Ads

Zahirah MacWilson Masih Sesuaikan Diri Dengan Penampilan, Sedang Mencuba & Belum Sempurna

Zahirah MacWilson
Zahirah MacWilson

Cantik manis penampilan terkini pelakon, Zahirah MacWilson yang berhijab baru-baru ini. Menerusi perkongsiannya, baru sekitar dua bulan dia mencuba untuk berhijab dan masih melalui proses menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Zahirah MacWilson Masih Sesuaikan Diri Dengan Penampilan

Zahirah MacWilson Masih Sesuaikan Diri Dengan Penampilan, Sedang Mencuba & Belum Sempurna

Ujar Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, keputusan untuk menutup aurat sudah lama tersemat dalam hati, namun dia memilih untuk tidak terburu-buru membuat sebarang pengumuman berkaitan perubahan penampilannya.

“Bagi mereka tertanya-tanya mengenai perubahan saya, sekarang saya berhijab dan masih mencuba. Saya belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penampilan atau soal keimanan kerana perkara ini sangat peribadi.

“Setiap orang mempunyai perjalanan spiritual masing-masing dan mengambil masa untuk melaluinya. Bagi saya, perkara ini masih baharu, tetapi saya menikmatinya dan alhamdulillah, masih dalam proses mencuba,” katanya.

Sedang Mencuba & Belum Sempurna

Zahirah MacWilson Masih Sesuaikan Diri Dengan Penampilan, Sedang Mencuba & Belum Sempurna

Mengulas detik mula mengenakan hijab, Zahirah berkata hasrat tersebut sebenarnya sudah lama tersimpan, malah niat berkenaan mula terbit sejak tahun lalu.

Ads

“Hasrat itu sudah lama ada, malah sejak tahun lalu. Cuma saya mula memakai tudung secara konsisten kira-kira dua bulan lalu.

“Pada awalnya pakai kerana suka-suka. Saya pergi membeli barang dapur atau membuat rawatan kuku pun saya pakai. Lama-kelamaan, rasa selesa itu melekat,” ujarnya.

Paling penting tegasnya, proses berkenaan masih jauh daripada sempurna, namun dia bersyukur kerana menerima banyak doa serta kata-kata positif daripada orang ramai.

“Saya masih mencuba dan belum sempurna. Ini sebuah perjalanan serta proses peralihan. Saya belajar banyak perkara sepanjang melaluinya dan paling menggembirakan, ramai mendoakan perkara baik untuk saya.

“Saya menerima banyak mesej secara peribadi daripada netizen. Sokongan itu sangat bermakna. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” jelasnya.

Ads

Zahirah MacWilson Masih Sesuaikan Diri Dengan Penampilan, Sedang Mencuba & Belum Sempurna

Ditanya faktor mendorong perubahan tersebut, ibu dua anak itu bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan kisah di sebaliknya buat masa ini kerana menganggap perkara berkenaan terlalu peribadi.

“Saya lebih selesa tidak berkongsi buat masa ini kerana perkara ini sangat peribadi. Insya-Allah, satu hari nanti saya mahu berkongsi keseluruhan cerita dan perjalanan ini.

“Sekarang saya masih dalam proses. Apabila sampai masa sesuai, saya akan kongsikan dan mudah-mudahan perjalanan ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain,” ungkapnya.

Ads

Menyentuh soal kerjaya, Zahirah mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran selepas mula mengenakan hijab kerana mahu memastikan pekerjaan diterima selari dengan prinsip serta hala tuju hidupnya.

Anda mungkin berminat dengan

“Sebelum mula berhijab, saya menerima banyak tawaran. Sebagai manusia biasa, memang ada ketika saya berfikir sama ada mahu menerima pekerjaan itu dan mengetepikan dahulu niat ini.

“Namun selepas mula berhijab, saya memang terpaksa menolak beberapa tawaran. Bagi saya, rezeki datang daripada Allah. Saya percaya apa juga ditakdirkan untuk saya pasti akan sampai,” kongsinya.

Terdahulu, perkongsian Zahirah mengenakan hijab ketika bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia mencuri perhatian netizen.

Sumber: Kosmo!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Edutainment Fest 2026

Edutainment Fest 2026: Aktiviti Kanak-Kanak & Keluarga Percuma Di Kuala Lumpur

Edutainment Fest 2026 berlangsung 5 dan 6 September di Sunway Putra Mall dengan aktiviti kanak-kanak, STEM, literasi kewangan dan hiburan percuma.