Sengaja pakai pelik undang perhatian orang, Dr Kamilin nasihat artis ancaman “berpakaian syuhrah”. Fitrah wanita suka kepada kecantikan. Tidak salah untuk tampil cantik tapi mestilah mengikut syariat ditetapkan agama.
Berpakaian sopan menutup aurat, tidak tampil berbeza dari orang lain kerana Islam mengajar kita bersederhana dan tidak terjerumus kepada kesombongan.
Sengaja Pakai Pelik Undang Perhatian Orang
Menurut Dr Kamilin Jamilin yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia menjelaskan ancaman berpakaian syuhrah dan kesan diterima di akhirat yang mana azabnya sangat pedih di mana di hari akhirat, Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.
Menurutnya, penampilan pelik di umum adalah dilarang sama sekali oleh islam.
“Kadang ada artis atau selebriti yang seakan sengaja berpakaian pelik. Walau tak mendedahkan aurat tapi pakaian semacam ini tetap salah. Sebab ia termasuk “libas al syuhrah”, pakaian pelik yang tersangat mengundang perhatian.
“Sebab apa” Boleh jadi sebab pembaziran, boleh jadi juga sebab Islam nak sangat menjaga umatnya dari sifat riak. Riak ini sifat yang suka menunjuk-nunjuk, nak bagi orang tengok kitakan.
“Riak ini muncul bila masa kita rasa lebih hebat, lebih unik daripada orang lain. Bila kita biasa mengundang perhatian atau tumpuan orang ramai lebih susah untuk kita jaga hati,” katanya dalam satu video dikongsikannya.
Ads
Dr Kamilin Nasihat Artis Ancaman “Berpakaian Syuhrah”
Dalam pada itu, Dr Kamilin yang juga Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis termuda memaklumkan, walau kita mengatakan kita tidak riak tapi Islam cuba tegah daripada benda tersebut terjadi.
“Sebab sifat-sifat begitu boleh menghalang kita daripada masuk syurga dan balasannya di akhirat pun sangat berat.
Dalam hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Nabi SAW bersabda:-
“Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Ibnu Majah, no. 2922. Syaikh Al-Albani mengatakan hadis ini hasan).
Dalam pada itu, Dr Kamilin menyeru kepada sahabat-sahabat dalam dunia hiburan, artis dan fesyen, jauhilah daripada rekaan-rekaan yang mengundang kepada pakaian syuhrah ini.
“Tak semestinya pakaian itu kena gah atau mewah baru jadi syuhrah. Yang penting jangan bagi nampak pelik sangatlah. Lain daripada orang lain sampai mengundang sensasi atau perhatian disebabkan keanehannya. Kalau kat majlis tu, biasanya orang pakai biasa-biasa, jangan pula datang pakai berlian atas bawah, menyonglap sampai satu dewan tengok lain macam.
“Islam suka bersederhana dan saya pula sekadar menyampaikan pesanan Nabi kita. Mungkin ramai di luar sana yang tak tahu. Bila dah tahu, boleh berhati-hati,”katanya mengakhiri videonya.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, setelah berkahwin pelbagai nama panggilan diberikan buat pasangan. Ada suami yang selesa panggil isteri dengan nama ‘Ibu, Mama, Ummi’ dan sebagainya. Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat ia tak wajar dan boleh dikaitkan jatuh hukum Zihar.
Untuk penjelasan lanjut, jemput fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti daripada rancangan Pencetus Ummah, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali PU Azman hukum berkaitan isu ini di laman instagramnya.
Berikut perkongsian tersebut;
Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahram seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.
Apakah maksud zihar?
Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.
Contoh suami cakap kat isteri, “Punggung awak sama macam punggung mak saya”.
Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.
Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak.
Hukumnya HARAM dan berdosa besar.
Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.
Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.
Sebahagian ulama mengatakan MAKHRUH kerana bimbang sama macam zihar.
Tapi sebahagian ulama lain mengatakan HARUS dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah;
Panggilan kasih sayang.
Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang.
Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.
Kesimpulannya, suami BOLEH panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.
Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.
Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.
MW: Semoga perkongsian ini memberi penjelasan dan pencerahan bagi yang masih keliru dengan panggilan ini. Tiada masalah, hukumnya harus.
Bilik air setiap rumah turut dikaitkan dengan punca rezeki terhalang. Betul ke? Kalau dahulu, bilik air setiap rumah berada di luar rumah. Tidak tahu apa sebabnya dibuat di luar. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Tapi, sekarang ini sudah berubah, rumah pun dah cantik dan tidak dinafikan dalam setiap rumah bukan hanya ada satu bilik air tetapi dua atau tiga, bergantung kepada kebesaran rumah tersebut.
Tak kisah ada berapa banyak sekali pun bilik air dalam rumah, tapi kenalah pastikan sentiasa bersih. Sesetengah orang, bukan setakat bersih tapi pantang bila bilik air terbuka luas. Sebab itu, selepas guna bilik air kenalah tutup semula.
Kita tak tahu, bilik air kotor dan terbuka luas itu boleh menjadi punca rezeki terhalang. Perkongsian ini sangat-sangat berguna untuk kita semua.
Punca Rezeki Terhalang – Bilik Air
PERTAMA
Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.
KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SYAITAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.
Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti di bawah?
TANDAS KOTOR
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?
1. Lantai & Mangkuk Tandas Kotor Kekuningan? 2. Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam? 3. Sinki dalam bilik air berkerak? 4. Bau bilik air anda setaraf tandas awam? 5. PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?
Bila bilik air kotor, Syaitan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.
Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya syaitan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?
1. Syaitan dan jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!
2. SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).
3. BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.
Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
MW: Lepas ini bolehlah tengok bilik air rumah masing-masing. Pastikan bersih dan sentiasa tertutup ye! Semua ini berkait dengan rezeki kita juga.
Terasa susah nak bayar zakat fitrah musim PKP ini, bayar online sahaja lebih senang. Tak perlu beratur dan bahayakan keselamatan, segalanya boleh diselesaikan di hujung jari.
Sebenarnya zakat fitrah ini dibayar mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. Memandangkan tahun ini masing-masing beraya di rumah sendiri, maknanya kenalah ikut lokasi tempat tinggal mak,ayah sekarang.
Tahun ni saya beraya di Bangi Selangor. Maka saya bayar zakat fitrah di Selangor. Bayar zakat fitrah mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. .
.
Jika saya pulang awal seminggu ke kampung saya iaitu Penang. Maka saya akan bayar zakat fitrah di Penang. Tapi sekiranya saya pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Dan saya takut terlepas kesempatan untuk bayar di kampung Penang, maka saya akan bayar siap-siap zakat di Selangor kerana mengambil kira pandangan ihtiyat (berhati-hati). .
.
Terpulang pada negeri masing-masing. Kerana zakat Fitrah sedikit berbeza dengan konsep zakat harta. Kerana zakat harta dilihat pada lokasi di mana harta berada. Sedangkan zakat fitrah melihat di mana kita beraya.
Lebih tepat ialah dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Wallahua’lam.
MW: Walaupun negara dalam tempoh PKP, jangan lupa tunaikan kewajipan mak, ayah menunaikan zakat fitrah. Apatah lagi sekarang ada kemudahan membayar secara online.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!