Tragedi kepala air, ibu ayah bersama 7 anak disahkan meninggal. Keseronokan keluarga bertukar duka. Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji dengan ujian maha hebat. Jika kehilangan seorang anak pun sudah cukup menyedihkan, apatah lagi 9 beranak yang meninggal serentak.
Tragedi Kepala Air, Ibu Ayah Bersama 7 Anak Disahkan Meninggal
Semalam, kita digemparkan dengan tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih Kemaman di mana sekeluarga dihanyutkan dalam tragedi kepala air. Ketika itu hanya mayat, Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 ditemui oleh orang awam selepas terjadinya tragedi ini.
Namun selepas operasi dijalankan, tujuh lagi mayat dikenal pasti iaitu Karim Abdullah, 39 dan enam lagi mayat anaknya, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4. Sementara, seorang lagi individu yang hilang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor belum ditemui setakat berita ditulis.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, identiti sekeluarga ini telah dikenal pasti. Kesemuanya berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang telah datang ke jeram berkenaan sejak 2 petang (Sabtu) untuk berkelah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini, malam tadi.
Mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.
Sembilan keluarga ini meninggal dunia apabila dihanyutkan kepala airMenurut polis, air meningkat pada kedalam 5-10 meter berbanding biasa pada hari tragediPolis memaklumkan, Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.Motosikal turut rosak dalam tragedi ini. Seorang lagi mangsa iaitu tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor belum ditemui setakat semalam.
Keseronokan Keluarga Bertukar Duka
Beliau berkata, pihaknya percaya Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.
“Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari keadaan kepala air yang datang dengan deras secara tiba-tiba. Kalau tengok keadaan di lokasi tadi, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus, tidak sempat untuk melarikan diri ketika sedang mandi di situ,” katanya.
Hanyan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kekuatan 50 anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam telah dihentikan pada 6 petang Ahad atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada 8 pagi ini.
Ads
“Setakat pukul 10 malam ini (Ahad), tiada sebarang penemuan baharu di lokasi kejadian. Radius kawasan pencarian kita pula seluas 24 km mengambil kira lokasi penemuan mayat pertama.
“Esok (Isnin) kita akan mula pencarian di tebing kiri dan kanan jeram sejauh 8km. Polis percaya kemungkinan lokasi mangsa boleh berada jauh dari titik awal kejadian kerana dibawa arus kepala air yang deras,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 milik polis dan JBPM, selain akan membuat permohonan menambah kekuatan anggota operasi SAR termasuk bantuan daripada orang luar.
“Malah kalau ada orang awam yang nak bantu pencarian pun kita amat galakkan, bagaimanapun perlu lapor diri terlebih dahulu di Balai Polis Air Putih. Diingatkan agar tidak membuat kerja pencarian tanpa pengetahuan polis,” katanya.
Beliau berkata, operasi SAR pada Isnin akan melibatkan tiga fasa kawasan pencarian mengikut kekuatan dan bantuan sedia ada operasi pasukan pencarian.
Ads
Beliau bagaimanapun berkata, maklumat berhubung proses pencarian akan dimaklumkan pada Isnin dan operasi SAR itu bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada petua tertentu untuk memastikan bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas, kekal segar serta tahan lebih lama. Bukan apa boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas ini merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.
Namun, kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk dan selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi. Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut. Ikut petua ini.
Cara-Caranya:
1.Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
2.Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
3.Simpan dalam peti sejuk.
4.Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemain gitar profesional, Wan Radzie atau Eddy Wan Othman 30, meninggal dunia di kediamannya, di Gombak, kelmarin dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Allahyarham Eddy
Turut terkorban dalam insiden tersebut ialah kakaknya, Wan Zunira, 32, sementara anak saudaranya yang berusia tiga tahun, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang.
Berita Duka Dikongsi Abang Allahyarham Eddy
Berita duka tersebut dikongsikan abang Allahyarham iaitu Wan Razmie Wan Othman menerusi laman Facebook miliknya.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kedua adinda saya, Wan Zunira dan Eddy Wan Othman sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi.
“Kedua jenazah mereka kini di Forensik Selayang dan anak bongsu kepada adinda saya Allahyarhamah Wan Zunira, kini di ICU selayang kerana terlibat sama,” ujarnya.
Perginya Seorang Ibu Ketika Sedang Memandikan Anaknya
Dalam perkongsian sama, Wan Razmie memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika Allahyarham Wan Zunira sedang memandikan anak bongsunya. Renjatan elektrik tersebut dipercayai berpunca daripada alat pemanas air elektrik.
“Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya.
“Perginya seorang adik kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam renjatan elektrik.
“Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada. Berehatlah kedua adikku. Tugasan kalian di dunia dah berakhir. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua,” luahnya.
Difahamkan jenazah kedua-duanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, pada petang semalam.
Dikenali Sebagai Eddy Malmsteen
Sepanjang pembabitannya dalam dunai muzik, Eddy yang turut dikenali sebagai Eddy Malmsteen pernah mengiringi persembahan barisan artis popular tanah air seperti Datuk Hattan, Joey BPR dan lain-lain.
Sumber/Foto: Facebook Eddy Wan Othman dan Facebook Wan Razmie Wan Othman Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam-macam jenis resipi bubur yang mak-mak boleh sediakan untuk anak-anak untuk minum petang hujung minggu ni.Salah satu yang lain daripada lain ialah’Bubur Tiub Basikal’ yang menggunakan Makaroni. Pertama kali hakak jumpa resipi ini.Sebab selalunya buat makaaroni goreng je. Ia dikongsikan oleh Puan AmiEra Farhann Johan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Petang-petang yang dingin ni perut asyik mendidih je.Laju-laju masuk dapur buat bubur tiub basikal ni.Sedap lazat nikmat tak terkata.. haha.. ada yang pernah makan bubur ni? Ke tak pernah tahu wujudnya bubur guna makaroni ni. Hehe..
Ramai yang tanya resepi, disini saya sertakan resepi.Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak pandai-pandai la adjust bahan tu bagi lebih ye.
RESEPI BUBUR MAKARONI A.K.A BUBUR TIUB BASIKAL
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Makaroni
4 sudu sagu
1 kotak kecil santan KARA
4 helaidaun pandan
1 ketul gula merah (bulat punya) + 5 sudu gula biasa – ikut tahap nak manis macam mana
1 sudu kecil garam
1 sudu bancuhan tepung jagung
air agak-agak nak kuah banyak mana jangan terlajak air sudah nanti kuah tak pekat pula.
Cara Membuat:
1.Panaskan air, rebus makaroni sekejap dulu sampai mendidih kemudian tapis lalukan dengan air paip.
2.Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan.
3.Masukkan pula bancuhan tepung jagung, makaroni.Kacau-kacau sampai agak makaroni dan santan masak.Guna api perlahan je, adjust sampai cukup rasa manis dan lemak.
Circle yang betul bukan sekadar rakan biasa. Mereka akan sentiasa ada untuk menyokong dan berperanan besar dalam kejayaan kita.
Circle yang betul juga percaya dengan...