Ads

Calon SPM Maut Dihempap Pokok Kelapa, Ibu Reda Kehilangan Anak Lelaki Tunggal

dihempap pokok
dihempap pokok

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.

Calon SPM Maut Dihempap Pokok Kelapa

Calon SPM Maut Dihempap Pokok Kelapa, Ibu Reda Kehilangan Anak Lelaki Tunggal

Nik Mohd. Haikal Abdul Rahim, 17, yang menunggang Mo­denas Kriss meninggal dunia di lokasi ke­jadian manakala rakannya, ­Ah­mad Iqbal Mukmin, 17, cedera parah dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Ibu mangsa, Raja Ruhana Raja Mejan, 53, berkata, dia tidak me­nyangka anak bongsu daripada empat beradik itu pergi dalam sekelip mata selepas sebelum ini turut kehilangan dua anak.

“Sangat menyedihkan apabila saya kini hanya tinggal seorang anak iaitu anak perempuan.

“Anak sulung iaitu Allahyarham Nik Nor Zamziah meninggal dunia ketika berusia lima tahun akibat masalah jantung, manakala anak ketiga, Allahyarham Nik Nor Amalia meninggal dunia ­kerana jangkitan kuman pada paru-paru pada usia dua tahun.

“Sekarang hanya ada anak kedua kami,” katanya.

Ads

Ibu Reda Kehilangan Anak Lelaki Tunggal

Calon SPM Maut Dihempap Pokok Kelapa, Ibu Reda Kehilangan Anak Lelaki Tunggal

Bercerita lanjut, beliau berkata, anak bongsunya itu sedang menjalani peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sepatutnya akan bersambung pada minggu depan.

Katanya, pada hari kejadian, Nik Mohd. Haikal keluar rumah dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kris miliknya memandangkan motosikal yang diberi untuk kegunaan arwah sebelum ini telah rosak.

“Saya dimaklumkan oleh salah seorang rakan anak bahawa Nik Mohd. Haikal dihempap sebatang pokok kelapa ketika menunggang motosikal kira-kira pukul 6.30 petang.

Ads

“Luluh hati saya apabila melihat jasad arwah sudah ditutup dengan kain sewaktu tiba di lokasi kejadian. Saya tidak sangka kejadian ini berlaku dalam sekelip mata sehingga menyebabkan arwah meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Calon SPM Maut Dihempap Pokok Kelapa, Ibu Reda Kehilangan Anak Lelaki Tunggal

Menurutnya, jenazah arwah disemadi di Tanah Perluburan Islam Mujur, Jelawat di sini selepas proses bedah siasat di Hospital Bachok di sini selesai.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Nor Azman Mohamad, 52, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bukit Cendol, Gunong di sini selepas berjumpa dengan rakannya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Katanya, dia menerima maklumat mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati Nik Mohd. Haikal sudah meninggal dunia.

“Sebatang pokok kelapa yang reput dipercayai tumbang akibat dibadai ribut sebelum menghempap motosikal dinaiki kedua-dua remaja itu.

“Ahmad Iqbal yang merupakan rakan mangsa dikatakan masih menggunakan tongkat selepas terlibat kemalangan jalan raya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: Kosmo!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

pad bersalin

4 Panduan Memilih Pad Bersalin Yang Selesa & Selamat Digunakan

Keliru memilihpad bersalin? Ketahui 4 panduan memilih maternity pad yang selesa, selamat dan mempunyai daya serapan tinggi untuk ibu selepas bersalin.