Bekas mak nyah & pengkid disatukan sebagai suami isteri, kenal 5 hari terus ajak kahwin. Ajal maut ditentukan sejak di luh mahfuz lagi. Manusia itu hanya mampu merancang dan kemudian menyerahkan kepada segala urusan kepada-Nya.
Takdir menyatukan Danny, 40 dan isterinya Nur Azera Fatehah, 22 tahun dua hari lalu dan membuktikan perkongsian pernikahan mereka bukan sekadar content di Tik Toknya @Danny Rich Salon.
Bekas Mak Nyah & Pengkid Disatukan Sebagai Suami Isteri
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Nur Azera atau Yan mengakui sebelum perkahwinan ini terjadi, dirinya sering berdoa diberikan hidayah dan dipertemukan dan dipertemukan jodoh dengan lelaki yang tepat.
“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan semoga saya terus istiqamah tak kembali ke ‘dunia’ yang lalu,” luah Nur Azera Fatehah Abdullah berpewatakan seperti lelaki sebelum ini yang baru diijabkabulkan dengan lelaki pilihan dikenali sebagai Danny atau nama sebenarnya Adam, 15 Julai lalu.
Nur Azera Fatehah, 22, dan Danny, 40, sepakat untuk mendirikan rumah tangga selepas lima hari berkenalan.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor di sini, pada 9 pagi.
Bagaimanapun, dia kembali kepada fitrah sekali gus menerima lamaran suaminya walaupun hanya selepas lima hari mengenali hati budi masing-masing.
Ads
“Saya tak pernah menyangka akan kahwin secepat ini, malah keluarga pun terkejut.
“Ini yang dinamakan jodoh dan dalam tempoh lima hari berkenalan, saya cuba terima suami dan nampak dia seorang lelaki yang penyabar.
“Disebabkan sikap dan perwatakannya itu yang membuatkan saya terpikat seterusnya terima lamarannya.
“Sudah ditakdirkan ini jalan Allah SWT tetapkan dan saya terima, malah akan bercinta dengan dia (suami) selepas kahwin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sementara itu, Danny, 40, yang juga pemilik salon menganggap pertemuan dan jodohnya dengan Nur Azera Fatehah sebagai ketentuan Ilahi walaupun tempoh perkenalan mereka sangat singkat.
“Saya selalu buat ‘live’ (siaran langsung) di TikTok dan isteri selalu tengok. Pada satu hari, saya terbaca komennya yang ajak saya minum.
Ads
“Jadi, kami pun berjumpa di sebuah restoran dan pada waktu itu, baru saya tahu isteri rupanya pengkid (ketika itu) tetapi saya okay saja dan anggap macam kawan.
“Saya ingat lagi isteri ada katakan saya ‘cantik’ dan boleh buat orang jatuh cinta. Masuk hari kelima, saya ajak dia kahwin dan keinginan itu seperti satu jentikan di hati.
“Tak tahu nak gambarkan macam mana tapi itulah kuasa Allah SWT dan lamaran saya diterima apabila isteri bersetuju cuma keluarga saja terkejut kerana tak sangka tetapi merestui hubungan kami,” katanya.
Danny mengakui ada segelintir netizen melemparkan tuduhan hubungannya dengan Nur Azera Fatehah sekadar satu taktiknya untuk meraih perhatian.
“Ada yang kata ia sekadar satu ‘content’ (bahan perkongsian) dan cara saya nak buat pemasaran sedangkan saya tiada pun perniagaan dalam talian.
“Lagipun, laman sosial ibarat album untuk saya berkongsi sebahagian kisah hidup dan berseronok tetapi saya faham, tak semua suka dan pasti ada yang mengecam,” katanya yang menerima setiap kecaman dengan lapang dada.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Motosikal Yamaha fz 150i ditunggang rider suami isteri ini membelah jalan raya, meluncur laju dari Kuala Lumpur menghala ke Parit 11 Sungai Panjang.
Hari itu pemandunya, Mohamad Dinibilal Bin Sabri, 23 dan isteri, Fatihin Binti Sobani, 23 perlu menyelesaikan siri penjelajahan ‘Ride With Love’ menawan 11 hentian demi misi Jalan-jalan Cari Makan.
Hmmm.. boleh juga dikatakan jalan-jalan menyuburkan cinta. Sebabnya, pasangan suami isteri ini baru saja melangsungkan perkahwinan 23 Disember yang lalu.
Kembara bermotosikal dengan isteri, Jadi satu hobi yang mengasyikkan. 2 Februari bermulalah perjalanan panjang untuk rider suami isteri ini. Menawan 11 mukim yang ditandakan di bawah ini.
Parit 11 sungai panjang- Jeti Ulu Bernam (Sepong) – Kg Asli Aerong- Felda Besout – Sungkai – Kuala Bikam – Teluk Intan – Bagan Datuk – Sabak Bernam – Bagan Nakhoda omar(BNO) – Bagan Terap.
Layan Offroad/Shortcut Ke Nasi Bamboo Sungkai
Menurut suami isteri yang bekerja sebagai Guru Agama di Wilayah Persekutuan ini “Bila saja ada masa terluang, saya akan ride bawa isteri dan perkenalkan tempat dan makan yang menarik ke pada rakan-rakan di media sosial.”
“Untuk ride kali ini, saya cadangkan penunggang motor Sungai Besar dan sekitarnya yang nak merasa layan offroad dan shortcut untuk ke Nasi Bamboo Sungkai, boleh guna laluan masuk melalui Ulu Bernam.
“Dapatlah nanti merasa naik feri sekejap. Route dan viewnya terbaik dalam itu. Akan lalu estet. Estimate ride dalam estet lebih kurang 30 minit saja. Bergantung pada kelajuan dan pemanduan.
Selesai makan, teruskan jelajah ke tempat makan marvellous di sekitar Teluk Intan dan Bagan Datuk.
-D’Tepian Sungai ( Udang galah fresh & besar-besar) buka petang.. tak dapat merasa sebab datang jam 1 tengahari
-Restoran Gulam Rasul(ayam sedap)
-Mee rebus Mastan Ghani
-Nasi Lambai
-Kari Manaf
Dan banyak lagi
Wajib Bawa Isteri Sekali Dalam Setiap Kembara
Biasanya rancangan ride bersama isteri dilakukan pada hujung minggu, jika berkelapangan. Kami ride ke tempat-tempat dalam Malaysia saja.
“Asalnya, saya ini ada ramai kenalan yang overlander ke serata negara. Melihat mereka mengembara dengan motosikal membuatkan saya mula berminat nak ikut jejak.
“Cuma kelainan saya, setiap kembara pasti saya bawa isteri sekali. Kembara dengan motor ini pengalamannya cukup mencabar diri, ketahanan mental dan fizikal.
“Dalam masa yang sama is mengeratkan hubungan kami suami isteri. Lebih seronok, penunggang motosikal ini lebih bebas.
“Nak berhenti dekat mana-mana, bila-bila masa pun boleh. Kita yang tentukan semuanya.
“Lagi seronok, dapat masuk ek pedalaman ceruk-ceruk kampung yang mana kereta tak boleh nak masuk. Nanti akan dapat lihat view yang sangat menarik yang jarang dapat kita lihat.”
Impiannya Mahu Rider Ke Tanah Suci Makkah
Kata Dinibilal lagi, idea dan minatnya dalam dunia riding ini dah bermula sejak kecil lagi.
“Saya mula menaiki motor seawal usia darjah 2 lagi. Dan saya menanam cita-cita untuk mengembara dengan motosikal ke seluruh dunia bersama isteri jika diizinkanNya.
“Ride ke Tanah Suci Makkah adalah cita cita utama saya.”
MW doakan impian saudara Dinibilal ini akan dimakbulkan Allah dan dipermudahkan laluan untuknya mencapai impiannya itu.
“Pemasangan lampu isyarat jadi sia-sia.” Pemandu di Thailand tidak berhenti, walaupun lampu merah.
Susah betul, kalau macam tu. Apa gunanya pasang lampu isyarat kalau tak digunakan dengan betul.
Pemasangan Lampu Isyarat Jadi Sia-Sia
Setiausaha Agung Majlis Perubatan Thailand menggesa kerajaan supaya melaksanakan kempen mendidik pemandu tentang kewajiban untuk berhenti semasa lampu isyarat merah dan di lintasan pejalan kaki atau lintasan zebra, lapor laman berita The Thaiger semalam.
Dalam catatan di halaman Facebooknya, Ittaporn Kanacharoen berkata, pemandu perlu diajar tentang hak pejalan kaki di lintasan zebra dan peraturan lampu isyarat.
Pemandu Di Thailand Tidak Berhenti
“Pemasangan lampu isyarat menjadi sia-sia sekiranya pemandu tidak dididik untuk berhenti semasa lampu merah,” katanya.
Terdahulu, perancangan sedang dilakukan untuk menjadikan lintasan zebra di bandar raya itu lebih selamat susulan kes kemalangan ngeri melibatkan pakar oftalmologi, Dr Waraluck Supawatjariyakul.
Mangsa maut dilanggar seorang anggota polis yang di luar waktu bertugas. Anggota berkenaan menaiki motosikal yang dipandu laju dan melanggar mangsa ketika dia menggunakan lintasan pejalan kaki.
Walaupun Lampu Merah
Kematian Waraluck mencetuskan perdebatan hebat di media sosial dan menggerakkan inisiatif kerajaan untuk memasang lampu isyarat pejalan kaki di persimpangan Jalan Phaya Thai.
Menurut laporan portal berita Thai PBS World, kerja pemasangan dijangka siap dalam masa seminggu dan selepas itu, lampu isyarat tersebut akan diuji sebelum mula beroperasi.
Kamera berteknologi kepintaran buatan (AI) juga akan dipasang pada peringkat seterusnya untuk mengesan pemandu yang gagal berhenti di lintasan pejalan kaki dan persimpangan lampu isyarat. – Agensi
Selepas nekad mengambil tindakan drastik tinggalkan dunia seni, aktres Bollywood, Sana Khan umum bernikah dengan ulama, Mufti Anas.
Rupanya selepas penghijrahannya, Sana Khan sedang mengatur langkah lebih baik dengan mendekatkan diri dengan Allah. Pernikahannya dengan seorang lelaki yang kuat agama tentu lagi memberi kebahagiaan buat Sana Khan.
Sana Khan Umum Bernikah Dengan Ulama
Aktres Bollywood yang pernah muncul dalam filem Jai Ho, Sana Khan mengejutkan semua orang dengan berita pernikahannya dengan seorang ulama, Mufti Anas yang berasal dari Surat, Gujarat.
Tidak lama selepas itu, gambar dan video perkahwinan mereka menjadi viral di media sosial. Sana Khan berkongsi gambar pertama dengan suaminya di media sosial akhirnya menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Dia kelihatan berpakaian pengantin berwarna merah dan gambar itu menjadi viral.
Nama Sana Berubah Selepas Nikah Ulama
Sementara itu, nama Sana telah berubah selepas rasmi berkahwin dengan Mufti Anas.
Sekiranya peminat mengunjungi akaun Instagramnya sekarang, mereka akan melihat nama ‘Saiyed Sana Khan’ muncul di biografinya. Ada sumber mengatakan pasangan itu dikatakan telah bernikah pada 20 November 2020.
Ini bukan kali pertama Sana Khan menjadi berita utama di media. Pada bulan lalu, dia telah mengumumkan untuk mengundur dari dari industri hiburan.
Dia berkongsi sebuah penulisan panjang di Instagram dan mengungkapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan dan mahu menjalani kehidupan yang baru.
Dan sekarang, dia sudah siap untuk memulakan kehidupan baru bergelar isteri dan berbahagia dengan suaminya.
MW: Ternyata hidayah itu milik Allah, siapa sangka Sana Khan yang mengambil Tindakan drastik meninggalkan dunia glamor kini disatukan dengan lelaki yang membimbing dirinya ke jalan Allah. Semoga berbahagia Sana Khan.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...