Maksud bacaan doa akhir tahun & awal tahun baru hijrah, awal muharram tarikh penting buat umat islam.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Maksud Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Baru Hijrah
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi takwim hijrah. Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 1 Muharram 1445H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) mestilah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444H bersamaan 18 Julai 2023 (Selasa). Bagi yang ingin mengetahui maksud doa ini di dalam bahasa Melayu, disertakan maksudnya untuk pengetahuan kita semua.
Ini Maksud Doa Akhir Tahun…
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.
Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.
Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.
Ads
Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Keluarga dan sahabatnya.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung.
Ads
Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Kredit :- Info grafik JAKIM.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila tiba bulan Ramadan, mak-mak adalah orang yang paling beria-ia terutamanya masa bersahur. Sebab memikirkan masakan apa yang boleh menaikkan selera anak-anak yang berpuasa.
Bukan apa, risau kalau anak tak makan masa bersahur, nanti siang hari tak mampu nak bertahan sehingga berbuka. Menu paling anak suka makan dah tentulah nasi goreng dan air milo.
Masa Bersahur, Kenangan Mengusik Jiwa Bulan Ramadan
Inilah yang mak-mak lakukan dan boleh dikatakan turun temurun dari mak-mak kita dulu untuk anak-anaknya. Ramadan inilah membuatkan kita teringat zaman kita masa kecil. Kenangan mengusik jiwa.
Tanpa kita sedar, kerajinan dan berkat mak-mak masak untuk anak-anak masa bersahur inillah ada keberkatannya. Perkongsian dan pengajaran yang boleh kita ambil dari ceramah Ustaz Wadi Anuar ini.
Kenangan mengusik jiwa.
Masa kita kecil-kecl dulu, sampai hari ini masih ingat.
Betapa mak ayah zaman dulu walaupun belajar tak pandai tapi bila datang Ramadan, dia akan buat makanan yang anak dia lalu untuk bersahur.
Apadia paling anak suka, nasi goreng, itulah yang dia buat, bancuh air yang anak lalu, tentulah milo. Itulah paling sedap. Minum sampai habislah.
Ada juga masa kita kecil, sedar-sedar dah ada depan nasi. Rupa-rupanya ayah yang angkat. Berkat rajin orang tua dan berkat amalan sahur yang Nabi ajar.. “Sesungguh waktu itu dan perbuatan bersahur itu ada keberkatan..”
Kalau dilihat dulu dengan sekarang, ada mak ayah berbeza dan jauh dari sunnah. Tak bangun sahur, apatah lagi anak-anak.
Sebab itu, jangan hairan dan pelik kalau ada kelaurga yang tak berkah, bergaduh setiap hari duit tak pernah cukup dan sebagainya.
Bangun sahur kerana di situ ada barakohnya.
Mingguan Wanita : Selagi belum imsak, selagi itulah mak-mak akan ingatkan anak minum air banyak-banyak supaya tak dahaga siang hari. Gitulah kan, perasaan mak-mak pada anak.
Dalam sehari, ada pelbagai perkara yang perlu kita buat. Tidak kiralah seorang isteri, suami, orang bujang atau sesiapa sahaja. Bila difikirkan balik, rasa tidak cukup dengan masa yang ada ini.
Kata sesetengah ilmuan, ‘orang yan tidak cukup masa, adalah orang yang tidak pandai menguruskan masa’. Jadi, jangan main-main. Gunakan masa yang ada dengan perkara yang baik. Insya Allah, dengan pengurusan masa yang baik ini, tidak adalah kita katakan masa tidak cukup.
Sebenarnya, dalam sehari ada 24 jam yang kita boleh lakukan macam-macam perkara. Jika banyak masa digunakan untuk tidur, tentu kita mampu untuk lakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin.
Kena atur masa dengan sebaik mungkin. Mungkin cara yang digunakan oleh Khairul Hakimin Muhammad, boleh kita manfaatkan dan jadikan panduan bersama. Tidak semestinya ikut apa yang dia lakukan. Sekadar rujukan bersama.
Jadual saya setiap hari (mungkin ia akan berubah mengiukut keperluan lain), saya bahagikan hidup saya kepada beberapa bahagian:
Bahagian Peribadi (untuk kuatkan jiwa dan minda)
4.30am – Bangun, bersihkan diri.
4.45am – Urusan peribadi.
5.15am – Membaca dan menulis sampai subuh. Biasanya membaca 80%, menulis 20%.
6.00am – Subuh (atau ikut waktu subuh).
6.15am – Tulis checklist hari tersebut. Tulis kesyukuran hari semalam (lepas baca checklist semalam pasti banyak kesyukuran dipanjatkan).
6.45am – Senaman ringkas.
7.15am – Sarapan (kalau tak berpuasa. Kalau puasa, sahur dalam 5.15am tu).
7.20am – Telefon emak abah di kampung.
Bahagian ke-2, Kerja (Set Up Team Mindset)
7.30am – Saya akan mula hantar mesej ke team.
8.15am – Breakfast meeting dan terus pergi kerja.
6.00pm – Biasanya balik, kalau tak balik sambung kerja.
Bahagian ke-3, Keluarga
8.00pm – tengok anak isteri. Lepak.
9.00pm – duduk tengok kerja semula. Membaca / menulis. Biasanya anak isteri duk kat sebelah atau dalam bilik yang sama. Haha.
10.00pm – live atau zoom dengan DS.
11.00pm – membaca.
Bahagian ke-4, Rehat berkualiti
11.15pm atau 11.30pm – Berusaha untuk tidur.
Kalau terbangun malam, saya akan setkan sekitar 30 minit sahaja untuk berbuat apa-apa, kemudian tidur semula.
Biasanya deep sleep alhamdulillah dan tak penat walau kiraan jam tidur tak berapa cukup.
Ada masa saya terpaksa ikuti kelas dari luar negara dalam 2-3 jam (sekitar 12 malam hingga 3am) ikut waktu negara tersebut. Dan kemudian baru tidur.
Inilah, cara saya susun jadual.
Kita tak ada kuasa, Allah sahaja ada kuasa. Kita berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam.
Mind set kena kuat untuk berjaya. Minta dari Allah, Allah akan beri sesiapa yang berkehendak.
Bismillah!
Semoga bermanfaat
MW: Nak berjaya, kena berusaha lebih kuat. Sekadar, ‘hangat-hangat tahi ayam’ memang tak ke mana pun. Moga hari ini lebih baik daripada semalam.
Setiap bulan kita berkira-kira bila dapat gaji. Kalau boleh nak selesaikan komitmen yang wajib bayar. Selebihnya baru fikir untuk keluarga dan diri sendiri. Kadang-kadang, kita terlupa nak ketepikan untuk mak ayah.
Dalam kita mencari keberkatan pada duit gaji itu, jangan sesekali lupa utnuk berikan pada mak ayah. Mungkin mak ayah tak harapkan tapi sebagai anak, itulah yang patut kita dahulukan.
Tak kisah sedikit atau banyak tapi prioriti kena no satu bagi pada mak ayah bila dapat gaji dari hasil titik peluh kita. Ini antara ulasan yang diberikan oleh Ustaz Wadi Anuar. Moga bermanfaat.
Dalam perkongsian dalam sebuah video di media sosial, antara apa yang dikatakan ialah:
Dalam senarai untuk bayar komitmen bulanan kita, nak bagi kat mak ayah kita letak no 12, no 9. Sedangkan no 1 untuk hutang rumah, kereta, medical kad. Akhir sekali dengan baki RM50 untuk mak ayah.
Rugi dan salah. Kaedah hidup bila dapat gaji, no satu adalah beri pada mak ayah.
Jangan sesekali jadikan prioriti memberi wang bulanan pada mak ayah no 6-7, nescaya Allah akan bagi no 6-7 dalam permintaan kita.
Sesiapa yang menjadikan kepentingan dan keperluan mak ayah yang pertama, Allah akan jadikan dia yang pertama apabila dia memohon pada Allah.
Anak-anak soleh berbakti pada mak ayah sampai kaya. Sedangkan anak yang tidak soleh tunggu sampai kaya baru nak berbakti pada mak ayah.
Mingguan Wanita : Jadikan amalan wajib tiap-tiap bulan. Mak ayah tak minta tapi bila kita berikan setiap bulan, rasa bersalah dan ralatnya. Hati pun tak tenang kan. Wallahu’alam.