Rata-rata kenderaan yang kita ada, semuanya lebih kepada penggunaan gear auto. Kalau dulu, hanya kenderaan tertentu saja dan hanya manual saja.
Sekarang ini, nak memandu pun tiada masalah terutamaya bila berada di tengah bandar yang sesak dan jem. Bila gear auto, tak adalah kereta kerap mati enjin ditengah jalan sesak.
Namun, ada juga yang mengatakan bila guna gear auto, gearbox cepat rosak. Kenapa pula?
Rupa-rupanya, salah satu sebab ada cara kita tukarkan gear kepada N, P atau gear 1,2 aatu 3 itu salah. Lebih-lebih lagi bila nak parking kenderaan.
Ini penjelasan ang lebih detail tentang cara nak tukar gear auto masa parking kereta.
Air nabeez, minuman yang cukup terkenal bila tiba bulan Ramadan. Amalan sunnah yang ramai tidak tahu dan mungkin ada sesetengahnya hanya ambil bila bulan puasa sahaja.
Sedangkan amalan sunnah ini boleh saja diambil pada hari biasa pun. Tak perlu tunggu pada bulan Ramadan. Cara nak buat air nabeez pun senang sangat.
Bagi mak-mak yang nak buat dan praktikkan amalan sunnah ini, bolehlah ikut perkongsian daripada Nuri Al Furqan ini. Senang sangat!
Buatlah air nabeez untuk minum.
Setiap kali sahur..Sunnah yang ramai orang tak tahu..
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insya Allah, perut mampu bertahan. Nak buat ni untuk sekali minum ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara Membuat:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isikurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan masa perut kosong.
Mingguan Wanita : Boleh buat nanti dan bagi anak-anak minum terutamanya yang baru nak mulakan puasa.
Rupanya nak buat pisang goreng jadi rangup, kena letak sesenduk marjerin panas dalam adunan tepung gandum.
Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai.Kebiasaannya, guna tepung beras sebagai bancuhan untuk jadikan pisang goreng tetap rangup walaupun dah sejuk.
Meskipun ada macam-macam resipi adunan tepung bancuhan pisang goreng, boleh cuba perkongsian resipi simple dari Nurulshifa Fadzil ini kongsikan. Memang mudah boleh gunakan tepung gandum juga.
Mingguan Wanita: Wah simple sangat bancuhan pisang goreng ni. Guna tepung gandum je pun boleh jadi rangup. Paling penting guna minyak/marjerin panas, campur dalam adunan sebelum digoreng.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Memang ada benarnya, jika ‘bebird’ anak tersepit zip seluar, mak ayah mahupun cikgu di sekolah janganlah panik. Ada caranya untuk ‘lepaskan’ ia supaya tidak cedera.
Memang ngilu apabila membayangkan kulit nipis tersepit pada zip seluar. Situasi sebegini selalu terjadi bagi anak-anak kecil yang baru masuk ke sekolah rendah dan mula memakai uniform seluar yang mempunyai zip. Malah ‘tragedi’ ‘bebird’ anak tersepit zip seluar ini mudah berlaku lebih-lebih lagi jika anak tidak memakai seluar dalam.
“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan. “Nape ni cikgu?” Tanyaku. “Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik. “Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu. “Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.” “Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?” “Ayah dia on the way ke sini, doktor”
Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.
Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.
Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.
Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;
1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.
3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.
Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.
1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.
2. Cuba buka zip perlahan-lahan.
3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.
Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas.
Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.
Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).
2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.
Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.
Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.
Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit. Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah mahupun cikgu, jika ‘bebird’ anak tersepit pada zip seluar, janganlah panik iya. Kekal tenang dan cuba teknik mahupun cara yang dikongsikan oleh doktor ini.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.