan kampung yang sama.

“Ketika kejadian, kanak-kanak itu memberitahu yang dia mahu membuang air besar namun neneknya yang curiga menolak pintu bilik air sebelum mendapati cucunya itu tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Berada Dalam Besen!

IKLAN

Kepala Dalam Besen

Menurutnya, kepala kanak-kanak terbabit ketika itu berada dalam besen yang airnya hanya paras pergelangan tangan dan ibunya yang tiba menghubungi ambulans dan jiran untuk meminta bantuan.

“Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod penyakit sawan sejak beberapa tahun lalu.

“Siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu perlu mengambil ubat sawan dua hari sekali setiap 12 jam,” katanya.

Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Berada Dalam Besen!

Kes Mati Mengejut

Zaidy berkata, tiada unsur jenayah ditemukan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

IKLAN

Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Berada Dalam Besen!

Jenazah murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Teluk Wang itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, dekat sini hari ini.

Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Berada Dalam Besen!

IKLAN

Mesti Baca:Bab Jaga Aurat & Maruah Diri, Ramai Wanita Lebih Teruk Daripada Orang SAWAN!
Baca Lagi Di Sini:Anak Demam, Sawan Selepas Bermain Dengan Kucing Sakit, Naluri Ibu Kuat Merasakan Itulah Puncanya!
Artikel Menarik:Anak Bawah 2 Tahun BAHAYA Guna Ubatan Ini, Boleh Sebabkan SAWAN

Mingguan Wanita: Allahu kesiannya. Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Sumber: Hmetro, Penang Kini

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI