Apa nak buat bila tayar kereta kempis secara tiba-tiba. Bengkel pula banyak yang tutup disebabkan hari cuti. Nak tak nak kenalah buat sendiri tampal tayar yang alami kebocoran tadi.
Lelaki ini, Mohammad Fadhli Abdullah berkongsi cara menampal sendiri tayar kempis dengan menggunakan ‘cacing tayar’. Boleh saja dicuba untuk pemula.
Pagi-pagi Alami Tayar Kereta Kempis
Pagi pagi keluar hendak tengok pemandangan kaki gunung tampin,sekali tayar kereta sudah kempis. Dahla ahad kedai banyak tutup sebab meraikan MU kena kitai. Jangan marah ha fans MU.
Ni kalau hantar kedai modal pon sikit sahaja. Kenalah aku keluarkan segala tools yang terperam rapi.
Sebagai lelaki sejati,setakat bukak nut tayar kalau tak reti malu beb. Antara syarat nak jadi suami bekas tunang aku dulu,mesti pandai tukar tayar.
Alatan Wajib Ada
Antara tools wajib ada,
Ads
cacing kerawit,
pump tayar (tyre inflator) dan
besen mandi anak kau.
Semua tools ni boleh beli dekat mr diy saja. Masa kau nak pakai besen tu, pastikan mak dia tak tau. Tak pasal pasal nanti dia bagi tazkirah duha.
1. Bukak nut tayar. Bukak dulu nut masa tayar belum dijek. Kalau kau jek dulu tayar, baru nak bukak nut. Sampai magrib tak dapat buka. Kalau pakai air gun lainlah.
Ads
Cak, terjojol skru. Nak keluarkan pun dekat 15 minit
2. Selepas itu kau ceklah kat bahagian tayar tu. Kot ada paku ke, skru ke. Kat tayar aku ni aku jumpa skru 1 inci. Bab nak mengeluarkan paku ini, azab juga. Pandai pandailah kau keluarkan.
Buat lubang supaya cacing senang disumbatkan.
3. Bila dah keluarkan skru atau paku. Angin akan habis keluar. Macam kentut selembut bayu itu.
Cacing kerawit tayar
Ni part paling leceh, nak masukkan cacing tayar ni. Kau gunakan drill nak buat lubang supaya dapat sumbat cacing. Masa nak sumbat cacing ni kene banyak zikir. Ketat ya rabbi. Masukkan agak agak tinggal suku.
Ads
Tayar inflator or pump tayar. Murah sahaja beli di Mr Diy
4. Dah setel masukkan cacing, pum tayar sampai 31 psi. Aku agak sahaja, sebab selalu dekat petrol pump ade kadar bilangan angin yang sesuai.
Periksa Semula Ada Atau Tidak Kebocoran
Mandi sunat tayar. Kahkah
5. Ni part paling best, sebab kau akan mandi sunatkan tayar. Tujuan nak double check agar tiada kebocoran. Kenapa guna besen ni? Sebab ini aja besen yang ada kat rumah. Yang, maafkan abang ya. kahkah
Memang terjojol camtu sahaja. Nanti lama lama akan selevel dengan tayar
6. Dah yakin tak bocor, masukkan semula rim ke tempat asal. Kemudian ketatkan nut ala kadar. Setelah jek diturunkan,ketatkan nut sekadar kederat kau. Agar ketika memandu laju, takdelah tayar tiba tiba lagi laju dari kereta kau.
Ok siap. Merelip rim lepas mandi sunat
Sekian sahaja. Kalau korang rasa susah. Pergi je hantar dekat cina or ane kedai tayar. Sekejap je dah siap. Murah aje. Dorang lagi expert, tukar cacing tak payah pun nak cabut tayar.
Ingat memandu ketika angin tayar kurang akan memendekkan jangka hayat tayar. Wall tayar akan menipis dan tayar mudah meletup.
Tengok rumah orang, bukan main cantik langsir eyelet menutup pintu sliding rumah masing-masing. Elok je cantik tersusun. Rumah sendiri.. entah mana silapnya tak mahunya jadi cantik sekata. Sakit lak mata menengoknya.
Rupanya ada cara macam mana nak jadikan langsir jenis eyelet ni cantik tersusun dan tak menggelembung tak tentu arah. Ini tip DIY ‘curtain devider’ yang dikongsikan Lia Johari. Cuma guna cawan plastik saja.
Ini Cara Jimat DIY ‘Curtain Devider’ Langsir Eyelet
1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Rujuk Stepnya Pada Gambar
Sebelum. Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!
Guna plastik cup macam ni.
Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.
Masukkan cup yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.
Done!
MW : Mudah sangat rupanya. Bolehlah mak-mak cuba ya.
Sotong celup tepung, meskipun mudah tapi jika salah caranya jadi punca tepungnya tertanggal atau tak melekat, tak rangup dan meletup-letup ketika digoreng.
Buat penggemar sotong celup tepung ada cara untuk hasilkan resipi ini sendiri di rumah sama rasanya macam makan di kedai. Namun kena ikut 4 tips yang dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat ini.
1.Sotong Segar
Guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. Golek-golek sotong dalam tepung dan goreng.. Inshaa Allah tak meletup.
2.Tos Sotong Sampai Kering
Kalau tak dapat sotong segar, siang dan basuh sotong macam biasa, potong dan tos air sampai kering.Nak lap guna tisu pun boleh,yang penting sotong tu kering.
3. Minyak Banyak & Api Besar
Minyak kena banyak dan api mesti besar.Percaya tak saya goreng sotong ni tak sampai 2 minit pun dia berenang dalam minyak panas tu sedap dan rangup kejadiannya.
4. Guna Tepung Kering & Tepung Basah
Selepas keringkan sotong, golek-golek sotong dalam tepung kering sampai rata.Lepas tu celup dalam tepung basah dan terus goreng.Nak celup dalam tepung basah dulu baru golek dalam tepung kering pun boleh.Mana-mana pun boleh, tak payah pening-pening sangat.
Sekian,itu sahaja yang dapat saya simpulkan pada hari ini.
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri.Banyak kerja sikit sebab kena campur-campur jenis tepung,kena guna telur lagi.
Sekarang ni akak selalu main tipu..Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak.Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ni bila nak buat sotong celup tepung iya. Barulah tepungnya tak tertanggal, rangup dan goreng pun tak meletup-letup.
Nikmatnya dapat makan puding karamel sejuk yang sedap dan cantik licin kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik, puding karamel ni jadi berongga, berbuih dan tak licin.Tip paling penting pukul adunan cukup sekadar ia larut dan sebati.
(Bahan-bahan untuk Gula Karamel):
1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
3 sudu besar air
(Bahan-bahan untuk puding):
5 biji telur, saiz B
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2.Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk.
4.Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
5.Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
6.Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
Tip Ekstra:
(Kaedah ‘water bath’)
Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Puding Karamel yang sedap dan cantik licin tak berongga.Pastikan jangan terlebih pukul sehingga berbuih, dan kacau sekadar adunan larut dan sebati sahaja. Boleh ikut kaedah dan resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...