Golongan pondan atau mak nyah, sebenarnya mempunyai peluang untuk berubah dan kembali kepada fitrah. Meskipun sukar, bertaubatlah dan berusahalah melawan naluri ‘kewanitaan’ tersebut.
Siapa sangka lebih 30 tahun menjadi mak nyah, lelaki ini insaf dan tekad untuk berubah.Berikut perkongsian pengalaman hidup beliau, semoga menjadi pengajaran dan panduan golongan ini.
“Ya Allah.. kembalikanlah nafsuku sebagai lelaki. Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah…”
Demikian rintihan hati seorang bekas mak nyah setiap kali selepas menunaikan solat.Menurut Jefferi Mohd Nor, 53, dia benar-benar menyesal kerana terjebak kancah seks songsang selepas menjadi pondan akibat terlalu mengikut nafsu serta taksub kepada naluri menjadi wanita, suatu masa dulu.
“Saya sudah dua kali menunaikan ibadah Umrah. Muhasabah diri dan menguatkan iman kerana saya sudah insaf.
“Buat masa ini, saya tidak ada naluri seksual terhadap wanita, tetapi tidak bermakna fungsi alat kelamin saya sudah mati.
“Sekarang saya tidak tahu bagaimana untuk mencari naluri lelaki itu. Ya Allah, kau matikanlah nafsu pondan aku ini,” ujar Jefferi yang dahulunya adalah seorang guru.
‘Dinodai’ Lelaki Usia 5 Tahun
Mengimbas kembali sejarah dia terjebak menjadi pondan, Jefferi berkata, segala-galanya bermula selepas dia ‘dinodai’ seorang lelaki yang juga jirannya pada usia lima tahun.Akibat terangsang, dia menjadi ketagih seks songsang sejak kecil, lalu kemudian memiliki naluri menjadi wanita. Bagi kelihatan cantik, Jefferi membuat pembedahan plastik dan membuat implan silikon pada payudara.
Ads
Di penghujung usianya kini, Jefferi kembali ke pangkal jalan sebagai seorang lelaki, sejak dua tahun lalu bagaimanapun masih mencari kekuatan untuk menjadi lelaki sejati.
“Apa jalan untuk saya kembalikan nafsu lelaki ini, Saya dah puas cari jalan mengembalikan nafsu lelaki saya.Jika ada orang pandai mengubati saya, tolonglah,” kata Jefferi.
Pondan Boleh Berubah
Tegasnya, dengan apa dialaminya itu membuktikan bahawa seseorang pondan sebenarnya boleh kembali normal selagi ada kemahuan.Dia membantah keras, jika ada tanggapan mengatakan perasaan pondan akan selamanya terkurung dalam naluri wanita.
“Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kehendak nafsu pondan itu sudah beransur hilang dalam diri saya. Kini, saya mahu kembali menjadi lelaki dan berhasrat mencari isteri yang normal,” katanya yang bersyukur kerana tidak sempat membuang alat kelaminnya.
Ketika itu dia mahu melarikan diri bersama ‘teman lelaki’ warga Amerika Syarikat ke London bagaimanapun hasratnya itu terhalang kerana ibunya.
Ads
“Syukur kerana ketika itu saya tidak mampu untuk meninggalkan mak, lalu saya membatalkan hasrat pembedahan itu,” ujar Jefferi.
Jiwa Memberontak Cari Kebahagiaan Sejati
Selama menjadi pondan, Jefferi mengakui dia sedar perbuatannya itu berdosa besar namun dia tetap mengikut kata hati sehinggalah jiwanya memberontak mempersoalkan erti kebahagiaan sejati.
“Saya tidak bahagia, bagaimana saya nak bertemu Allah nanti. Apatah lagi ibu saya kemudian meninggal dunia sembilan tahun lalu.
Ads
“Oleh itu saya tekad, pada Ogos dua tahun lalu saya membuang implan silikon payudara di Thailand dan meninggalkan lelaki yang saya anggap sebagai ‘suami’ selepas 30 tahun kami bersama. Biarpun tiga anak angkat saya terkejut, namun saya tekad,”
“Saya tidak mahu lagi terjebak seks songsang dengan menjadi pondan,” luah Jefferi.
Nasihat Buat Golongan Pondan
Pada masa sama dia menasihati golongan mak nyah yang ingin bertaubat, supaya kembali kepada asas agama iaitu menunaikan solat lima waktu dan terus menjauhi golongan pondan.
“Saya memang tidak berkawan dengan golongan pondan lagi. Mana-mana pondan kalau nak baik, tolong elak berkawan pondan.Jika masih berkawan memang susah nak berubah kerana pondan ini sentiasa menyediakan habuan seks. Jadi susah kita nak berubah. Jika nak insaf, tinggalkanlah semuanya,” nasihat Jefferi.
Mengenai isu LGBT, Jefferi berkata, kerajaan tidak perlu melayan apa jua permintaan komuniti mak nyah kerana dalam Islam perkara yang haram tetap haram.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Buat golongan pondan atau mak nyah masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan selagi mempunyai tekad untuk berubah.Bertaubatlah.
Kasih ibu tiada gantinya, siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang meninggal dunia. Begitu juga yang dirasakan oleh pengacara dan penyampai radio Era, Radin.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Radin kelihatan begitu sedih apabila buat pertama kali menyambut hari ulang tahun kelahiran tanpa ibunya yang baru sahaja meninggal dunia pada 18 Februari lalu.
Kenangan bersama arwah ibu tercinta.
Radin Tak Dapat Lagi Raikan Ulang Tahun Bersama Arwah Ibu Tercinta
Pemilik nama sebenar, Radin Amir Affendy, mengakui sambutan hadi jadinya yang ke-31 pada 15 Mac lalu, adalah yang paling sedih dalam hidupnya.
“Hari ini 15 Mac, hari lahir saya yang ke-31 dan adalah hari lahir paling sedih sepanjang hidup saya bila tak dapat wish and celebrate dengan mama seperti tahun-tahun sebelum ni.
“Ustaz pernah cakap, bila kita hilang mak, bukan jasadnya sahaja kita hilang tapi juga doa seorang ibu.
“Rezeki saya hari ini adalah berkat dari doa mama selama ini,” kongsinya.
Allah Berikan Saya Rezeki, Sokongan Kuat Dari Sahabat-Sahabat
“Alhamdulillah, walaupun jauh dengan famili, Allah berikan saya rezeki yang cukup bermakna bila dapat ‘support system’ yang kuat dan sahabat-sahabat yang boleh dianggap sebagai family.
“Terima kasih untuk segala kejutan dan doa untuk saya, di hari lahir saya tahun ini. Allah sayang semua,” ungkap Radin yang juga begitu sukar menerima kenyataan pemergian arwah ibunya, Feridah Hashim sebulan lalu, dia percaya itu adalah aturan terbaik dari-NYA.
“Allah Lebih Sayangkan Mama”
“Tanggal 18 Feb adalah hari paling sayu dan sedih untuk saya setelah pemergian bonda tercinta, Allahyarham Feridah Hashim yang telah berjuang selama 37 tahun sebagai ‘lung failure survivor’.
“Namun Allah lebih sayangkan mama dan nak berikan mama rehat setelah apa yang mama tanggung selama ini.
“Jujur hati ini, sebagai seorang anak memang susah untuk menerima kenyataan dengan apa yang berlaku, namun ketentuan ini adalah aturan terbaik dari-NYA untuk arwah.
“Tuhan Saja Yang Tahu Apa Yang Saya Rasakan”
“Apa yang tinggal hanya kenangan dan pastinya nasihat yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.
“Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasa selama ini bila kena bekerja untuk hiburkan orang lain serta gelak ketawa demi menggembirakan orang lain sedangkan hati sayu dan sedih. Sakit sangat. Apa-apapun ini adalah ketentuan Allah yang terbaik buat mama,” katanya.
errafazira
Alfatihah buat arwah mama.. moga arwah tenang dan damai dsana.. dtempatkan bersama hamba Allah yg solehah . Amiiinnn. And buatmu adikku.. selamat ulangtahun yg ke 31.. moga seluruh hidupmu dlm keberkatan dan dilindungi dr segala musibah dan permasalahan dlm kehidupan.. n most of all moga kebahagiaan dan ketenangan menjadi milikmu.. take care always .. anuarzain70
Happy Birthday Brother Radin. Semoga ALLAH SWT kurniakan rahmat, barakah & keimanan yang kukuh buat Mu. Semoga ALLAH SWT angkat kesedihan Mu & dikurniakan kegembiraan didunia & diakhirat.. Aamiin Yaa Rabb bellaastillah
Sama lah birthday kita! Happy Birthday Radinn. elfiraloy
Happy Birthdayyy Radin! belladally
Happy Birthday Radin! azrinazmazharhakim
Happy Birthday Radin!! its must be hard for you to celebrate without ur mom.. stay strong rozitachewan1
@radin_era Happy Birthday Radin , semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt farahdhiya_fd
Happy birthday Radin.Semoga terus kuat utk lalui dugaan-Nya dan Semoga yg baik2 sahaja untuk u.God bless.
Tergamak seorang ayah yang sepatutnya menjadi pelindung, namun mendera anak sendiri sehingga maut malah selamba menanam mayat anak sendiri di tepi jalan untuk menutup jenayah yang dilakukan.
Seorang bapa ditahan kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia sebelum menanam mayat kanak-kanak itu berhampiran sebuah tempat riadah, di sini bagi menyembunyikan perbuatannya, semalam.
Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas polis menerima aduan isteri suspek pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun didera oleh suaminya.
Anak Keadaan Lemah & Keluar Darah
Isteri suspek yang juga seorang warga asing berusia 41 tahun membuat laporan selepas mendapati anak yang berusia sembilan tahun dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulutnya sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku di kediaman keluarga itu di Jalan Pudu di sini, dan pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa suaminya ada memukul anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.
Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis bersama pengadu ke rumah suspek untuk mengambil anaknya yang ditinggalkan namun anak serta suaminya tiada di rumah.
Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Pasar Pudu di sini, semalam.
Mengaku Tanam Mayat Anak Tepi Jalan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya,, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini.
Suspek kini direman tujuh hari dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Noor Dellhan meminta orang ramai terutama ahli keluarga atau jiran supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang kes dera yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau jiran masing-masing.
Chef kongsi pengalaman beli laksa paling sedih, kuah cair dan kelihatan seperti bihun sup. Tak semua peniaga layak meniaga tambah-tambah lagi jika kualiti dan rasa makanan tidak diambil kira. Biasa pelanggan mengeluarkan duit untuk mendapatkan rasa yang sedap, sesuai dengan harga dikeluarkannya.
Tapi malangnya, ada peniaga cuba mengaut keuntungan tambahan pula jika lokasi perniagaan mereka itu terletak di kawasan strategik dan sentiasa dikunjungi ramai khsusunya di taman awam.
Chef Kongsi Pengalaman Beli “Laksa Paling Sedih”
Pengalaman seorang wanita dikenali sebagai Cheffieza88 di Tik Toknya membeli laksa di Padang Kota, Pulau Pinang semasa event dengan harga RM10.
Malangnya laksa itu kelihatan seperti bihun sup kerana agak cair dan tak serupa laksa yang biasanya dipenuhi kuah ikan.
“Rasanya inilah laksa paling sedih aku jumpa. Dengan perut lapar tak makan dari pagi. Dalam banyak makanan dijual, rasa nak beli laksa. Tapi bila beli dengan harga RM10, tengok cair semacam. Dah serupa bihun sup saja.
Berbeza dengan laksa yang biasanya dipenuhi isi ikan yang direbus, ternyata inilah laksa yang paling sedih kelihatan. Apa pun buat para peniaga, berniaga biarlah ikhlas.
Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menu mudah yang sedap. Ramadan semakin mendekati puncaknya. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkahan!Berbuka puasa hari ke-16, mak-mak nak masak menu apa tu? Jom...