Perkahwinan tak dikurniakan anak, warga emas setia jaga isteri sakit di wad & tak lekang panggil sayang. Kebelakangan ini, kita disajikan dengan kisah kesetiaan pasangan suami isteri.

Ada suami yang curang, memilih berkahwin dua kerana soal anak dan tak kurang juga cuba mencontentkan poligami untuk meraih perhatian ramai.

Perkahwinan Tak Dikurniakan Anak

Dalam membina rumahtangga,  setiap pasangan ada “ego” tersendiri. Lebih lagi orang lelaki yang seakan terasa tercabar jika dalam berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak lagi. Menurut kaunselor Haji Hushim yang Mingguan Wanita temuramah, kebanyakan lelaki seronok berpoligami tanpa menyedari isteri mudah alami tekanan perasaan bila mendapat tahu hal ini selain anak-anak alami “childhood trauma” bila bapa mereka berkahwin lain. TONTON VIDEO DI SINI :-

Tapi ada juga lelaki yang kekal setia dan menua bersama walau menyedari perkahwinan tidak dikurniakan rezeki anak.

Satu perkongsian dari seorang jururawat yang berkongsi kisah seorang warga emas yang kekal setia menjaga isteri sakit di wad cukup menyentuh hati.

IKLAN

Warga Emas Setia Jaga Isteri Sakit Di Wad & Tak Lekang Panggil Sayang

Lebih menyentuh hati, pasangan ini tidak dikurniakan anak namun pakcik ini kekal setia berdua bersama isteri dan sentiasa memangggil isterinya dengan panggilan sayang. Tidak saja ada setiap kali waktu melawat tetapi kata-katanya sentiasa sweet setiap kali ingin pulang ke rumah sebaik waktu melawat habis.

@_lynnmj_ Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 #fyp #kasihsampaisyurga ♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Dalam video dikongsikannya, jururawat ini menulis “pakcik & makcik ni takda anak. Tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife dia. Setiap kali habis waktu melawat, mesti salam & cium wife dia. ‘Nanti abang datang lagi sayang”. Sweettt sangat. Sayang hingga akhir waktu.

IKLAN

Benarlah, hidup ini pilihan. Tak kisah ada anak atau tak, kesetiaan itu sangat penting dalam perhubungan. Namun kerana ego, ramai lelaki memilih berkahwin dua demi membuktikan diri mereka anak jantan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nekad Batalkan Pernikahan, Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu & Jadi Perampas Suami Orang

IKLAN

Budak Perempuan 9 Tahun Kes Termuda Lahir Anak Luar Nikah, Mangsa Seksual Abang Sendiri!

Tiga Tahun Nurul Ikhlas Bermadu, JANJI Akan Jaga AMANAH Anak-anak, Suami

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI