Mudah je rupanya mak-mak boleh buat ‘pizza’ segera. Tak perlu susah-susah nak uli doh pizza, guna wraps pun boleh! Menariknya, sesuai untuk hidangan minum petang mahupun sarapan pagi, dan pastinya amat mengenyangkan.Pastinya lebih puas hati sebab boleh letak dan pilih topping sendiri. Hanya perlu sapu sos, tabur toppings, gulung, susun dan bakar!
Berikut perkongsian cara nak buat pizza segera ini oleh Puan Suzi Yanti Md Hane sebagai panduan;
“Yang inginkan kelainan menikmati pizza. Boleh Cuba ye. Letak sos, Pepperoni,Mozarella cheese, Gulung, Susun dalam dulang dan bakar.Sedapppp Sangat.Hidangkan dengan sos Cili kegemaran anda.”
Bila jadi mak-mak, tahap risaukan keselamatan dan keadaan anak adalah perkara biasa.Lebih-lebih lagi anak yang masih bayi, belum pandai bercakap mahupun mengadu dan hanya tahu menangis.Bukan apa, sementara anak-anak tidur, itulah waktunya mak-mak, kena cepat-cepat buat kerja, baik memasak, mengemas, mencuci, menyapu dan sebagainya.Tak keruan jiwa jadinya, bila buat kerja rumah, fikirkan keadaan anak dalam bilik yang sedang tidur. Dah terjaga ke? terjatuh ke? menangis ke.
Sebenarnya zaman teknologi sekarang ni, macam-macam aplikasi yang mak-mak boleh cuba. Menerusi perkongsian ibu muda Puan Nurul Wafa, dia kongsikan aplikasi #BabyCam yang digunakan untuk memantau pergerakan bayinya sewaktu sedang tidur didalam bilik.
Menariknya aplikasi ini boleh mengesan bayi telah terjaga, suara bayi menangis serta, boleh berkomunikasi terus dengan anak untuk menenangkan mereka.
“Simptom mak-mak bila buat kerja didapur terngiang-ngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur. Terpaksa lah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan handphone pun memang ada 2.”
“Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab apps ni ada noise (bising) & cry recognition (menangis). Jadi boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air.
**2nd device yang mommy guna takde active simcard pun.Just connect dengan hotspot 1st device.
1st device setup as Baby Station. 2nd device setup as Parent Device.
Kena pair kedua-dua device tadi.
Now, Afeeya tengah tidur dengan lena nya.Mommy nak pergi makan dengan tenang.
Noise detected.
Biasa bila terjaga dari tidur Afeeya tak terus menangis. Dia akan panggil-panggil mommy dulu. Bila mommy tak muncul-muncul baru dia menangis.
Menangis dah dia.Sementara nak sampai ke bilik tu boleh on microphone untuk bagi dia dengar suara kita supaya dia lebih tenang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Jadi buat mak-mak yang tiada pembantu serta risaukan keadaan anak kecil di rumah ketika ditinggalkan seketika sebab nak buat kerja-kerja rumah, boleh lah cuba aplikasi ini.Semoga ia membantu.
Caranya mudah malah kedua-dua makanan ini akan membantu mudahkan kerja mak-mak terutama yang nak jalan jauh, balik kampung atau bercuti.
Perkongsian menarik ini disediakan oleh Puan Mielaqaseh Cintahatiuntuk anak perempuannya yang ketika itu berusia 6 bulan ++.
Resepi serbuk ayam homemade ini diperoleh dari grup Geng Memasak Untuk Anak Baby Food (6-24 months old). Ini kali pertama ibu ini membuatnya dan dikongsikan dengan detail untuk manfaat semua.
“Serbuk ayam ini 1st time buat. Tengok dalam group. Mudah untuk travel. Masak bubur dan taburkan saja.”
Tarikh buat : 4 May 2018 dan selepas 11 minggu serbuk ayam homemade masih elok.
Sukatan : Saya buat dalam 3 cawan isi ayam.
Cara simpan : Simpan dalam bekas atau balang yang kedap udara. Masukkan dalam peti sejuk.
Bila anak masuk 8 bulan : Cara buat serbuk ayam masih sama. Cuma tambahkan dengan halia dan bawang sampai kering air. Carik-carik isi dia, sangai dengan api kecil dalam kuali dan kisar.
Rebus isi ayam hingga kering air.
*Kalau dah rebus mudah nak carik. Saya carik dengan sudo saja. Tak payah halus sangat nanti masa disangai ia akan kering dan mudah halus.
Sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Dan betul-betul kering air. Kemudian dikisar.
*Saya rebus hingga kering sedikit air dalam periuk. Sangai dalam kuali. Jadi air rebusan tak dibuang langsung. Sangai guna api kecil saja. Sampai jadi kuning dan ringan. Memang kena sabar.
Hasil yang telah dikisar.
Cuci ikan bilis. Tak perlu direbus. Cuma rendamkan saja untuk buang masin garam. Sangai dan kisar.
Ibu ini sediakan bahan-bahan bubur nasi dengan cara yang unik untuk anaknya, Qaseh ketika pulang ke kampung.
“Gigih mama isi dalam plastik aiskrim tu beras, sayur-sayur, kurma, bilis dan singo pear yang telah dicuci bersih dan dipotong-potong.”
“Nanti patahkan je macam aiskrim pop tu. Kemudian, masuk dalam mini cooker tu. Biarkan je dan boleh buat kerja lain.”
“Bila dah masak taburkan serbuk ayam/serbuk bilis yang mama buat, Kisar.”
Tambahnya lagi, cara ini lebih jimat sebab tak perlu nak potong-potong sayur, rendam beras yang bakal ambil masa untuk penyediaannya.
“Anak saya Qaseh sejenis yang tak suka bubur yang dipanaskan semula. Itu yang kena sediakan fresh fresh. Cuma jenuh sikit lah nak masukkan dalam plastik aiskrim tu. Pasal kecil plastiknya. Kalau ada idea yang lagi bagus konsep sama, bagus juga dikongsi.”
Jumlah stok : Seperti dalam gambar, stok yang disediakan untuk bekalan anak selama 11 hari di kampung. Sayur tetap segar.
Mak selesai masukkan beras mentah, sayuran dan sedikit air. Simpan dalam peti beku. Bila nak berjalan baru keluarkan.
On the way tu saya letak dalam kereta. Tak letak dekat bonet kereta. Perjalanan saya ambil masa 3 ke 4 jam. Bubur masih ok lagi. Sampai kampung masih beku. Alhamdulillah berair sikit saja.
Jika perjalanan jauh apa yang boleh dicadangkan, masukkan dalam bekas ais dan letak bersamanya ais beku. Insyaallah tahan.
Letak air dalam bekas bawah periuk tu. Nanti akan panas dan menggelegak. Bekas stainless stell yang kat tengah-tengah untuk bubur kita tu. Macam kukuslah juga konsepnya.
Mini cooker ini akan off sendiri. Mudahkan.. jadi mak bolehlah buat kerja lain.
Katanya lagi, mini cooker ini dibeli di Shoppe pada harga RM39.90. “Masak dalam mini cooker selama 15 minit, ia bergantung juga pada kuantiti bubur kita.”
Kalau tiada mini cooker, mak-mak boleh masak saja bubur dalam periuk atau alatan memasak yang ada di rumah yang kita duduk itu.
Kehilangan anak dan isteri dalam masa terdekat, satu berita yang perit untuk diterima penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman. Tika ini, tentulah memori bersama arwah menemani dalam setiap langkah dan doa suami ini.
Begitu pun hati manusia, tetap rapuh untuk menerima ujian kehilangan dariNya. Redha itu pasti, kerana itulah sandaran kekuatan hati.
Sebagaimana yang dikongsikan Mohd Kaharuddin beliau meluahkan perasaan sebak selepas isterinya, meninggal dunia dua hari yang lalu selepas melahirkan anak mereka.
Sebelum pemergian arwah isterinya, suami ini baru saja kehilangan anaknya yang baru dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.
Di laman instagram milik Mohd Kaharuddin, beliau meluahkan perasaan rindu yang tak berpenghujung kepada dua insan kesayangannya.
“Saya reda.. Yang penting awak bahagia bersama Sumayyah.”
“Rindu! Pejam mata nampak awak, bukak mata nampak awak. Tengok anak nampak awak. Makan nampak awak.”
“Rindu yang tiada penghujungnya.. Subhanallah. Di saat anak baru lelapkan mata. Di saat itulah terlalu rindukanmu sayang. Saya reda yang penting awak bahagia kat sana bersama anak kita Sumayyah. Saya harap suatu hari nanti awak pula menjemput saya bersama-sama.”
Dalam mengenang pemergian isteri beliau turut meluahkan perasaan ini. “Awak isteri dan ummi yang hebat!”
Sebagai seorang suami yang menerima takdir dirinya, Mohd Kaharuddin bersyukur kerana dikelilingi insan-insan yang tak putus menasihati dan mendoakannya.
“Terima kasih semua yang memberi nasihat dan doa untuk keluarga kecik saya. Saya tak mampu balasnya. Semoga Allah balas semuanya. Amin.”
Dalam pada itu, Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) memuat naik ucapan takziah kepada Mohd Kaharuddin dalam laman sosial mereka.
“Kami di PFAM amat bersedih dengan dugaan yang dilalui oleh beliau dan mendoakan agar saudara Mohd Kaharuddin tabah dengan dugaan dan ketentuan Allah ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar arwah anak dan isteri beliau diberikan rahmat Allah.”
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.