Sumber/Sumber Foto : Instagram Fitri Haris

Fitri Haris khatankan bayi lelakinya usia dua bulan. Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, penyanyi Dr Fitri Haris mengambil pendekatan yang mana tidak ramai ibu bapa sanggup khatankan anak lelaki mereka ketika masih bayi.

Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan “Sunatkan Awal Sebab Mudah Jaga, Cepat Sembuh”

Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan “Sunatkan Awal Sebab Mudah Jaga, Cepat Sembuh”

Setelah berfikir panjang, Fitri dan isterinya Fazilah Omar mengambil keputusan untuk mengkhatankan bayi lelaki mereka, Bilal Habibi yang dilahirkan pada 28 Jun lalu.

Malah apabila ditanya pendapat pada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman sunatkan anak seawal usia dua bulan, Fitri menerima maklum balas yang positif. Ada yang menyatakan sunat awal lebih mudah jaga dan cepat sembuh.

Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan

“KISAH BILAL HABIBI BERKHATAN/SUNAT UMUR 2 BULAN 1 MINGGU

Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan “Sunatkan Awal Sebab Mudah Jaga, Cepat Sembuh” Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan “Sunatkan Awal Sebab Mudah Jaga, Cepat Sembuh”

“Alhamdulillah hari yang paling nervous bagi saya dan isteri @el_mrsfitri. Keputusan kami ingin menkhatankan anakanda pada usia dua bulan menjadi teka teki, maklumlah first time.

“Ok, saja nak share kat sini, bila saya call @kumpulan_megaklinik_zahran tanya nak khatankan Bilal mereka bagi tahu mereka ada service sunatkan baby seusia Bilal.

IKLAN

“Alhamdulillah syukur, masa kata ada ni.. fikir ngan wife nak sunat ke tak nak sunat ke tak?

“Setelah tanya pendapat adik yang sunatkan anak mereka seawal duaa bulan dan kawan-kawan yang ada baby kecil pun sunatkan awal sebab mudah jaga dan cepat sembuh kata mereka, maka saya pun terus set date appointment.

Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan “Sunatkan Awal Sebab Mudah Jaga, Cepat Sembuh” Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan “Sunatkan Awal Sebab Mudah Jaga, Cepat Sembuh”

Proses Yang Dilalui Bilal Habibi

“Masa sampai berdebar sangat. Sunat ni! Sunat! Lelaki dia faham lah kenapa tanda seru ni.. kalau lah wanita tahu betapa sakitnya sunat mereka akan menghargai lelaki. Internet kata lah saya ulang saja, gurau-gurau. Sampai tu ada beberapa proses yang berlaku saya listkan:

  1. Doktor akan brief dulu mcm mana proses khatan yg di jalankan.. masa ni hangpa tanyalah apa juga soalan nak tanya.
  2. Selepas Brief, saya bawa Bilal ke bilik pembedahan (ceewah nama x nak kalah bilik rawatan je pun) hehe masa ni Doktor dan assistant Doktor 2-3 org juga ada.. betul betul teliti.
  3. Doktor akan bius dahulu masa ni saya selawat zikir nasyid semua keluar.. lagu barney n fren pun keluar. masa ni baby ke bapak baby ke kena bius konfem teriak, yang besnya Bilal nangis aku lagi nangis!
  4. Pastu Doktor start sunatkan Bilal, saya punya doktor guna kaedah Laser. Lagi mudah dan cepat baik. Tapi apa pun kaedah lain ok je.
  5. Tak sampai 10 min siap! Bilal pun diam dan kami balik.

“Pohon Doa Agar Bilal Habibi Kuat Dalam Agama Allah, Islam Yang Suci” Fitri

IKLAN

“Kalau Anak Pertama Yang Nak Berkhatan, Mak Ayah Tolong Siap Awal-Awal Bab Ini!”

Khatan Bayi Lelaki Mudah Rupanya, ‘Real’ Pengalaman Ini Kurangkan Kebimbangan Mak Ayah

Pengalaman Yang Sangat Berharga

“Pengalaman yang sangat best! Lagi best sebab Doktor Syah yang sunatkan bilal ni, tenang saja. Bila tanya jawapan dia meyakinkan dan nampaklah expert dan pengalaman. Terima kasih kumpulan_megaklinik_zahran! Atas service tip top. Alhamdulillah, cuma jam 7 petang masa bius habis tadi saja nangis kejap. Lepas itu, alhamdulillah macam biasa,” kongsi Fitri.

Sumber/Sumber Foto : Instagram Fitri Haris

IKLAN

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI