Jangan pandang remeh pasal tip beli tayar kereta ya, sebab kebanyakan kes kemalangan di jalan raya biasanya berkait rapat dengan kes tayar pecah.
Ini nak balik raya berjalan jauh, lagilah digalakkan hadam perkongsian Yusaini Yamin dulu, sekurang-kurangnya anda boleh selamatkan orang tersayang daripada jadi mangsa kemalangan.
Tip Beli Tayar Kereta
Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yang baharu ada RM175 @ RM185. Baik ambil yang baharu, puas hati. Minta penjual bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawa tayar baharu yang harga RM175.
Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak. Baru dia beritahu tayar tahun 2014. So apa lagi kena sound lah.
“Tayar lama awak jual RM175 ke? Tahu tak tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia pergi tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula-mula penjual bagi RM120. Minta kurang sampai dapat RM105 untuk sebiji tayar. Hmm.. tayar korek pun dah RM80. Baik ambil yang ini. Jadi dapat lah 4 biji tayar baru dengan harga RM420 rim 15′.
Moral of story?
Sebenarnya kita selalu kena tipu dengan kedai tayar. Penjual akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan jual pada harga baru. Jadi, kalau yang nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu.
Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.
Kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).
Ads
Info Pasal Tayar
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh: 205/65/R1594H
205 = Lebar 65 = Tinggi R = Radial 15 = Saiz / Rim 94 = Had Maksimum Bebanan H = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang akhir.
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam T = Maksimum Had Laju 190 km/jam U = Maksimum Had Laju 200 km/jam V = Maksimum Had Laju 240 km/jam Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam W = Maksimum Had Laju 270 km/jam Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Ads
SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Ads
Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yang terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20% 2014 = 40% 2013 = 60% 2012 = 80% 2011 ke bawah = PERCUMA
SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar dan memberi manfaat kepada kita semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nasi Dagang antara hidangan yang cukup popular bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Terutamanya di Negeri Terengganu. Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun. Memang sedap. Namun ada cara, petua dan tip lengkap nak masak Nasi Dagang Terengganu yang sedap dan menjadi.
Sebelum nak masak kena ambil tahu jenis ikan, jenis beras, campuran dan sukatan serta rempah gulai Nasi Dagang tu sendiri.
Boleh ikut cara, petua dan tip yang dikongsikan oleh Puan Mayusnizam Mohamad ini sebagai panduan.
Everything U Need to Know About Nasi Dagang.
#tipsmasaknasidagang
Jika saing sobat yang lain ada tip dan petua boleh jugak sama-sama kongsikan buat kita bersama.
1) IKAN
Ikan Aya ada 2 jenis, Aya Hitam dan Aya Putih. Kalu Aya Hitam orang KL panggil ikan Tuna. Nok kenal tengok pada sirip. Kalu panjang, tu Aya Hitam. Kalu sirip pendek tu Aya Putih.
Nok sedap rebus sehari sebelum nok makan. Cara dan bahan nok rebus macam-macam. Terserah mengikut style masing-masing. Antara bahan hok biasa orang guna untuk rebus ikan. Daun pandan ( Hilang hanyir), gula perang atau nisan, lengkuas, asam keping, garam dan cuka (Supaya isi ikan jadi pejal, terutamanya bila guna Aya Hitam sebab isi dia lembut).
2) BERAS, CAMPURAN & SUKATAN
Jenis beras.
Orang kate yang paling afdhal guna beras siam. Sebabnya dia bera, nasi jadi comel, sutir-sutir.
Beras wangi. Samada beras wangi saje, atau beras wangi campur beras pulut. Boleh jugok kalu beras wangi campur dengan beras Basmathi. Pun jadi jugok, comel jugok.
Beras Basmathi, ni kire nasi dagang moden doh ni. Boleh capor beras pulut ataupun tidak.
Bab beras saje ulama nasi dagang ada banyak khilaf, so jangan baloh. Boleh paka belake hok mana brase kena dengan selera.
Nisbah campuran beras, kalu nok caporlah, klau tak mboh capor pun xpe. Nisbah dia 4+1=5.
Sebaiknya guna beras pulut susu. Lembut dan mudah masak bila dikukuh.
Sukatan air nok arong. Nasi Dagang nok kena arong 2 kali.
Sukatan dia, untuk arong pertama 2 cawan air biasa atau 2 cawan santan cair. Nok mudah guna cawan atau penyukat yang sama masa nok sukat beras tu. Terlebih air beras akan “Pecah Perut”.
Arong kali kedua 1 cawan santan pekat. Conclusion dia, sekilo beras 2 cawan air untuk 1st arong, 1 cawan santan pekat untuk 2nd arong.
Untuk pengetahuan adik kakok. 1 cawan tu bersamaan 250 gram. so, kalu 4 cawan tu maknanya sekilo lah lebih-lebih kurangnye. Senang nok agok.
Sekilo nasi boleh makan antara 8 ke 10 orang. Kalu molok besor memang tak padan lah.
Untuk 1 kilo santan pekat pulok, ambe pernah tanya orang hok jual santan. Dia kate 1 kilo santan tu 4 utir nyior. Hokni, hok dia kate lah…. Makna kate setengah kilo tu 2 butir nyior doh. (Santan Pekat nih).
Masa nok kukuh nasi kena pastikan api tu besar, jangan besar sangat. Kalu api slow kekgi nasi dok kembang. Zaman dulu, bila wak nasi dagang dia dok kembang, orang dulu-dulu kate sebab ada hantu yang tenggek atas nasi. Padahalnya kayu api tu basoh, so api tak kuat. Menyebabkan beras yang dikukuh tu dok kembang.
3) GULAI NASI DAGANG
Cara nok masok gulai ade banyak style dan gaya.
Style pertama, dok tumis.
Masuk santan dulu, tunggu dia awe awe nok pecoh minyok, pastu masuk belaka bahan kisar dan mesin. Style dan gaya ni orang panggil “Raja Berangkat”. Mungkin sebab dia masuk semua sekali macam rombongan nok gi lawatan.
Style kedua, tumis dulu cili boh
Ada yang paka belacan dan ada juga yang kata letak ikan kering sekor dalam kuah tu, untuk dapatkan rasa dan aroma ikan tu.
Cili boh nok kena guna banyak, baru comel kejadian gulai nasi dagang. Beringat jugok bab cili boh nih. Guna lada kering yang tak pedas. Kalau gi kedai dia panggil “Cili Kering Gemok”. Ambe dok kate ke sape-sape… Jangan berase pulok weh..
Untuk sekilo kuah gulai nasi dagang boleh guna 200g ke 250gram cili boh. InsyaAllah gulai nasi dagang kita tu dia jadi comel, warna dan tekstur dia.
Tumis cili dengan gula atau nisan. Supaya cili tumis tadi jadi kilat dan comel. Tumis sapa pecah minyak.
Kuah gulai nasi dagang sedak kalu pekat. Orang kata dok “Tupoh Kuah”. Untuk satu hidangan nasi dagang, kita tak paka banyak sangat kuah macam nasi kandar. Nasi kandar kena guna kuah dalam 100g ke 150gram kuah. Untuk nasi dagang padan doh kalu 50gram untuk satu hidangan. Sesenduk lah bahase mudahnya.
Sukatan kuah gulai untuk 1 kilo nasi dagang. Dalam 1000 gram ke 1500gram. Senang cite kalu bekas belender tu 1 setengah air bekas belender tu. Tidak termasuk santan.
Campur sekali air tadi dengan 1 atau 2 cawan air ikan.
Masuk 1 cawan dulu takpe, takut masam sangat kuah gulai tu. Sebab masa rebus ikan tu kita guna asam keping banyok. Terlebih masam payoh nok ejah. Masuk 1 cawan kemudian rasa. Kalu kurang tambah lagi sikit. Gitulah, agok-agok.
Masa nok bubuh ikan tu kena perati ikan tu molek, jangan wi ade asam keping tepek di ikan. Takut terlebih masam pulok kuah gulai ikan kita. Masa rasa tu ok doh. Pastu bila makan rasa masam. Rupanya asam pada ikan tu tadi yang buat gulai kita terlebih masam.
Untuk menambah aroma dalam kuah gulai nasi dagang, bolehlah masukkan sesudu halba ke dalam gulai nasi dagang kita tu.
Gitulah kurang lebih cara, petua dan tip untuk buat nasi dagang teganu kita. Sekadar perkongsian melalui himpunan-himpunan perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Mohon maaf atas segala kekurangan, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
Rupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Rahman Man sebagai panduan.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.
Ramai mak-mak yang sering menggunakan Sos Tiram sebagai perasa tambahan menyedapkan lagi masakan. Namun mungkin ramai yang tak tau rupanya Sos Tiram ada 5 Jenis berbeza. Malah ia bergantung pada citarasa, bajet dan tujuan masakan masing-masing!.
Ini yang dijelaskan oleh Chef Amer, yang cukup berpengalaman dalam bidang masak memasak ni.
Masa saya beli Sos Tiram kat NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu.Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu.
Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya. Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best.
Aikkk… sah !
Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram.
Rasa tiram yang sebenar.
Jenama Panda Lee Kum Kee
2. Sos Perisa Tiram
Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
Rasa tiram yang ‘mild’.
Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
Kandungan ekstrak tiram 40%.
Rasa tiram yang sangat padu.
Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan).
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
Sebab tu sesuai untuk Vegetarian.
Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
Jenama Puteri, Emos, HTH
Haaa….dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana ?
Dah kandungannya berbeza, tentu lah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa, budget dan tujuan masakan masing-masing.
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.
Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal dia ya.Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil jer.
Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi. Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi terpulang pada citarasa dan bajet nak guna sos tiram yang premium atau sekadar perasa dalam masakan harian.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...