Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya. Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Sempena kedatangan Ramadan ini, Sheila Rusly ada kongsikan video resipi ‘Masak Taucu Ikan Ayam’ yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang ketika berbuka puasa.
Bahan-Bahan:
Ikan Ayam (Digoreng)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Pes Taucu
Air
Asam keping
Timun
Serbuk Perasa
Cili Padi
Sedikit Gula
Minyak Masak
Ads
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak dalamm kuali, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan 2 sudu pes taucu, tumis seketika dan masukkan segelas air.
3.Masukkan asam keping dan timun.
4.Kemudian masukkan serbuk perasa dan sedikit gula.
5.Kemudian masukkan cili padi dan ikan ayam yang telah digoreng serta bawang merah.
Wah, menarik kan resipi ni, simple sangat. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk hidangan waktu berbuka nanti.Sesungguhnya air tangan isteri itu adalah pengikat kasih sayang suami.Rajin-rajinkanlah diri, masak menu kegemaran suami selalu.
Hati seorang isteri pasti berbunga-bunga bahagia, bila dapat ucapan penghargaan, penuh rasa cinta daripada suami tersayang. Terutamanya pada hari yang penuh bermakna seperti Hari ulangtahun perkahwinan dan hari jadi. Bukan apa, selalunya kaum suami ni,suka simpan perasaan mereka. Payah nak jumpa yang jenis suka meluahkan perasaan, kata-kata yang manis ni pada isteri. Kebanyakannya, isterilah yang kena paham-paham sendiri.Kan!
Rupanya semalam, 4 Mei merupakan ulangtahun perkahwinan ke-enam bagi pasangan selebriti Awal Ashaari,37 dan Scha Alyahya, 34 ini. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2012 dan dianugerahkan cahaya mata yang comel, Lara Alana, 4 tahun.
Apa yang mencuri perhatian Mingguan Wanita adalah luahan kata-kata romantis Awal buat isterinya Scha sempena ulangtahun keenam perkahwinan mereka. Didalam posting terbaru di Instagram, Awal telah memuatkan memori gambar-gambar sewaktu perkahwinan mereka dengan kapsyen yang cukup romantis buat isteri tersayang.
“Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari. Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, Dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya”
“Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya dimata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya”
Sweet sungguh kan! Mingguan Wanita mengucapkan tahniah dan selamat ulangtahun perkahwinan buat Awal dan Scha.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Para suami lain pun boleh contohi, luahkanlah kata yang manis-manis buat isteri pun dah mampu buat isteri tersenyum bahagia.
Inna lillahi wainna ilaihi raaji’un. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Cukup sebak membaca luahan rakan artis tentang arwah bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat, 32 tahun meninggal dunia di sisi ahli keluarga terdekatnya setelah terlantar sakit selama beberapa bulan.
Sebelum ini, Rafly dimasukkan ke Hospital Ampuan Afzan, Kuantan sejak April lalu disebabkan hilang selera makan hingga menjadikan tubuhnya susut mendadak. Apa yang menyedihkan, Rafly difahamkan menderita penyakit misteri.
Malah pemergian arwah di bulan mulia ini mendapat perhatian beberapa teman rapatnya yang pernah bertugas bersama untuk mengutuskan salam terakhir. Salah seorang yang paling rapat dengan arwah ialah Nor Razlinda binti Razli atau lebih dikenali dengan nama Bienda.
YANG TERAKHIR … ❤️
Selepas setahun lebih kami tak jumpa, tapi masih berhubung melalui phone. Excitednya lama tak jumpa, arwah datang jumpa saya dan teman saya ke tempat Show. Sempat buat talk show macam masa kat Radio.
• Kali terakhir arwah Wwh birthday saya.
Allahyarham Mohd Rafly Bin Rahamat selamat di kebumikan pagi kelmarin dan menghembuskn nafasnya yang terakhir pada 19 Mei 2018. Sebelum waktu berbuka puasa.
Kenapa saya masih post gambar dan share semua kenangan kami? Sebab saya takut satu hari nanti saya akan lupa.. Saya dah pernah lalui pengalaman sebegini ketika pertama kalinya kehilangan arwah nenek yang sangat saya sayangi. Kedua… Arwah bapa mertua saya, ketiga Tok Wan saya dan Ke 4, sahabat yang saya anggap seperti adik ini.
Selalu tanya saya, mu rasa dapat dok aku nak bowok mok g Makkah satu hari nanti? Saya kata… pasang Niat Raf. Tak ada yang mustahil. Arwah selalu juga cakap, nak bagi Mok menantu. Tapi jodoh belum jumpa. Pun saya cakap doa banyak-banyak. Jodoh adalah rahsia Allah.
Paling kelakar soalan yang selalu buat saya akan gelak dan marah arwah. “BILA LA FOLLOWERS AKU AKAN NAIK SAMPI 100 k?”… Arwah nak sangat berjaya. Tapi semua hanya tinggal kenangan. Dan peringatan bagi kita yang masih bernyawa.
Sahabat yang baik tak perlu call dan jumpa hari-hari, cukuplah ingatan dan doa kita padanya. Sahabat yang baik, sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan sedihnya.. Saya harap sahabat-sahabat arwah yang lain akan ingat hari ini. Arwah Rafly… sahabat kita yang suka buat kita marah, gelak, nangis, dah tak ada.
Jangan lupa sama-sama kirimkan doa dan sedekahkn Al- Fatihah untuknya ya, di setiap Doa Kita.
Jazakallahu Khair untuk kebaikan anda padanya, satu hari nanti pasti kita…
Anugerah yang terbaik dalam hidup saya dapat mengenali arwah Mohd Rafly Bin Rahamat.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan hamba-hambanya yang soleh dan beriman.
Aku Belajar Banyak Darimu… Kesusahan,Kesedihan Pastinya Kesabaran. Rupanya ini rezeki yang ku sapat bila mengenalimu. Rezeki untuk menjadi orang yang lebih sabar dan memaafkan.
Rafly… Aku akan senyum bila teringat semua kenangan kita. Aku harap aku tak akan lupa wajahmu. Senyum mu, gelak mu. Insya Allah… akan sentiasa ku kirimkn Doa untukmu Adikku.
Perginya di bulan mulia yang penuh barakah. Semoga rohnya dicucuri rahmatnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah buat ahli keluarga arwah dan semoga tabah telan ujian Allah. Peganglah ayat ini…
” Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan.“(al-Araf:34)
AL-FATIHAH.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pagi 31 Mei 2018 ini menjadi detik paling bersejarah buat penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33 apabila anak bongsunya, Nur Amna Quxandra selamat menjalani pembedahan pemulihan sumbing bibir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang mengambil masa 3 jam.
Rasa bahagia ayah anak empat ini diterjemahkan dalam doa yang indah untuk puteri kecilnya ini. Kata Lan, “Assalammualaikum semua. Saya nak perkenalkan diri saya ini. Nama saya Nur Amna Quxandra. Iya.. Baby Xandra yang kiut miut sebelum ini tu. Sekarang pun kiut miut lagi tau.”
Begitu juga isteri Lan, Nur Sheila Hassim turut berkongsi rasa bahagia yang sama. Tulisnya, “Arrival of NEW – Baby Xandra. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar. Hampir 3 jam bertarung. Finally Xandra hadir dengan wajah baru.”
“Terima kasih kepada semua yang sama-sama mendoakan Xandra. Pembedahan berjalan dengan lancar dan tiada kompilkasi berat. Video ini mommy ambil masa Xandra masih di recovery dan belum sedar sepenuhnya.
“Sejuk hati dan tenang je tengok muka dia bila keluar dari dewan bedah. Alhamdulillah, Ramadhan terindah 2018.” Luah ibu kepada Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan baby Xandra.
Pembedahan Baby Xandra dilakukan pada jam 8 pagi tadi dan berakhir dengan jayanya. Kata pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 4 ini pembedahan anaknya itu merupakan satu pengalaman baru buat mereka sekeluarga.
Dan malam sebelum pembedahan Baby Xandra perlu berpuasa. Ketika di wadkan sudah pastilah ia memberi cabaran yang besar untuk kedua ibu bapa ini apabila anak kecilnya terpaksa berpuasa.
“Mommy kecundang! 3 jam Xandra nangis non stop sebab lapar. Strong mommy.. strong! Sikit je lagi ini.” luah Sheila semasa menjaga anaknya semalaman sebelum pembedahan dilakukan. Sememangnya tugasan ini amat berat buat mana-mana ibu pun, alhamdulillah pasangan ini berjaya juga mengharungi ujian Ramadhan ini dengan jayanya.
Selepas ini, cabaran menjaga Baby Xandra pula. Apa pun Mingguan Wanita mendoakan semoga Baby Xandra mudah dijaga malah Lan serta Sheila diberi kekuatan berganda-ganda untuk menjaga Baby Xandra dalam proses pemulihannya nanti.
Baby Xandra ini sebenarnya disayang ramai uncle dan untie yang satu industri dengan ayahnya, Lan Solo. Kiriman doa rakan-rakan artis ini juga memberi kekuatan bukan saja untuk Baby Xandra malah kedua ibu dan ayahnya. Antaranya, Almy Nadia, Nabil Ahmad, Siti Nordiana, Liza Hanim, Syura Badron. Khai & Rosma dan Jihan Muse.