Memang ada benarnya, jika ‘bebird’ anak tersepit zip seluar, mak ayah mahupun cikgu di sekolah janganlah panik. Ada caranya untuk ‘lepaskan’ ia supaya tidak cedera.

Memang ngilu apabila membayangkan kulit nipis tersepit pada zip seluar. Situasi sebegini selalu terjadi bagi anak-anak kecil yang baru masuk ke sekolah rendah dan mula memakai uniform seluar yang mempunyai zip. Malah ‘tragedi’ ‘bebird’ anak tersepit zip seluar ini mudah berlaku lebih-lebih lagi jika anak tidak memakai seluar dalam.

Baca perkongsian daripada Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah apabila dalam situasi sebegini.

“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.
“Nape ni cikgu?” Tanyaku.
“Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.
“Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.
“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”
“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”
“Ayah dia on the way ke sini, doktor”

Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macamana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau.

Mak Ayah, Cikgu Jangan Panik Jika ‘Bebird’ Anak Tersepit Zip Seluar!
Gambar hiasan.

Artikel Popular: 7 Manfaat Khatan Bayi Lelaki Pada Hari Ke-7 Kelahirannya, Ia tak menyeksa, Luka Pun Cepat Sembuh!

Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.

Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan.

Mesti Baca: Pesanan ‘Tok Mudim’ Waktu Terbaik Anak Berkhatan, Jangan Tunggu Umur 10 Tahun

Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;

1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.
2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.
3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.

IKLAN

Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.

Mak Ayah, Cikgu Jangan Panik Jika ‘Bebird’ Anak Tersepit Zip Seluar!

KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL

1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.
2. Cuba buka zip perlahan-lahan.
3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.
4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.

KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’

Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.
2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas.

Mak Ayah, Cikgu Jangan Panik Jika ‘Bebird’ Anak Tersepit Zip Seluar!

Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip.
1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.
2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.

IKLAN

Mak Ayah, Cikgu Jangan Panik Jika ‘Bebird’ Anak Tersepit Zip Seluar!

 

KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP (rujuk gambar kelima)

Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.
1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).
2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).
3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.

Mak Ayah, Cikgu Jangan Panik Jika ‘Bebird’ Anak Tersepit Zip Seluar!

Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan.

Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan.

IKLAN

Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit. Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.

Dr Zek

Lagi Artikel Menarik: Fitri Haris Khatankan Bayi Lelakinya Usia 2 Bulan “Sunatkan Awal Sebab Mudah Jaga, Cepat Sembuh”

Baca Di Sini: Berkhatan Anak Autisme, Ini Persediaan Yang Ibu Lakukan Untuk Elak Anak Tantrum

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah mahupun cikgu, jika ‘bebird’ anak tersepit pada zip seluar, janganlah panik iya. Kekal tenang dan cuba teknik mahupun cara yang dikongsikan oleh doktor ini.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI