Ads

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

TOMEI
TOMEI

Ternyata wanita dan TOMEI memang tidak dapat dipisahkan, terletak elok apabila digayakan menjadikan seseorang penampilan tampak mempersonakan dan lebih manis dengan rekaan eksklusif.

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

Ini jelas diilihat dalam penyertaan sulung TOMEI di pentas Kuala Lumpur Fashion Week apabila jenama ini mempersembahkan sebuah showcase eksklusif yang menampilkan lebih RM4 juta nilai koleksi barang kemas.

Apa yang menarik, persembahan ini meraikan kehalusan seni pertukangan, warisan reka bentuk serta visi moden TOMEI melalui sebuah koleksi yang meneroka pelbagai dimensi wanita masa kini. Pastinya wanita yang memilih koleksi ini akan berpuas hati dan rasa teruja untuk menggayakan ke majlis tertentu.

Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

Menerusi Acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) x Tomei , pelakon popular, Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila tampil anggun menggayakan koleksi barang kemas ikonik jenama TOMEI yang dianggarkan bernilai lebih RM225,000.

Anna tampil mempesona menerusi padanan rantai leher, gelang tangan, cincin dan subang daripada koleksi Emerald & Sapphire yang mengetengahkan keindahan batu zamrud serta nilam, melambangkan personaliti wanita moden yang yakin dan elegan.

Ads

Selaku wajah utama Tomei, Anna menyifatkan koleksi berkenaan bukan sekadar aksesori perhiasan, sebaliknya lambang keyakinan diri serta ekspresi seorang wanita.

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

Malahan, setiap koleksi hadir sebagai refleksi identiti, emosi dan perjalanan seorang wanita. Melalui bentuk emas yang bersifat arca, batu permata yang mempesona, mutiara yang bercahaya serta ketelitian seni pertukangan yang luar biasa, setiap rekaan menjadi sebuah bab dalam naratif transformasi diri.

Naratif runway ini turut menampilkan beberapa koleksi ikonik TOMEI seperti Anastasia, Sri Puteri, Diamond Cut, Lusso Italia, Emerald, Ruby, Diamond, Pearl dan Le Lumiere. Setiap koleksi membawa identiti tersendiri, daripada warisan yang diperbaharui untuk wanita masa kini hingga ke seni pertukangan Itali yang terkenal dengan kehalusan dan ketepatannya.

Ads

Fesyen Dan Kemewahan Bergabung

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

Owh ya, kalau nak tahu orang yang menghidupkan keseluruhan naratif di pentas peragaan ialah pereka fesyen terkenal Malaysia, Fuzana Mokhtaza, menggayakan The Tomei Girls sepanjang persembahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

Rekaan beliau yang moden dan feminin mewujudkan hubungan yang harmoni antara fesyen dan barang kemas, membolehkan setiap ekspresi wanita diterjemahkan melalui siluet, pergerakan dan kehadiran.

 

Ads

Jadi, buat wanita yang memilih kualiti dan rekaaan yang cukup eksentrik, boleh lah teruskan mengumpul koleksi terbaharu! Sesuai dengan jiwa wanita yang suka dengan kecantikan dan tampak mahal di mata sesiapa sahaja yang memandangnya.

Anda mungkin berminat dengan

 

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang Keyakinan Diri

Sekadar info, acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti seperti Diana Danielle, Sweet Qismina, Arabella, Chacha Maembong, Kaka Azraff dan Raden yang masing-masing menggayakan koleksi barang kemas Tomei bernilai keseluruhan RM2 juta.

Gambar: TOMEI

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ismahalil Hamzah

Selepas Sejam Ismahalil Hamzah Cakap, Maknya Terus Demam

Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.