Sebab iri hati dan cemburu, sanggup darah daging sendiri sihir untuk pisahkan atau bagi porak peranda keluarga mereka. Ingatkan kisah dulu-dulu tapi rupanya masih lagi wujud sihir menyihir ini.
Inilah yang berlaku dari sebuah keluarga yang mana seorang kakak sanggup sihirkan adik iparnya hanya kerana iri hati dan cemburu bila adiknya (suami) terlalu baik dan berikan apa saja untuk isterinya.
Dalam perkongsian video di tiktok, jelas sekali pengakuan kakaknya yang sanggup guna duit anak semata-mata untuk upah bomoh tersebut. Tidak cukup dengan itu, mentuanya sendiri disihir dan disantau.
Katanya, tanam banyak dalam bagi supaya iparnya meninggal. Dengan anak-anak buah pun dishirnya sebab tak suka tengok.
Walau bagaimanapun, masih belum terlambat kerana sempat berubat dan pengakuan dibuat apabila pakar perubatan tradisional ini menarik ‘sukma’ untuk bercakap dengannya sendiri.
Video bersambung-sambung ini bukan niat untuk mengaibkan keluarga ini tapi sekadar untuk iktibar dan pengajaran.
Apakah yang dikatakan SUKMA
Sukma setiap manusia ade 7.
Ads
Kalau tarik sampai 5 sukma..,mangsa akan gila. Kalau tarik 7 sukma terus…100% mati.
‘Dia’ yang bercakap ni bomoh merangkap orang yang sakit hati pada dia. Kiranya dia sakit hati, dia juga bomoh.
Masalah jadi berat sebab dia berlawan dengan bomoh sendiri. Kalau orang yang mengupah sahaja, insyallah akan baik dengan izin Allah, jika orang yang upah itu dah tak berduit nak mgupah lagi.
Tapi normally, bomoh akan tanya, betul ke nak buat? Dia akan tanya..Nak bg mcm mne?
Bagi mati?bagi pengajaran?atau bagi sakit.
Sebab itulah solat/zikir penting. Hati-hati orang yang tak solat. Jika terkena sihir. percent untuk masuk ke dalam badan 100% . Jika ada ayat pendinding, dia tetap akan kena,tapi percent dia kurang.
Ads
Sakit tetap sakit ,tapi semakin kuat benteng pendinding, dan amalkan ayat Khirzi/manzil dalam pagi & petang, Insya Allah.
Biasanye bomoh akan mula menyerang sewaktu jam 12 malam sehingga ke subuh. Hati-hati waktu ni. Ramai yang leka. Main tidur sahaja tanpa amalkan surah di bawah ini.
(setiap kali baca, hembus nafas pada tapak tangan..sapukan di muka, terus ke kepala, leher belakang..dada, tangan sampai ke kaki)
1)Ayat kursi 1x
2) 2 ayat akhir baqarah
3) Al Ikhlas 3x
4) Al Falaq 3x
5) Annas 3x
6) Bismillah 21x
7) Lakadjaakum 11x
Mengucap
Orang yang hantar dia buat keje senyap-senyap, jangan makan@ minum pemberian orang sesuke hati, lagi-lagi orang terdekat.
Amalkan bace bismillah, bismillah 5, dan ayat (waya tala taf,wala yuseeran bikom ahada.)
Ads
Lagi 1, nak tahu siapa sihir kite.. (amalkan 33x al kautsar, dah bace terus tidur.. jangan bercakap dengna sesuaoa. Mointa doa pada Allah tunjukkan siapa muka yang jelas, siapa yang mengupah bomoh..Insyallah jelas mukanye dalam mimpi.
Mingguan Wanita : Moga kita dijauhkan dari sifat dengki dan perkara yang terkutuk.
‘Pemergian’ Mulia Bulan Ramadan, Wanita Rebah Meninggal Ketika Baca AlQuran Di Masjid. Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila wanita ini dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang membaca kalam Allah di masjid pada bulan Ramadan.
Meninggal Ketika Baca Al Quran
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita meninggal dunia di masjid ketika membaca al-Quran, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official. Kejadian itu berlaku di Masjid Majlis Taklim (MT) Nurunnisa Babussalam di Bandung, Jawa Barat pada 9 April lalu.
Mengetuai Sesi Bacaan Al Quran
Wanita berbaju putih itu pada awalnya mengetuai sesi bacaan al-Quran bersama-sama beberapa jemaah lain.
Dia secara tiba-tiba berhenti membaca dan menundukkan kepalanya dalam keadaan lemah. Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang dan tidak sedarkan diri.
Jemaah wanita lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kematian yang sangat indah, syurga buat puan, Husnul khatimah,” komen seorang netizen.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat seluruh keluarga arwah.Sesungguhnya kematian yang dicemburui, bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah
Dizaman teknologi dihujung jari ni, apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial cukup mudah disebarkan dan dikongsi dengan orang lain. Adakalanya sesuatu perkara yang disebarkan itu tidak dilihat secara keseluruhannya, sekali gus boleh menimbulkan salah faham dan persepsi yang negatif.
Baru-baru ini, Rozi Abdul Razak yang juga Pengurus kepada Dato Sri Siti Nurhaliza ada memuat naik video majlis perkahwinan salah seorang staf, Siti Nurhaliza Productions.
Namun perkara yang mencuri perhatian, ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyunting video tersebut dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal.
Perkongsian video tersebut menjadi viral, apabila ia seolah-olah menunjukkan pengantin perempuan tersebut menunjukkan riak wajah seolah-olah bimbang dan tidak senang dengan kehadiran penyanyi kesayangan negara Dato Sri Siti Nurhaliza hadir di majlis perkahwinannya.Sekaligus, membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin tersebut.
Namun hakikat sebenar situasi yang berlaku adalah sebaliknya. Berikut merupakan penjelasan oleh Rozi dalam menjelaskan salah faham dan situasi sebenar video tersebut.
Berikut perkongsian beliau;
Video ini dikatakan telah trending dan viral, diambil dari IG saya (walaupun tak dinyatakan kredit atau sumber video), saya yang upload.Dalam video tersebut saya ada cakap (walaupun tak berapa nak dengar) CF muka risau sebab biasa dia yang jaga boss.
Sesiapa yang viralkan video ini anda tidak bertanggungjawab dalam beberapa perkara dan telah membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin khususnya.
Ini bagi saya tidak adil kepada pengantin iaitu Siti Fairuz @cteafairuz yang kami panggil CF. Video ini trending di youtube dan dipanjang-panjangkan ke sosial media, dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal.
1. CF adalah colleague saya dan staff @ctdk. Dia lebih maklum hal mengenai @ctdk, dia menjaga @ctdk selama ini dan tidak timbul soal-mengapa ajak @ctdk? Pengantin tak jadi tumpuan, pengantin tak laku, pengantin cuak! Ada yang kata, lain kali jangan ajak @ctdk dan sebagainya.
Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdk dan tentunya dia mahu memastikan @ctdk dapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran @ctdk kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan @cteafairuz untuk @ctdk hadir ke majlis beliau.
2. Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan caption seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan @ctdk atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton, dapat gambaran sebenar. Apa yang anda buat telah menyebabkan, macam-macam komen yang ‘memalukan’ serta menjatuhkan air muka pengantin.
3. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang upload dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga boss atau @ctdk.
4. Satu hari yang menggembirakan pengantin menjadi satu momen yang memalukan dengan apa yang anda sudah lakukan.
5. Saya tujukan kepada semua admin youtube dan media sosial yang telah mengambil sebahagian video dari IG saya dan membiarkan netizen memberikan komen yang sangat negatif untuk dibaca.
Mingguan Wanita mengharapkan agar penjelasan oleh Pengurus Siti ini, menjernihkan segala salah faham yang berlaku.Semoga kita tidak mudah membuat andaian sendiri dan menilai sesuatu perkara tanpa melihat keseluruhan situasi yang sebenarnya.
Oleh kerana dia jalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua, wanita ini sering digelar pengikis.
Namun wanita ini tidak kisah akan pandangan orang lain kerana dia begitu ikhlas cintakan teman lelakinya.
Jalin Hubungan Cinta Dengan Lelaki 44 Tahun Lebih Tua
Seorang wanita di Charlottesville, Virginia yang berusia 24 tahun mendedahkan bahawa dia sering digelar pisau cukur kerana menjalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua daripadanya, lapor akhbar The Sun semalam.
Menurut Conni Cotten yang bertunang dengan Herb Dickerson, 68, meskipun dia dipandang serong oleh masyarakat sekeliling, dia tidak mempedulikan pandangan negatif mereka kerana ikhlas menyayangi Dickerson.
Wanita Ini DiGelar Pengikis
“Orang di sekeliling terkejut apabila mengetahui mengenai hubungan kami. Komen yang sering saya terima adalah saya hanya ingin mengikis hartanya dan Dickerson hanya mahukan hubungan intim daripada saya.
“Bukan itu sahaja, keluarga saya juga pada awalnya turut tidak bersetuju dengan hubungan kami kerana bimbang akan keselamatan saya.
“Bagaimanapun, mereka akhirnya menerima seadanya selepas melihat Dickerson dapat membuatkan saya bahagia dan mula mempercayai serta menganggap lelaki itu seperti ahli keluarga sendiri,” katanya.
Menceritakan kisah cintanya dengan lelaki itu, Cotten berkata, mereka bertemu buat kali pertama ketika menjadi sukarelawan di sebuah pusat perlindungan gelandangan iaitu tempat Dickerson bekerja.
“Ketika kami berjumpa buat kali pertama, saya terus tertarik kepadanya dan kami berdua menjadi mesra dengan pantas.
“Saya mula menggodanya dan dia amat terkejut. Kami kemudiannya sering menghabiskan masa bersama dan semuanya berlaku dengan pantas,” ujarnya.
Keluarga Akhirnya Restu
Dalam pada itu, Dickerson berkata, keluarganya pada awalnya menganggap Cotten terlalu muda untuknya, namun mereka akhirnya dapat merestui hubungan tersebut.
“Dia mempunyai tenaga yang amat berbeza berbanding wanita sebaya saya. Dia seorang yang mudah didampingi,” ujarnya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sebenarnya usia bukanlah penghalang untuk bahagia kerana ramai saja yang miliki keluarga bahagia walaupun mempunyai jarak usia yang jauh.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Wanita jual daun kering di Tik Tok, siapa sangka "sampah" pun boleh jadi duit. Dalam dunia yang semakin laju dengan teknologi dan persaingan bisnes,...