khantan bayi

Ramai dah sedia faham kebaikan khatankan anak lelaki masa bayi. Ada mak ayah yang ikut sunnah yang diajar oleh rasulullah s.a.w ini. Ada juga yang masih mengambil pendekatan, tunggu dulu sampai darjah 1 atau 2 baru sunatkan/khatan/khitankan.

Ini perkongsian daripada Ibn Shihab Al-Dimashqy al Hanafi tentang perbezaan khitan antara Arab dan Melayu. 7 kebaikan ini boleh dijadikan panduan untuk mak ayah membuat keputusan dengan tepat akan soal berkhatan bayi lelakinya.

Ketika ini, beliau masih lagi berada di Mesir-Syria untuk menjalani pengajiannya di Al Azhar-Usuluddin. Maahad Dauli fi Mujamma’ Sheikh Badruddin al Hasani.

Terdetik untuk kongsi perkara ini, kebetulan baru lepas sunatkan anak lelaki saya minggu lepas. Setelah saya amati perbezaan yang wujud tentangnya di antara Arab dengan Malaysia, ternyata banyak kebaikan & kelebihan untuk khitankan anak lelaki di waktu kecil seperti yang dilakukan oleh bangsa Arab.

1) Khitan ke atas bayi hanya mengambil masa lebih kurang 24 jam sahaja untuk sembuh, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mengambil masa berminggu-minggu.

2) Sembuh tanpa apa-apa risiko & infection, berbanding ke atas kanak-kanak yang sudah besar yang mungkin terdedah kepada pendarahan, bentan, nanah & seumpamanya.

3) Tidak perlu kepada ubatan. Bayi yang hanya minum susu, amat cepat sembuh kerana masih dalam proses pembesaran. Untuk kanak-kanak pula terpaksa disediakan makanan ‘pantang’ khas serta ubatan tertentu untuk memastikan cepat sembuh.

4) Di negara Arab, tidak pernah timbul isu saf khas buat kanak-kanak yang belum sunat ketika solat di masjid, yang mana kadang-kadang sering jadi perbalahan kita di Malaysia. Kebiasaanya terjadi apabila ada yang bertindak menghalau kanak-kanak yang belum khitan ke saf belakang atas hujah menanggung najis & lain-lain. ***isu saf ni perlu perbahasan panjang lagi tentang hukum hakamnya. Ini sekadar pernyataan umum ke atas realiti yang berlaku di Malaysia, takut nanti ada yang silap faham.

5) Malah anak-anak kecil yang sudah sunat, sah solat mereka dan sah juga jika bermakmumkan mereka. Dengan syarat sudah mumayyiz (mudah faham ‘mumayyiz’: makan sendiri/pakai sendiri/istinjak sendiri). Alangkah cantiknya apabila budak-budak yang umur 6 7 tahun diajarkan untuk jadi imam dirumah bersama keluarga dalam solat yang sah.

IKLAN

6) Penjagaan kebersihan anak, bukan bermula ketika sudah besar, sebaliknya harus dititikberatkan sejak bayi lagi. Kerana itu Arab guna istilah ‘thoharoh’ (kebersihan) ke atas kalimah khitan.

7) Ada sebilangan orang perempuan berkata sunat waktu baby adalah menyeksakan baby, tetapi sebenarnya sunat waktu besar lagilah amat menyeksakan!. Kami tahu lah sebab kami orang laki..huhu

Cuma Kekurangannya

Bayi yang disunatkan waktu kecil, maka tidaklah mereka punyai pengalaman sunat macam kita. Kerana manalah mereka ingat apa-apa sebab kecil sangat lagi. Jadi tak adalah cerita-cerita kelakar lari dari tok mudim, atau tendang tok mudim, atau seronok mandi sungai ramai2 sebelum sunat, atau seronok dapat duit banyak orang sedekah kat kita pastu beli macam-macam mainan selepas tu, dan macam-macam lagi kisah “Masuk Jawi” yang boleh buat bahan gelak sehingga ke tua ^_^ .

Tiada salahnya untuk kita ubah adat kita kepada satu adat yang lebih baik, malah lebih mendekati sunnah yang dianjurkan oleh Nabi SAW. 🙂

Dari Saidatina Aaisyah RA, “Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya.” — Riwayat al Baihaqi.

Wallahualam..

IKLAN

Nota Gambar

*    Gambar hanyalah lakonan anakanda saya Muhammad Al Azhari semata-mata, sekadar ambil berkat amalan orang-orang Melayu sebagai kenang-kenangan. ^_^

*    Untuk pengetahuan juga, sebahagian besar negara Arab tak sunatkan anak perempuan mereka. Perlu dimaklumi juga ianya adalah masalah khilaf di kalangan para fuqaha’ di dalam mazhab-mazhab yang mukhtabar. Untuk di Malaysia, teruskanlah amalan yang sedia ada dalam mazhab al Imam as Syafie.

*    Mesej buat para doktor di Malaysia juga supaya mula belajar untuk sunatkan bayi kecil.

Murajaah 7 perkara Sunnah Nabi Ketika Mendapat Kelahiran

Hari Pertama

1) Azan & iqomah di telinga bayi.

2) Tahnik

Hari Ke-7

3) Beri nama.

IKLAN

4) Aqiqah.

5) Berkhatan.

6) Cukur rambut.

Hari Tidak Ditetapkan

7) Sedekahkan wang berdasarkan berat rambut anak yang telah dicukur itu dengan nilai semasa emas atau perak.

***Tambahan 1 Lagi

Tanam uri.

* Murajaah adalah ibadah dan upaya mendekatkan diri kepada Allah

Ini kebaikan khatan di waktu bayi dari perkongsian Dr Hamid Arsyad

Klik & Baca Di Sini

Sumber/Foto: Ibn Shihab Al-Dimashqy via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI